28 💦


"Kamu dah beristeri kan, Jimin?" soal Tuan Jeon langsung. Dengan wajah ketatnya dia memandang Jimin, lama.

"Ahh ya, tapi kami bakal bercerai tak lama lagi, uncle..."

Tuan Jeon dan Puan Jeon memandang sesama sendiri. "Huh? Isteri kamu tu setuju ke?"

Jimin pula terdiam.

"Aunty dengar Haewon hampir keguguran disebabkan isteri kamu juga. Kamu yakin ke Haewon akan lebih selamat lepas ni?" Puan Jeon mula bersuara. Dia bukan apa, dia terlalu risaukan keadaan anak gadisnya.

"Isteri saya memang tak setuju tapi saya memang tak pernah cintakan dia. Lagipula dia curang dibelakang saya..." terang Jimin.

"Kamu pun sama jugak," sinis Tuan Jeon mencelah membuatkan Jimin terkedu.

Haewon menghela nafas. Haih risau.

"Ahh tapi,"

"Papa, mama. Kita dah janji kan nak bincang elok-elok? Kenapa nak attack Jimin pula," Haewon cuba meredakan keadaan. Kesian pulak tengok Jimin seperti disoal siasat oleh mama dan papanya.

"Mama dengan papa tanya je, Hae. Tak salah rasanya," balas Puan Jeon.

Haewon mengemam bibir.

"Betul ke kamu cintakan, Haewon?" soal Tuan Jeon.

"Ya, saya cintakan dia dari dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah... Saya harap uncle dengan aunty boleh terima saya--"

"Pastikan kamu takkan sakiti Haewon." kata Tuan Jeon seraya berdehem perlahan.

Haewon bersorak didalam hati. Lega.

"Em, proses cerai saya dengan isteri saya masih dalam proses. Saya janji saya takkan sakiti, Haewon." ucap Jimin, menoleh lama ke arah Haewon disebelahnya.

Haewon menyembunyikan senyuman.

"Pegang janji kamu, Jimin. Kalau betul kamu pilih Haewon, buktikan. Uncle tak nak kalau hanya sekadar cakap." tegas Tuan Jeon berkata.

Jimin mengangguk laju. "Saya akan bawak Haewon jumpa mama saya dalam masa terdekat."

"Baguslah kalau macamtu."

Jimin dan Haewon masing-masing berbalas pandangan. Rasa semakin teruja apabila seolah-olah mendapat green light dari Tuan Jeon.

------


Ting!

Haewon yang sedang mengeringkan rambut terhenti apabila bunyi notifikasi dari telefon pintarnya berderu masuk sejak tadi. Mulanya dia mahu abaikan sahaja namun seperti penting saja bunyinya.

Tangannya lincah membuka password di telefon pintarnya dan terpapar banyak mesej dan panggilan tidak berjawab.

Banyak mesej dari Jimin, Euna dan...
Luna?

Ada apa gadis itu berterusan menghubunginya? Hm...

Mesej dari gadis itu turut dibuka.

Luna
Haewon, kita perlu berjumpa sekarang. Penting.

You
Okay. Jumpa dekat Leo Cafe.


-------


"Ada apa kau nak jumpa aku? Apa yang penting sangat?" soal Haewon langsung apabila dia sudah berhadapan dengan gadis itu.

Luna menghela nafas panjang. Dia sendiri tidak tahu mahu mulakan dari mana. "Sebelum tu aku nak mintak maaf dekat kau pasal hal haritu... Dan jugak hal yang pernah berlaku anatara kita dulu...."

Haewon hanya menjongketkan kening, aneh. Tiba-tiba pulak nak mintak maaf. Kena sampuk ke ni?

"Wae? Kenapa kau tiba-tiba nak mintak maaf? I mean ini bukan Han Luna yang aku pernah kenal,"

"I know this is kinda sudden but aku betul-betul mintak maaf dekat kau... Aku harap kau dapat maafkan aku, tolong bagitahu Euna jugak yang aku mintak maaf dekat dia." sambung gadis itu, lagi.

"Hm okay..." apa salahnya maafkan je...

"Anyway aku ada benda lain nak cakap." kata Luna. Haewon mengerutkan dahi.

"Apa?"

"Isteri Jimin ada jumpa aku haritu..."

Membulat mata Haewon mendengarnya. Yerin berjumpa dengan Luna? "Huh? Jumpa kau? For what?"

"A-actually dia ada suruh aku buat something dekat kau... tapi jangan risau aku takkan buat-"

"Huh? Maksud kau?!" Haewon terkejut.

"D-dia suruh aku gugurkan kandungan kau, dia ada bagi something untuk aku buat kau keguguran..."

Dang!

Haewon menekup tangannya ke mulut. Betul kata Jimin. Yerin memang tidak boleh dijangka. Dia betul-betul mahu membunuh anak ini.

"Kau--"

"Jangan risau aku takkan buat benda tu dekat kau... Aku harap kau maafkan aku, Hae..."

