22 💦
Jungkook cuba menjengulkan kepala ke bilik tidur Haewon. Sementara dia berada di sebalik ruang tamu dapatlah dia cuba mencuri dengar apa yang mereka bualkan.
"Yahh! Kau curi-curi dengar diaorang borak apa eh? Eee tak baik tahu." Euna menepuk kuat lengan Jungkook. Bukan dia tak nampak tadi, Jungkook sedaya upaya mahu mendengar perbualan Haewon dan Jimin.
"Biarlah, Haewon kan sepupu aku. Aku risau kalau jadi apa-apa dekat dia nanti,"
"Alah sembang, macamlah Jimin tu nak pukul Haewon. Pelik-pelik lah kau ni. Dah lah sini makan dulu. Kejap lagi diaorang pulak nak makan."
"Kenapa tak makan je sekali, apa susah?"
"Eh biarlah diaorang makan berdua kejap lagi. Cepatlah ke sini aku dah sediakan pinggan ni."
Jungkook mencebik lalu mendekati ruang makan.
Sementara di dalam bilik, Haewon hanya mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana mahu bicara.
"Baby okay?" Jimin menyoal lembut.
Haewon mengangguk. "Ada apa awak datang sini? Nanti Yerin tuduh saya--"
"Jangan risau pasal dia. Saya datang sini nak jenguk awak. Saya pergi hospital tadi nurse cakap awak dah balik. That's why I came here." balas Jimin, lembut.
"Oh ya, this is for you," beberapa beg kertas yang dipegang tadi Jimin hulurkan kepada gadis itu.
"Apa ni?" Haewon mengeluarkan beberapa baju dari beg kertas tersebut.
"Baju baby?!" tak terlalu awal ke?
"Eung. Disebabkan tak tahu lagi baby boy or girl, so I decided to buy unisex. Kalau boy boleh pakai girl pun boleh pakai. Hehe."
"T-tak terlalu awal ke baju ni? Yalah baby ni baru berapa bulan je..." perutnya yang sedikit membukit diusap perlahan.
"Tak rugi kan beli awal? Nanti kita pergi lagi."
"Emp? No no tak payah. Ini semua pun dah banyak. Thankyou."
"Why kena cakap thankyou pulak? This is my baby too, right? So no biggie."
Haewon tersenyum kelat.
"I miss you,"
"Hm?"
"I miss our moments... And lepasni kita akan ada moment dengan baby pulak. Mesti best kan, sayang?"
"Jimin-ah, tapi Yerin-"
"Soal Yerin, saya akan ceraikan dia secepat mungkin dan lepas semuanya dah selesai kita akan kahwin. Saya dah ready nak jumpa parents awak." kata Jimin. Membulat mata Haewon mendengarnya.
"What?! Awak nak ceraikan Yerin? Tapi-"
"Ini jugak yang awak pernah mintak dulu kan, sayang? Tapi jangan risau, ceraikan Yerin adalah pilihan saya sendiri. I'm too tired to be her husband anymore." luah lelaki itu. Tapak tangan gadis itu diusap lembut.
"Memanglah tapi... Mama awak? Dia tak marah awak nak ceraikan menantu kesayangan dia?" soal Haewon. Yalah dia tahu betapa Puan Park terlalu sayangkan menantunya itu.
"Kalau ya pun mama tak bagi, still I'm gonna proceed it with my own flow. Biarlah mama nak marah sekalipun. Yang penting, I'm surrender already." tegas lelaki itu berkata. Itulah apa yang dia tekadkan.
"Kita kahwin eung?" pinta Jimin, kekura tangan gadis itu diusap lembut.
"Dah lama saya impikan perkahwinan dengan perempuan yang saya cinta, dan orang itu adalah awak, Jeon Haewon. Tolong jangan menolak ya? I'm begging you."
Haewon lepaskan keluhan kecil. Dia bukan apa, dia tidak mahu isteri lelaki itu menuduhnya lebih-lebih. Dan akhirnya dia sendiri yang sakit hati.
"Sayang,"
"Em?"
"Please, don't rejected me..."
Gadis itu terpana. Ini yang kau mahu kan, Haewon? Apa lagi yang kau tunggu?
"Yerin takkan-" ucapan gadis itu terputus apabila Jimin bertindak meragut bibirnya lembut.
"I promise, she'll never hurt you again." ujar Jimin setelah ciuman lembut itu dileraikan. Pipi mulus itu diusap.
Haewon bungkam. Bibir bawah dipagut. Tak mungkin Yerin akan menyerah begitu sahaja. Dia pasti wanita itu akan lebih berang dengan keadaan mereka sekarang ini.
"Can we? You shouldn't think too much about this... Our baby needs a space too." pujuk Jimin lagi. Dia risau melihat Haewon bagaikan masih rasa sangsi lagi dengan apa yang dia katakan.
