21 💦

Pintu bilik yang dikuak perlahan Haewon pandang sekilas. Han Euna rupanya.

"Hi Hae, kau dah okey ke? Nak aku belikan apa-apa tak?" dia hanya tersenyum kelat.

"Aku okey. Tak payahlah susah-susah. Bukannya aku teruk sangat pun." balasnya, lembut. Euna ingat dia lemah sangat ke apa? Haish.

"Gila kau tak teruk, kau hampir keguguran tahu tak. Haih. Perempuan tu memang cari pasal betul. Patutlah Jimin sendiri tak tahan dengan dia," hambur Euna, geram.

"Euna-ah," panggil Haewon.

"Eung?"

"Kau rasa patut ke aku simpan baby ni? Apa pandangan orang lain dekat aku nanti-" ujarnya sambil menunduk.

Euna mengambil nafas panjang sebelum mula berkata.

"Haewon, anak itu satu anugerah. Ramai orang bertahun-tahun tunggu nak dapat anak. Ada yang diuji tak boleh mengandung langsung. Kau dah ada peluang macamni kau boleh fikir macamtu lagi?"

"A-Aku entahlah..."

"Kalau kau fikirkan pandangan orang lain, Hae. Kau boleh je abaikan semua tu. Mulut orang kita tak boleh tutup. Bila dia penat nanti dia diamlah. Biasalah manusia zaman sekarang."

Gadis itu mengeluh kecil.

"Jadi pendapat kau,"

"Ya simpan baby tu. Aku yakin Jimin pun tak sukakan kalau kau kata kau taknak anak ni. Tak perlu fikir pandangan orang lain. Fikirkan diri kau sendiri saja. Simple." itulah kata-kata dari Han Euna.

"Jimin cakap apa?" bahu gadis itu dipeluk sekilas.

"Dia taknak aku buang baby ni. Dia cakap dia nak jaga aku..." balasnya lembut.

"Hah tu kan dah nampak. Jimin sendiri dah terima anak ni apatah lagi kau ibu dia. Terima baby ni eung?" pujuk Euna.

Sebak Haewon dibuatnya. Tangannya naik mengusap permukaan perutnya. "Boleh ke aku jadi ibu yang terbaik? Aku-"

"Haewon, aku yakin kau akan jadi ibu yang terbaik untuk baby ni. Jadi jangan buang ya?" pujuk Euna. Bahu gadis itu ditepuk lembut.

"Janji dengan aku, jangan buang baby ni." Haewon mengangguk jua.

-------


"Jimin! Dah pukul berapa baru kamu balik ni? Dahlah dari tadi mama call tak jawab langsung,"

"Mama, huh Yerin dah balik?" memikirkan tentang wanita itu sahaja sudah memeningkan kepala.

"Itulah mama nak tanya kamu jugak, Yerin pun tak balik dari tengah hari tadi. Dia tak ada bagitahu apa-apa ke?"

Jimin menggeleng laju. Dia mula mengambil tempat di sofa kosong. Tangannya naik memicit sisi dahi yang mulai terasa pening. Serabut dengan masalah yang menimpa. Satu persatu.

"Jimin-ah, mama tanya kamu ni."

"Kalau Jimin minta satu je dari mama, boleh?" Jimin menggigit bibir. Tidak tahu mahu bicara bagaimana.

"Apa tu?"

Lelaki itu mengambil nafas panjang lalu dihembus perlahan-lahan. "Jimin nak ceraikan Yerin dan kahwin dengan Haewon-"

"What?! Apa yang kamu cakap ni, Park Jimin?"

Park Jimin ni dah kenapa?!

"Mama, please. Jimin dah penat hidup dengan Yerin selama ni. Jimin betul-betul penat dengan semua ni. Tolonglah bagi Jimin peluang untuk bersama dengan perempuan yang Jimin cinta."

"Lagipun, Haewon tengah mengandung-"

"What did you say? M-mengandung?!"

"Ya mama-"

"Patutlah Yerin bengang sangat dengan kamu, Jimin. Kamu cintakan sangat budak tu sampai dia mengandung." kata Puan Park lalu memicit dahi. Anaknya sudah melampaui batas.

"Ya memang mama nakkan cucu tapi bukan dari perempuan macam tu. Perempuan yang taraf dia rendah-" sambung wanita separuh abad lagi.

"Haewon bukan perempuan macamtu, mama. Percayalah. Kami saling mencintai dan itu dah cukup untuk buktikan cinta kami. Kalau mama betul-betul sayangkan anak lelaki mama satu-satunya ni, tolonglah jangan halang permintaan Jimin. Yerin bukan wanita yang ditakdirkan untuk Jimin. Dia boleh dapatkan lelaki yang lebih baik,"

"No!"

Yerin. Wanita itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah dan ini yang didengarinya.

"Awak tak boleh buat saya macamni, Jimin. Saya cintakan awak. Saya tak boleh berpisah dengan awak-" lengan kekar lelaki itu dipeluk erat. Bagai tidak mahu dilepaskan.