Haewon kelu dalam masa yang sama dia bersyukur kerana Luna tidak akan mencederakannya.

"Gomawo Luna-ah. Aku maafkan kau don't worry. Anyway kita boleh jadi kawan." ujar gadis itu seraya melemparkan senyuman kecil.

Luna terkesima. "B-betul ke, Hae?"

"Eung. Kau, aku dan Euna."

Luna mengangguk laju lalu tubuh kecil Haewon dirangkul erat. "Terima kasih sebab maafkan aku."


-------


Setelah selesai berjumpa Luna tadi, Haewon singgah di mall. Beberapa pasang baju bayi juga sempat dibeli olehnya.

Tidak sedar berada diluar hampir empat jam, dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja sekarang ini. Lagipula mama dan papanya masih dirumah.

Beberapa beg kertas dipegang erat sambil tangannya ligat mencapai telefon pintar yang tiba-tiba berbunyi.

Panggilan dari Jimin.

"Eoh Jimin-ah,"

"Saya ada dekat luar jap baru nak balik,"

"Ya saya dekat parking ni. Kejap lagi nak singgah cafe kejap. Lepastu saya balik terus eung?"

Usai menamatkan panggilan, Haewon menutup telefon pintarnya. Dengan senyuman yang masih bersisa, dia menoleh wajah apabila bayang seseorang mendekatinya dari belakang.

Perlahan-lahan dia berpusing dan senyumannya terus memudar. "Y-Yerin..."

"A-Awak buat apa dekat sini?" takut-takut Haewon bersuara apabila melihat senyuman Yerin mulai menyeringai.

Yerin ketawa sinis. "Apa aku buat dekat sini? Mestilah aku ikut kau,"

Dia melihat sekeliling, jelas tiada sesiapa disini melainkan mereka berdua di ruang parking ini.

Haewon jadi takut apabila melihat wajah wanita itu yang mula bertukar serius. Dia berundur setapak.

"Yerin, saya--- Arghhh!" secara tiba-tiba dirinya ditolak oleh wanita itu.

"Arghhh..." kerana tolakan kasar dari Yerin membuatkan Haewon jatuh kuat.

"Kau perosak rumahtangga orang! Perempuan tak guna!" pekik Yerin lalu menampar kuat pipi mulus gadis itu.

"Yerin--"

Setelah itu perutnya juga ditendang kuat sehingga darah mula mengalir di kakinya.

"Arghhh s-sakit...." rintih Haewon sambil menangis. Perutnya dipegang berkali-kali.

"Kalini aku akan pastikan kau dengan anak kau betul-betul mati!" Yerin pandang sekeliling dan idea jahat mula muncul difikirannya.

Dia terpandang pasu kecil disudut dinding. Pasu merah itu dicapai lalu mahu membaling ke arah Haewon yang masih tersungkur dibawah.

Haewon jadi takut dengan tindakan Yerin yang semakin agresif. Dia cuba mengelak apabila wanita itu membaling pasu ke arahnya.

"Arghhh!" sisa pasu pecah mengena juga kepadanya.

"Tak guna! Sempat pulak kau nak lari?!" raung Yerin. Persis orang gila.

Haewon berlari laju meninggalkan beg kertas miliknya disitu. Dalam keadaan sakit dia gagahkan juga melarikan diri dari Yerin.

"Hah... hah... hah..." Haewon cuba mengambil nafas. Sekarang dia bersembunyi disebalik sebuah kereta. Tangannya menekup mulut supaya tidak terdengar langsung bunyi deruan nafasnya yang laju.

"Jeon Haewon! Mana kau hah?!" jerit Yerin seraya anak matanya mencari- cari dimana kelibat gadis itu. Pandai betul dia main sembunyi-sembunyi.

"Yahh Jeon Haewon! Kau keluar sekarang!" pekik Yerin lagi. Dia mula merengus geram.

Dalam masa yang sama, telefon bimbit milik Haewon berbunyi sehingga membuatkan Yerin turut mencari dimana keberadaan gadis itu.

"Are you there, hahahaha?"

Haewon terkejut apabila mendengar suara wanita itu seakan dekat dengan dirinya.

"You should be out right now, Haewon-ssi or else..."

Haewon menangis dalam diam sambil menekup tangannya ke mulut. Bimbang jika wanita itu akan mendekatinya semula.

'Tolong, jangan datang dekat...' rintih Haewon dalam hati. Dia begitu takut dengan wanita itu sekarang ini.

'Jebal...'

Bang!

I-Itukan bunyi tembakan! Haewon telan liur. Bibirnya dikemam rapat. T-takkanlah Yerin bawak p-pistol?

Dalam masa yang sama tubuhnya ditarik pantas dari belakang. "Arghhhhh!"

Ada yang rindu ke 😩🧡 sorry lambat update tak yakin nak publish chapter ni padahal dah lama tulis 🥺

Next final tau 🌹

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top