HP [10]
Jangan lupa vote ❤️ Kasi semangat satu~
From: Sehun
Jangan lupa makan.
Aku dah hantar makanan dekat depan pintu.
Cheer up, princess!
Miyoung menutup telefonnya, mengambil makanan yang diletakkan di sebelah pintu apartment. Sejak kejadian di mana Sehun melihatnya menangis, Sehun jadi makin sering memerhatinya.
Tak jarang dia memberi pesanan bertanya jika Miyoung cukup makan, atau tak cukup tidur, atau ingin dibelikan apa-apa. Dia sedang outstation, jadi Sehun ingin membelikan cenderahati buat gadis itu.
Yang tentunya ditolak halus kerana rasa bersalah. Miyoung tak mahu menyusahkan Sehun. Dia hidup sampai lima hari ini pun berkat duit yang masih tersisa di tangan.
Kerana tahu tak mungkin dia hidup tanpa punca pendapatan, Miyoung berencana ingin bekerja. Tak perlu kerja yang hebat, cukup sekadar menghidupkan dia dan mencukupi untuknya pulang ke Auckland.
Kai dan juga para pekerjanya pasti terkesan kerana kerugian itu. Miyoung takut kalau Kai perlu bersusah-payah menenangkan para pekerja bakery sedangkan itu kerjanya. Kai sendiri cuma seorang posmen.
Mana mungkin lelaki itu punya duit banyak untuk menggantikan kerugian.
Usai menikmati makanan yang diberikan Sehun, Miyoung keluar untuk mencari pekerjaan. Gadis itu merantau kecil di sekitar bandar Seoul, melihat pemandangan pencakar langit di sekitarnya.
Tanpa ijazah, Miyoung pasti sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap di syarikat besar. Jadi Miyoung perlu mencari kedai-kedai kecil yang sudi menerimanya baik itu sebagai pekerja tetap atau separuh masa.
Gadis itu masuk ke dalam salah satu kedai ramen yang sibuk. Kepalanya bergerak mencari manager di sini. Selalunya mereka akan berpakaian berbeza daripada pekerja biasa.
"Hei, saya nak tanya tentang notis pengambilan pekerja dekat depan sana? Boleh lagi ke?" Tanya Miyoung pada salah seorang pekerja.
Pekerja lelaki itu mengangguk. "Ah, ya. Boleh jumpa manager dulu."
Lelaki itu membawa Miyoung berjumpa dengan sang manager yang sedang menghias mangkuk ramen dengan teliti. Saat Miyoung memperkenalkan diri, manager itu menoleh ke belakang, melihat beberapa orang lelaki bertubuh besar yang sedang tajam merenung kearahnya.
"Dari mana kamu tahu kami cari pekerja?" Soalnya, gementar.
"Dari notis kat depan—"
Manager tersebut dengan pantas berlari dan mengonyak notis di depan kedainya. Seraya itu, dia masuk dan mengawal ekspresinya yang sedang ketakutan.
"Kami dah tak ambil pekerja! Sudah penuh!"
Prang!
"Bila lah nak tambah pekerja! Asyik orang sama yang kena buat kerja sampai kelam-kabut jadinya!"
Suara dari dapur membuatkan sang manager kelu. Miyoung tetap mengekalkan senyumannya, mungkin masih ada peluang. Tapi sang manager semakin ketakutan. Lelaki-lelaki bertubuh besar itu semakin mendekat.
"Tidak! Kami tak ambil pekerja lagi! Kami cuma ambil orang-orang yang kami kenal! Pergi dari sini kalau tak mahu makan!"
Dia terus berlari ke dapur, tak mahu mendengar jawapan Miyoung.
Miyoung kelu lidah mendengar kemarahan manager. Dia sedikit tertekan kerana sudah dikasari padahal dia bertanya baik-baik.
Saat Miyoung berbalik, orang-orang bertubuh besar tadi menghilang. Dengan langkah yang lesu Miyoung keluar dari kedai ramen, mencari kedai lain.
"Lucky charm dah keluar. Misi pertama berjaya,"
---
"Arghhh! Apa kena-mengena pendek dengan tak layak untuk jadi chef?!"
Miyoung berteriak kuat di tepi sungai, melemparkan kemarahannya pada apa yang telah terjadi sejak dia pertama kali melamar pekerjaan.
Dari kesekian tempat yang dia datangi, mereka semua menolak dengan alasan yang tak munasabah. Katanya dia kurang cantik lah, kurang gizi lah, kurang ketinggian lah. Macam-macam lagi.
Padahal dia bukan mahu menjadi model. Cuma jadi pelayan atau cashier sahaja. Kalau tidak pun, bekerja di bakery kerana dia mahir membuat dessert. Tapi kata chef tadi dia terlalu pendek untuk pandai memasak.
Tak munasabah langsung! Miyoung dah membazir banyak waktu di sini.
Aiskrimnya dihisap dengan kuat sampai pipinya terhisap ke dalam. Marah benar dia kerana hinaan kecil itu. Tunggu lah kalau dia tinggi nanti, ada yang nak kena chef tu nanti.
"Woah~ Hebat!"
Pipi Miyoung ditusuk-tusuk oleh seorang lelaki berwajah cantik. Lelaki itu terkekeh geli melihat pipi Miyoung yang masuk ke dalam saat memakan aiskrim.
"Hei! Apa ni!" Marah Miyoung, terkejut kerana disentuh secara tiba-tiba.
Kerana jerkahan Miyoung, lelaki comel itu menangis. Mulutnya melengkung ke bawah dengan mata yang berkaca-kaca.
"Noona cantik marah Baekhyun! Huaaaa! Takuttt!"
Lelaki yang menggelarkan dirinya Baekhyun terus meraung tanpa henti. Mujurlah mereka bersendirian sekarang. Kalau tidak pasti Miyoung dianggap perempuan jahat.