"Jangan tinggalkan saya, Jimin. Saya minta maaf. Saya cuma tertolak dia sikit lepastu dia sendiri yang jatuh. Saya tak bermaksud pun nak tolak dia. Maafkan saya... Saya tak boleh hidup tanpa awak," wanita itu sudah menangis teresak-esak.

Jimin hanya berdecit halus sebelum menarik lengannya dari dipaut oleh Yerin.

"Lepaskan saya, Jung Yerin! Awak memang perempuan yang teruk. Maaf tapi saya tak boleh berlembut lagi kalini. I'll arrange our divorce document as soon as possible."

Yerin menggeleng laju. "Tak tak saya tak nak cerai-"

"I don't even fucking care at all."

"Yahh Park Jimin!" bentak Yerin seraya mengetap bibir. Malah lelaki itu langsung tidak menoleh ke belakang.

"Jimin! Kamu nak pergi mana pulak?!" soal Puan Park. Dia juga buntu dengan masalah anak menantunya.

Jimin menghentikan langkahnya, "Maaf mama, selagi Jung Yerin ada dalam rumah ni, Jimin takkan balik sini."

Membulat mata Puan Park. Sampai macamtu sekali?

"Tapi Jimin,"

Jimin sudah berlalu dengan kereta Audi miliknya. Yang pasti dia tidak akan menjejakkan kaki disitu selagi Jung Yerin masih disitu.

"Erghhh!" rambutnya diserabutkan. Hatinya semakin membara dengan apa yang Jimin katakan dia. Cerai? Tch. Aku takkan biarkan kau ceraikan aku macamtu je.

"Yerin, betul ke kamu yang tolak Haewon tu-"

"Ya! Memang Yerin yang tolak dia sampai dia jatuh. Kenapa? Mama pun nak bela perempuan tu jugak?" bentak Yerin dengan gigi diketap.

"Tak Yerin bukan macamtu-" Puan Park cuba melembutkan suara namun Yerin seperti tidak mahu mendengar.

"Arghh mama pun sama je macam Jimin. Kalau nak salahkan Yerin cakap jelah! Huh!"

Tergamam Puan Park apabila ditengking sebegitu oleh menantunya. Inikah Yerin yang dia kenal?

"Yerin-" wanita itu sudah melangkah ke anak tangga atas.

"Don't talk to me." seperti berbaur amaran Yerin mengingatkan ibu mertuanya. Eh dia lupa ke dia duduk rumah siapa sekarang ni?

-------


Jimin yang baru hendak melangkah ke ward yang menempatkan Haewon berpatah balik apabila diberitahu oleh salah seorang nurse disitu bahawa gadis itu sudah pulang tengah hari tadi.

Kalaulah dia tidak tertidur lama di rumah Taehyung tadi pasti dia boleh sampai awal ke hospital. Ini tak boleh pula terlajak tidur.

Masuk sahaja ke dalam kereta, Jimin terus memecut laju menuju ke kawasan kondo gadis itu.

Drrt... Drrt...

Jimin hanya menjeling sekilas nama pemanggil yang terpapar di skrin telefon pintarnya.

Yerin.

Dia hanya biarkan panggilan itu berlalu sehingga deringan itu berhenti dengan sendirinya. Dia sudah malas untuk berbicara lebih dengan wanita itu. Penat.

Jimin sudah mula memasuki kawasan kondo Beverly. Keretanya diparkir. Beberapa beg kertas juga turut dibawa.

Dia masuk ke dalam lif lalu nombor 13 ditekan. Jimin memandang beg kertas ditangannya. Harapnya Haewon suka dengan apa yang dia bawa ini.

Ting!

Dah sampai. Jimin ukirkan senyuman paling manis dan melangkah keluar dari lif. Tak sabar nak jumpa dengan gadis kesayangannya itu.

Tok! Tok!

Walaupun dia tahu password rumah Haewon namun kali ini biarlah dia masuk dengan sopan. Tak perlu terjah macam selalu. Nanti kang Haewon melenting lagi kan susah.

"Jungkook-ah, kau pergi bukak pintu tu. Aku nak keluarkan ayam dari peti sejuk jap." arah Euna disebalik dapur.

Jungkook dengan wajah pasrahnya berjalan juga ke arah pintu utama. Siapalah yang datang waktu-waktu macamni?

Buka sahaja pintu, terpampang wajah kacak seseorang. Jungkook berdecit halus.

"Kau? Buat apa kau datang sini? Tak cukup lagi isteri kau hina Haewon dan sekarang kau berani datang sini lagi, Park Jimin?"

"Jungkook, aku cuma nak jumpa dengan Haewon. Please bagi aku jumpa dia kejap-" pinta Jimin dengan nada yang rendah.

"Haewon tak nak jumpa kau. Pergilah balik jaga isteri kau dekat rumah-" ujar Jungkook seraya memeluk tubuh.

"Kook, siapa yang datang tu,"

Haewon menjengulkan kepala ke luar, mahu melihat siapa gerangan di luar.

"Eoh J-jimin..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top