19 💦
Jimin menyemak beberapa dokumen yang perlu dia semak secepat mungkin. Satu persatu butiran di dalam dokumen tersebut ditelitinya. Usai selesai dia menolak fail yang sudah disemak ke tepi meja.
Tangannya naik memicit sisi dahi yang mulai terasa pening. Kerjanya semakin menimbun kerana tak masuk office tempoh hari.
Tok Tok!
"Hello Jimin!" sapa Taehyung yang baru melangkah masuk ke dalam ruang bilik lelaki itu.
Jimin hanya menggumam perlahan sebelum dia mengeluh kasar.
"Eh aku masuk pun nak mengeluh ke?"
"Wae ada masalah apa lagi kau ni? Rindukan isteri ke-"
"Aku serabutlah, Tae." potong Jimin, laju. Berkerut dahi jejaka itu.
"Serabut kenapa pula?"
"Yerin," Taehyung hanya mengangguk. Hm soal Yerin rupanya.
"Dia dah bagi green light dekat kau ke apa?" ujar Taehyung dengan nada yang sarkastik.
"Aku risau kalau dia apa-apakan Haewon nanti. Sekarang ni dia dah tahu siapa Haewon yang sebenarnya. Dekat mana Haewon tinggal, study, keluarga dia. Semua Yerin dah tahu, Tae. A-Aku takut kalau... Yerin nekad lepastu dia cederakan Haewon. Aku tak boleh bayangkan benda tu kalau betul-betul berlaku."
Taehyung terdiam sejenak. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu bicara soal ini. Tindakan Yerin juga sesuatu yang tidak dapat dijangka. Dia tahu wanita itu akan berlaku nekad apabila haknya diganggu.
"Kau ada cuba slow talk dengan dia tak? Aku risau juga Yerin tu. Macam yang kau cakap, dia mungkin buat kerja gila nanti."
"Yerin tu- Arghh entahlah. Aku pun serabut dengan perangai dia. Aku betul-betul berharap dia takkan apa-apakan Haewon."
Taehyung hanya mendengar. Apa lagi yang dia boleh buat? Harapnya Yerin takkan buat kerja gila.
-------
"Class dismissed. See you next day guys. Don't forget to send your assignment by email before 6pm."
"Okay madam."
Wanita separuh abad itu terus melangkah keluar dari dewan kuliah. Para pelajar juga sudah berpusu-pusu keluar dari kelompok orang ramai. Termasuklah Haewon dan Euna.
"Ada nak pergi mana-mana tak lepasni, Hae?" soal Euna sebaik sahaja mereka sudah keluar dari dewan kuliah.
Haewon menoleh pandang lalu menggeleng laju. "Takda kut. Aku nak balik rumah terus- Argh!"
Tiba-tiba permukaan perut dipegang. Terasa bagai mencucuk-cucuk. Kenapa ni?
"Hae, kau okey tak ni?" risau Euna melihat gadis itu seperti menahan kesakitan.
Haewon pejamkan mata serapat-rapatnya. Rasa sakit yang semakin terasa cuba diusir.
"Haewon-ah,"
"A-Aku okey. Hah huh," gadis itu cuba mengambil nafas.
"Kau kenapa? Sakit perut? Makan tak pagi tadi?" soal Euna bertalu-talu. Risau.
Haewon menggeleng lemah.
"Kau tak makan patutlah perut tu sakit. Jom pergi cafe dekat Itaewon. Aku belanja."
Haewon tidak menjawab. Dia hanya membuntuti Euna dari belakang memandangkan gadis itu berjalan agak laju darinya.
"Eoh Hae, mian aku laju sangat." ucap Euna apabila terperasan gadis itu berada di belakangnya.
"Haewon!"
Serentak kedua-dua gadis itu menoleh.
"Eh Yura, ada apa?" soal Euna bagi pihak Haewon.