Apa tadi lelaki itu sebut? Noona? Lelaki tinggi ini lebih muda dari dia kah?
"Aduh! Adik! Jangan nangis! Noona tak marah," pujuk Miyoung. Tangan Baekhyun dipegang dan diusap-usap supaya tangisannya reda.
"Hiks. Tipu! Noona marah Baekhyun sentuh pipi!" Baekhyun tak percaya.
"Hehe. Noona terkejut je tadi. Betul noona tak marah. Cuba tengok muka noona, ada macam marah tak?"
Baekhyun mengelap air matanya, melihat Miyoung yang tersenyum seperti joker. Sedikit ngeri, tapi tertutup dengan wajah cantiknya.
"Kalau noona tak marah, noona benarkan Baekhyun pegang pipi."
Miyoung sebenarnya tak mahu, tapi melihat Baekhyun semacam ingin menangis lagi, dia mengangguk. Lelaki itu terkekeh.
"Baekhyun kenapa dekat sini sendiri?" Tanya Miyoung yang pasrah pipinya ditusuk-tusuk jari Baekhyun. Kalau dilihat dari luaran, Baekhyun nampak seperti anak autism. Sebab itu Miyoung bersabar.
"Baekhyun lari dari Nanny Jane."
"Nanny Jane?"
Dari arah belakang, Miyoung melihat seorang wanita paruh baya yang berlari menuju kearah mereka. Dalam diam, Baekhyun menyambar aiskrim Miyoung lantas menyandarkan kepalanya pada gadis yang dianggap kakak olehnya itu.
"Tuan Baekhyun! Puas saya cari rupanya dekat sini. Tuan Baekhyun janganlah lari lagi. Risau kami dibuatnya," ujar Nanny Jane, terlihat sangat penat.
Sedangkan Baekhyun acuh tak acuh saja pada kerisauan Nanny Jane. Alih-alih rasa bersalah, dia cuma tersenyum.
"Nanny, ini noona cantik yang Baekhyun jumpa! Baekhyun nak bawa noona cantik balik!" Ujar Baekhyun lantas memeluk erat lengan Miyoung.
Nanny Jane terkejut. "Tak boleh tuan. Agasshi ni bukan barang. Saya minta maaf sangat-sangat. Tuan Baekhyun ni sebenarnya—"
"Baekhyun nak noona! Nak bawa noona balik! Nak noona!!!" Baekhyun berteriak pada Nanny Jane sambil memeluk Miyoung dari belakang. Matanya menghunus tajam pada Nanny Jane.
Nanny Jane cemas.
"Bae—Baekhyun. Betul kata Nanny Jane. Baekhyun mana boleh bawa noona balik," ujar Miyoung. Baekhyun menatap gadis itu dengan pandangan kecewa.
"Kenapa? Noona benci Baekhyun?"
Miyoung menggeleng. "Bukan itu. Tapi kita baru kenal. Mana boleh noona ikut Baekhyun balik,"
"Baekhyun nak noona... hiks... hiks..." Baekhyun menangis. "Baekhyun tak nak Nanny Jane jadi nanny! Baekhyun nak noona! Nanny Jane tua keriput!"
Nanny Jane tak jadi rasa malu kerana tingkah Baekhyun terhadap Miyoung. Sebaliknya, dia rasa sebal sampai ingin melempar selipar pada majikannya itu. Miyoung tersenyum kekok.
Nanny... ya?
"Baekhyun nak noona jadi nanny?" Tanya Miyoung. Baekhyun mengangguk. "Nanti Baekhyun bayar lah. Baekhyun nak noona, boleh?"
Miyoung menatap Nanny Jane yang sepertinya tak ada pilihan lain selain bersetuju. Dia tersenyum.
"Bayarannya berapa?"
"****$. Lebih banyak dari Nanny Jane."
Tak bertanya banyak lagi, Miyoung menerimanya.
"Yeay! Sekarang kita balik! Dukung!"
Baekhyun merentangkan tangannya, ingin didukung oleh Miyoung. Miyoung terus berganjak, menggeleng laju. Melihatkan tubuh Baekhyun, tak mungkin Miyoung dapat mendukungnya. Baekhyun menghentakkan kakinya.
Miyoung menatap Nanny Jane yang mengangguk. Dengan ragu, dia menerima Baekhyun.
Tak sangka, ternyata berat badan Baekhyun tak adalah seberat yang dia fikir. Dia seringan kapas sampai Miyoung tak yakin Baekhyun berusia lebih dari 15 tahun.
Ketiganya menuju ke kereta Baekhyun, pergi dari kawasan jambatan.
Sementara itu, di negeri seberang, Sehun melempar telefonnya ke dinding setelah mendapat berita bahawa Miyoung pergi bersama seorang lelaki dungu.
Sudahlah siap berpelukan bagai. Tidak, berdukung! Sehun pun tak pernah diperlakukan begitu!
"Putera keluarga Byun yang cacat otak tu bukan? Hahaha! Tak sangka si cacat tu dapat tarik perhatian peaches. Nampaknya dia tak sayang nyawa."
Sehun ketawa sampai menampakkan urat pada dahinya. Kalau bukan kerana kerjanya menggunung di sini, dah lama dia pergi dan membawa Miyoung pulang.
"Oh Youngseok tak guna! Si tua bangka tu sepatutnya dekat sini sekarang!" Sehun mengutuk ayahnya sendiri kerana telah membebaninya. Entah apalah yang terjadi apa orang tua itu di rumah.
Barangkali tersedak biskut.
Sepertinya Sehun perlu mengikat Miyoung secepat mungkin. Tunggu sajalah bila dia balik nanti.
To be continued
Double update ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top