25 💦


Puan Park memandang lama kepingan gambar yang diletakkan oleh Jimin beberapa minit yang lalu. Nafasnya bagai mahu putus.

Gambar Yerin bersama lelaki lain. Sungguh sangat menyesakkan dadanya melihat gambar tersebut.

"M-mana kamu dapat gambar ni, Jimin?" soal Puan Park langsung. Jelas riak wajahnya cuba dikawal.

"Jimin ada upah seseorang untuk intip Yerin. Sekarang mama dah tahu kan perangai sebenar menantu kesayangan mama ni?"

"Mama tak sangka Yerin curang belakang kamu,

Tapi kamu pun curang belakang dia, Jimin. Tak mustahil dia cuma nak balas dendam atas apa yang kamu dah buat dekat dia." wanita separuh abad itu masih cuba membela menantunya yang terang-terang sudah mencalit arang ke mukanya.

"Jadi kalau Jimin curang dia pun boleh balas perkara yang sama jugak? Macamtu?" Jimin berdecit kecil. Dia malas mahu menyimpan wanita itu lama-lama.

"Hujung minggu ni Jimin akan bawak Haewon datang sini supaya dia boleh kenal dengan mama. Please treat her well. She deserves it." ujar lelaki itu terus. Membulat mata Puan Park.

"Jimin-"

"Mama, please... Haewon perempuan yang baik. Bukan macam yang mama fikirkan. You should try to know her..."

"Perlu ke semua ni, Jimin?" soal wanita itu. Jelas riak wajah anak lelakinya seperti berharap.

"Yes, cause she's your future daughter in-law, mama."

-------

Two days later.

Disebabkan kelas harini dibatalkan, Haewon mengambil keputusan untuk menyambung tidurnya. Malam tadi tak boleh tidur sebab asyik muntah. Rasa lemah je badan ni.

Hampir dua jam lebih beradu, Haewon mula mencelikkan mata perlahan-lahan. Jam didinding dikerling malas.

12 tengah hari.

Perut pun mula terasa lapar. Should we get something to eat, baby?

Dia melangkah masuk ke dapur lalu mengeluarkan sepaket nugget untuk digoreng sebentar nanti. Nugget pun jadilah. Mood nak memasak tak ada.

Sementara itu, Haewon membuka plastik biskut lalu mengambil beberapa keping biskut beberapa berperisa coklat itu. Lapar punya pasal.

"Sunyi lah pulak sorang je hm. Rasa macam sendu pun ya jugak."

Apa nak buat? Kau memang tinggal sorang, Jeon Haewon. Jimin tak ada malam ni sebab kerja luar. Esok baru balik.

Ting Tong!

Siapa pulak yang datang tengah hari macamni? Euna ke? Tak ada bagitahu apa-apa pun...

Pintu utama dia kuak perlahan. Jelas riak wajahnya berubah. "Mama? Papa?"

"Jungkook?" lelaki sengal ni pun ada? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke ni?

Puan Jeon sudah menerpa ke arah anak gadisnya lalu tubuh kecil itu dipeluk erat.

"Hai sayang mama! Mama miss you so much. How are you?" pelukan erat tadi dilepaskan. Puan Jeon tersenyum lebar.

Tuan Jeon hanya mengangguk. Lega melihat si anak sihat-sihat sahaja.

"E-eoh Hae sihat je--- eh wait kenapa tak bagitahu nak datang sini? I mean kenapa tak inform Hae dulu?" dia bukan apa, dia belum bersedia untuk berjumpa dengan mama dan papa. Tambah-tambah lagi dengan keadaannya sekarang ini.

"Saja. Papa cakap nak buat surprise dekat kamu. Itu yang kami berdua fly terus ke Korea. Jungkook pun mama baru inform dia malam tadi."

Jungkook hanya tersengih. Haewon mencebik.

"Ahh em masuklah mama, papa. Hehe."

Melangkah sahaja orang tuanya masuk ke dalam, Haewon menahan lengan lelaki itu dari terus melangkah. Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.

"Yahh kenapa kau tak inform aku dulu? Terkejut tahu tak mama dengan papa tiba-tiba muncul. At least kau boleh inform dekat aku malam tadi--" ujar gadis itu dengan nada yang perlahan.

"Alah relaks. Aunty dengan uncle datang nak jenguk anak kesayangan diaorang je. Kenapa, kau takut aunty dengan uncle tahu yang kau mengandung ke?" Jungkook cuba berseloroh.