"Please,"
"Arasseo... Saya pegang janji awak. Awak betul-betul yakin?"
Laju sahaja Jimin mengangguk. "Of course, sayang. Terlalu yakin."
"Lepasni kita akan bina keluarga kita sendiri tanpa halangan orang lain lagi." tubuh Haewon itu ditarik ke dalam pelukannya. Kepala gadis itu diusap.
Haewon ukirkan senyuman nipis. Biarpun hatinya tak berapa yakin tapi Jimin sendiri sudah meyakinkannya soal itu.
-------
Bunyi bising yang menerjah ke telinga langsung tidak dihiraukan oleh Yerin yang sedang menyembamkan wajah ke meja panjang itu.
Wine merah dia teguk lagi tanpa berfikir lama. Ini sahaja caranya untuk dia lepaskan kemarahan.
"Ughh..."
Perut yang terasa sebu dia pegang. Ahh kenapa rasa macam ni...
"Eoh Yerin?"
Wanita itu mengangkat wajah. Terpampang wajah kacak seseorang. Park Seonghwa.
"You're here too?"
"Tch kau lagi. Pergilah jangan ganggu aku..."
"No, I won't. Are you okay? You look mess-"
Secara tiba-tiba tubuh Yerin terkulai sehingga jatuh ke arah lelaki itu. Jangan kata perempuan ni pengsan.
Seonghwa berdecit kecil. Fikirnya boleh lah enjoy malam ni namun hampa, Yerin pulak buat hal.
"Aish!" mahu tak mahu dia angkat tubuh genit wanita itu lalu dibawa ke kereta miliknya.
-------
"So kau dah yakin lah dengan keputusan kau ni, Hae?"
"Eung. Jimin pun dah janji dengan aku."
Setelah Jimin meminta diri untuk pulang tadi, mereka bertiga berbual kosong di ruang tamu.
"Baguslah. Aku happy untuk kau. Aku yakin Jimin akan jaga kau baik-baik." balas Euna. Sekurang-kurangnya Jimin takkan mensia-siakan rakan baiknya itu.
"Kau tak menyesal?" soal Jungkook. Matanya tajam memandang wajah cantik Haewon.
"Kenapa kau tanya macamtu-"
"Aku cuma tak nak kau dipermainkan, Hae. Aku tak nak nanti Yerin buat benda bodoh lagi dan cederakan kau. Dia dah pernah buat sekali jadi tak mustahil dia boleh buat lagi lepasni. Percayalah cakap aku."
"Thankyou for your concern Jungkook tapi kau tak perlu risau. Aku tahu jaga diri. I'll be more careful after this." Haewon ukirkan senyuman nipis. Dia tahu Jungkook selaku sepupu rapatnya itu begitu risaukan keadaannya.
"Kau jangan risau, eung?"
Euna turut memandang Jungkook dihadapannya. Lain macam anak Jeon ni risau. Ada apa-apa ke?
Jungkook menarik nafas panjang. "Okeylah kalau kau cakap macamtu. Aku tak boleh nak cakap apa.... Promise me, kau kena lebih jaga diri lepas ni. Kalau perlu lepasni daftar masuk kelas karate. Boleh kau ajar sikit perempuan tu."
"Hahaha kau ni. Nak aku terberanak dekat situ ke nanti? Baru belajar berapa step dah tersungkur." seloroh Haewon.
Ada ke Jungkook suruh dia masuk kelas karate. Tak pasal-pasal dia yang kena smash dulu.
"Aku selaku kawan baik kau akan sentiasa disisi kau, menjaga kau sepanjang masa. Terutamanya bila Jimin tak ada." kata gadis itu seraya menjongketkan kening. Betul ke tu?
"Eyy kau ni. Hehe gomawo Euna-ah."
"Okeylah aku nak balik dulu. Petang nanti aku ada hal sikit. Korang okey kan berdua?" pamit Jungkook.
"Mestilah okey je. Pergilah balik. Thank you sudi prepare lunch tadi, Kook." ucap Haewon.
"No hal. Kau Euna, jangan balik lewat sangat. Kawasan perumahan kau kan sunyi. Lewat petang nanti bolehlah kau balik." sempat Jungkook berpesan.
"Bye!"
Dua gadis itu berpandangan sesama sendiri sebelum ketawa mereka meletus.
"Jangan cakap Jungkook sukakan kau." usik Haewon. Kalau ya dialah orang yang paling gembira.
"Eoh? Jungkook suka aku? Heol malangnya aku nampak sebaliknya."
"Maksud kau?" Haewon mengerutkan dahi.
"Aku nampak Jungkook macam sukakan kau lah, Haewon-ah."
•
Maaf maaf chapter ni terlalu hambar 😤
Nak endkan sebelum bulan 10 harap harap sempat lah 🥴
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top