27 💦
Haewon mengalihkan pandangan apabila kelibat Jungkook sudah mengambil tempat disebelahnya. Tiba-tiba rasa kekok.
"Ada apa mama suruh Kook datang sini?" soal lelaki itu lantas mula memandang satu persatu wajah dihadapannya terutama ibunya.
Kedua-dua Puan Jeon memandang sesama sendiri lalu ketawa kecil. Lagilah Jungkook aneh. Lawak ke soalan tu?
Sementara Haewon hanya menunduk sejak tadi. Dia menyatukan tangan kiri dan kanannya dibawah meja. Entah kenapa keadaan mereka tersangatlah kekok.
Tuan Jeon berdehem seketika. "Apa kata kita makan dulu? Kejap lagi kita sambung bincang, okey?"
"Betul jugak. Marilah kita makan dulu. Jemput makan semuanya."
Mujurlah Tuan Jeon dapat menyelamatkan keadaan. Haewon menarik nafas lega. Sudu dan garfu diambil sebelum mula menjamu selera.
Jungkook pula hanya mengerling sekilas Haewon disebelah. Kenapa gadis itu nampak lain harini?
"Haewon-ah, kau okey tak?" tanya Jungkook. Gadis itu hanya mengangguk sahaja tanpa menjawab.
Jungkook jadi pelik. Biarlah dulu. Sekarang nak isi perut dulu. Lapar.
-------
"Eoh Jimin, dah nak gerak ke tu?" Taehyung menegur apabila melihat kelibat lelaki itu sudah selesai mengemaskan bagasi miliknya.
"Ha ah. Aku kena cepat, lagipun semua dekat sini dah selesai kan." balas Jimin seraya mengangguk.
"Hm betullah tu." Taehyung menggaru kecil pipinya.
"Ahh Taehyung, aku nak pinjam power bank kau. Phone bateri aku habis. Nanti aku bagi dekat office." pinta Jimin.
Taehyung menggulingkan matanya ke atas.
"Hm yalah. Nah." power bank berwarna merah itu diberi kepada Jimin.
"Thanks. Aku gerak dulu."
"Eung. Hati-hati drive." sempat lelaki itu berpesan.
"Kau pun."
Taehyung menggeleng melihat Jimin yang sedikit tergesa-gesa. Sayang punya pasal dengan girlfriend dia. Apa kau boleh buat Taehyung, kau kan sendu. Girlfriend pun tak ada. Tch.
-------
"Apa mama cakap? Setuju? Setuju apa? Kook tak faham..." dari tadi mamanya asyik cakap pasal setuju. Jungkook bingung.
Malah sejak dari meja makan lagi mama dan auntynya asyik mengusik dia dan Haewon.
"Hubungan kamu dengan Haewon lah, sayang. Buat-buat tanya pulak dia." seloroh Puan Jeon, ibu Jungkook.
Jungkook mengerutkan dahi. Hah? Sejak bila pulak dia luahkan perasaan sukanya kepada Haewon? Rasanya Eunwoo sorang je yang tahu.
Tuan dan Puan Jeon, ibubapa Haewon turut melemparkan senyuman. "Ha ah, Jungkook. Aunty tak tahu pulak kamu dah lama sukakan Hae. Kalau tahu dari dulu lagi aunty tunangkan kamu berdua."
Tuan Jeon juga mengangguk. Setuju dengan kata-kata isterinya. Namun sebaik sahaja melihat riak wajah anak gadisnya yang sedikit muram, hati kecilnya bagai terusik.
Haewon menunduk. Dia masih diam sejak tadi. Kenapa semua ini boleh berlaku? Macam mana hubungannya dengan Jimin nanti?
"Haewon-ah, kamu okey tak?" soal Tuan Jeon.
Gadis itu hanya melemparkan senyuman kecil. "Hae okey, papa."
Jungkook menggeleng laju. "Maksud mama?"
"Mama dengan aunty dah approved hubungan kamu dengan Haewon. Jadi kami nak ikat kamu berdua dengan ikatan pertunangan--"
Serta merta Jungkook bangun dari duduknya. "Mama, this is wrong. Kook tak setuju,"
"K-kenapa pulak kamu tak setuju-- kamu sayangkan Haewon kan-"
"Ya memang Kook sayangkan Haewon tapi tak lebih dari seorang sepupu. Hanya sebagai adik..." hati kecil Jungkook bagai mahu meronta kerana apa yang dia ucapkan hanyalah dusta semata-mata.
Haewon cintakan lelaki lain iaitu Park Jimin. Bukan dirinya.
"Jungkook-ah..."
"Betul, mama. Hubungan Hae dengan Kook cuma sekadar abang dan adik sahaja... Tak pernah lebih," sekali lagi Jungkook menipu hatinya. Walhal apa yang dirasakan adalah sebaliknya.