"Haishh shhh! Cakap perlahan-lahan sikit boleh tak. Hish! Nasib baik Jimin tak ada malam ni. Kalau tak jenuh aku nak menjawab. Fuh." kang ada yang kena ketuk kepala kang jangan tanya kenapa. Jungkook sengaja nak cari masalah!

Jungkook menggulingkan anak mata ke atas.

"Bila kau nak ceritakan dekat diaorang pasal Jimin? Dah sampai masanya kau bagitahu. Perut kau akan semakin besar, Hae. Apa kata aunty dengan uncle bila diaorang tahu pasal ni?" Jungkook mula memberi nasihat.

"Aku tahu, nanti aku ceritalah,"

"Ikut kaulah."

"Kenapa tak masuk lagi kamu berdua tu? Sambunglah borak dekat dalam ni." kata Tuan Jeon. Borak macam lama tak jumpa pulak.

Jungkook terus berjalan menonong tanpa menoleh lagi. Haewon pula statik di depan pintu.

Dia risau tentang hari esok. Macam mana kalau tiba-tiba Jimin balik lepastu mama dengan papa pulak tanya? Ahh serabut.

-------

"Nak tu, Jungkook tolong passkan kejap." arah Haewon kepada lelaki itu untuk mengambil ayam goreng yang berada dihadapannya.

Tuan Jeon menggeleng kecil melihat perilaku si anak gadis. Selera makan kuat betul.

"Berselera betul ya kamu. Suka mama tengok. Makin berisi. Ha makan banyak-banyak. Nasib baik mama beli banyak tadi. Tahu dah semua ni favourite kamu."

Haewon tersengih. Sekejap ayam goreng, sekejap spaghetti haih semuanya nampak sedap.

"Hehe. Hae memang lapar dari tadi, mama. Tahu-tahu kelas dibatalkan terus sambung tidur. Bangun-bangun lapar pulak." seloroh gadis itu. Peha ayam goreng dicapai lagi.

Jungkook menggeleng melihat perilaku sepupunya itu. Melantak betul.

"Jungkook-ah, nak rasa pasta kau punya." pintanya kepada Jungkook disebelah. Lelaki itu berkerut pelik.

"Eoh kau bukannya tak berapa suka ke pasta--"

Haewon tak kisah, pinggan yang berisi pasta milik Jungkook diambil. Lagilah melopong lelaki itu apabila makanannya diambil begitu saja.

"Sorry Kook, nampak sedap pulak pasta tu. Kau ambik yang lain lah ek?" Haewon sengih kekok. Tiba-tiba teringin pasta nak buat macam mana.

Jungkook bagai hilang kata-kata. Manakala Tuan Jeon dan Puan Jeon masing-masing berbalas senyuman.

"Sayang, esok pagi kamu ada kelas tak?" soal Puan Jeon langsung.

"Esok memang free. No class for two days. Hehe." balas Haewon ringkas.

"Really? Wah baguslah tu. Lunch esok kita akan pergi rumah aunty kamu."

Haewon yang tengah melahap pasta kepunyaan Jungkook terhenti apabila mamanya berkata sebegitu. Aunty yang dia punya hanyalah mama Jungkook, kakak kepada mamanya. Papa pulak anak tunggal.

"Eoh aunty buat makan-makan ke apa? Aku tak tahu pun, Kook." gadis itu menoleh sebelah. Jungkook hanya menjongketkan bahu.

"Entah mama tak ada cakap apa pun dekat aku." selamba Jungkook membalas. Eh dia ni.

"Nak bincangkan pasal hal kamu berdua lah apa lagi." balas Tuan Jeon. Puan Jeon disebelah juga mengangguk sebelum tersenyum lebar.

Hal apa pulak? Aduh... Kejap, esok Jimin akan balik sini. AAA macam mana ni? Apa aku nak cakap dengan mama dan papa nanti?

"Em penting ke, mama? T-tak ikut tak boleh ke?"

"Penting sangat. Kamu berdua wajib ikut." sekali lagi Puan Jeon memberi amaran.

Hm apa boleh buat. Nampaknya dia perlu bagitahu Jimin terlebih dahulu...

Maaf tau lambat update, busy marathon kdrama + busy dengan kehidupan sendiri eh tibeh hehe anyway tak lama lagi dah nak habis tau 😚🧡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top