"Betul ke apa yang kamu cakap ni, Jungkook?" soal Puan Jeon berhati-hati. Sebenarnya dia masih tak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Kerana dia kenal betul anak tunggalnya itu.
Jungkook mengangguk. "Betul. Lagipun Hae dah ada lelaki yang dia cinta."
Haewon menelan liur. Ah sudah bukan sekarang Jungkook. Aku tak bersedia lagi.
"Mama, aunty dengan uncle tahu kan pemilik syarikat Lachimolala? Perusahaan perabot turun temurun dari keluarga Park. Anak tunggal Park Haesoo iaitu Park Jimin."
Kedua-dua Puan Jeon melopong apabila mendengar biodata ringkas soal Jimin.
"Maksud kamu, Park Jimin yang dah berkahwin tu?" giliran Tuan Jeon menyoal.
Haewon sudah gelisah. Sudah pasti ayahnya itu tahu soal status Jimin yang sudah beristeri.
"Betul lah tu." Jungkook mengiyakan terus. Damn. Haewon rasa nak ketuk kepala Jungkook sampai pengsan. Gila mendadak betul Jungkook ni exposed semua benda.
"Haewon-ah, betul ke? Kamu bercinta dengan suami orang?!" soal Puan Jeon. Dia sudah bangun dari duduknya.
Haewon pejamkan mata seraya mengambil kekuatan untuk berbicara kerana sedari tadi dia hanya berdiam diri.
"Eung. Maja. Hae bercinta dengan Jimin. Ya dia suami orang dan... Hae mengandungkan anak dia sekarang."
Masing-masing melopong teruk dengan kenyataan gadis itu kecuali Jungkook. Baguslah kalau gadis itu sudah berterus terang. Tidak perlu berahsia lagi.
"Maafkan Hae, mama, papa."
-------
Jimin menekan password satu persatu sebelum lock dibuka. Sunyi sepi. Kemana Haewon menghilang? Setahunya harini gadis itu tiada kelas.
"Sayang?" bagasi hitamnya diletakkan ditepi. Bilik tidur Haewon dituju. Hampa. Gadis itu tiada.
Kemana pula perginya? Keluar ke?
Memandangkan jam sudah mula menginjak ke angka satu tengah hari, Jimin mengambil keputusan untuk menyegarkan diri.
Pagi tadi mandi awal punya pasal jadi sekarang badannya mula merasa tidak selesa.
Usai selesai membersihkan diri, Jimin mula bergerak ke ruang dapur dengan tuala yang melilit dipinggang. Mahu mencari sesuatu untuk dimakan pula.
Sedang tangannya mula mencapai sebungkus ramen yang masih tersisa satu itu, kedengaran pintu utama dibuka.
Pasti Haewon dah balik!
"Sayang, awak pergi mana dari tadi saya tunggu-"
Masing-masing melopong. Jimin yang terkebil-kebil melihat dua orang dibelakang gadis itu membuatkan dia kecut perut. Itu kan mama dan papa Haewon.
Ahh tempah maut betul kau kali ni, Jimin.
"Eoh J-Jimin," Haewon kaget. Aduh!
"B-bila awak s-sampai, kenapa tak bagitahu saya dulu--"
Tuan Jeon dan Puan Jeon turut memandang lelaki itu lama. Tambah-tambah lagi dengan keadaan lelaki itu sekarang. Tidak berbaju.
"Kamu ni tak reti pakai baju ke?" garau Tuan Jeon bersuara. Jimin telan liur. Spontan tangannya naik menutup bahagian atas tubuhnya.
"Ahh m-maafkan saya. Saya pakai baju kejap," lelaki itu berjalan laju menuju ke bilik. Berkali-kali dia menepuk dahi.
"Em mama papa, Hae masuk kejap."
Tidak menunggu lama, Haewon turut menghilangkan diri ke biliknya. Nafasnya dihela panjang.
"Yahh saya dah mesej awak kan jangan balik sini lagi, stay dekat mana-mana dulu. Haih." kata gadis itu sebaik sahaja Jimin menoleh ke arahnya.
"Sorry sayang, phone bateri saya habis. Ini pun pinjam power bank Taehyung punya. Banyak mesej masuk sampai tak sempat saya nak tengok."
Haewon hanya terdiam. Perkara dah berlaku. Malah semuanya sudah terbongkar.
"Mama dengan papa saya dah tahu pasal kita."
"Ohh-- wait what? Habistu macam mana dengan--" Jimin sudah melopong.
"Awak pakai dulu baju tu lepastu kita keluar eoh?" riak gadis itu nampak tentang sahaja.
Jimin capai t-shirt hitam miliknya lalu disarungkan ke tubuh. "Agak-agak diaorang akan marahkan saya tak, sayang?"
"Entah. Yalah kut."
•
👀
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top