Gadis yang bernama Yura itu termengah-mengah mengambil nafas. "Ada orang nak jumpa dengan kau, Haewon. Dekat belakang hall. Sekarang."
Giliran Haewon menyoal. "Lelaki?" Fikirnya Jimin yang mahu berjumpa dengannya.
"Perempuan. Aku pun tak kenal siapa. Tapi dia cakap penting." balas Yura. Yang penting dia sudah menyampaikan pesanan.
"Okey thankyou, Yura." ucap Haewon. Dia masih cuba memikirkan siapa perempuan tersebut.
Gadis itu hanya mengangguk sebelum meminta diri.
Euna mula berfikir, "Kau kan sakit perut, nak jumpa orang tu jugak ke?"
"Mungkin penting sangat kalau dia dah cari aku sampai kesini. Tak apalah aku pergi kejap-"
"Biar aku temankan-"
Namun Haewon laju menggeleng.
"Kau tunggu je sini. Aku pergi kejap je. Lagipun perut aku dah okey. Eung?"
"Hm yalah. Cepat tahu aku tunggu sini. Kalau lama aku pergi cari kau." pesan Euna. Dia bukan apa, dia risau dengan keadaan gadis itu. Haih siapalah yang tak menyempat nak jumpa sekarang? Huh penting sangat agaknya.
"Aku pergi kejap."
"Hati-hati." pesan Euna sekali lagi. Haewon mengangguk sebelum pergi ke arah kiri dimana terletaknya hall.
Sesampai sahaja di situ, Haewon berpaling kiri dan kanan. Sepi. Dimana orangnya?
"Jeon Haewon right?"
Pantas gadis itu menoleh, terkejut. Ini bukannya...
Jung Yerin...
"So you lah perempuan terdesak yang nakkan suami I? Am I right, Haewon-ssi? Or should I called you, mistress? Slut?"
Haewon mengetap bibir. Tak sangka Yerin betul-betul menghentamnya sebegini.
"Yerin, saya-"
"Eh tak perlu jelaskan apa-apa cause I already know everything. So tak ada gunanya you explain so on." kata wanita itu seraya tersenyum sinis.
"Sejauh mana hubungan you dengan husband I? Sampai atas katil? Huh macamtu?!"
Haewon menggeleng laju. "Biar saya explain dulu-"
"You memang perempuan murah, Jeon Haewon. Such a slut. Perampas. Perosak rumahtangga orang. You dah tahu Jimin tu suami orang but still you menggatal dengan dia? Parents you tak ajar eh?"
"I heard you came from a rich family. Tapi kenapa masih dekat dengan Jimin? Nak kikis harta dia pula ke? Tak cukup dengan harta parents you bagi? Hah?" bentak Yerin dengan kuat.
"I don't wanna know anything else. Putuskan hubungan you dengan Jimin. Full stop."
Haewon mengambil nafas panjang. "S-saya cintakan dia..."
Yerin ketawa kuat. Tangannya menepuk kuat. "Cinta? Cinta yang dia layak dapat hanya cinta dari I, his wife. You hanya perempuan simpanan dia. Tempat dia lempiaskan nafsu. Sedarlah diri tu sikit. Perlu ke nak terhegeh-hegeh dekat suami orang?"
"Trust me, once Jimin dah bosan, you hanya akan jadi mainan dia. You ingat dia tulus ke cintakan you hm? Jangan perasan, Haewon. You know what? Jimin pernah bagitahu I yang dia main-main je dengan you. Dia tak berniat pun nak jadikan you isteri dia." tipu Yerin. Sengaja dia berbuat sebegitu. Sekurang-kurangnya hubungan mereka berdua akan retak.
"You tahu kan mama Jimin terlalu sayangkan I. Hm jadi dia suruh i warning you awal-awal supaya berhenti jadi perosak rumahtangga orang. Dia tak nak menantu kesayangan dia ni sedih dengan hubungan you dengan Jimin. So faham-faham jelah." sambung wanita itu lagi. Dan ya sekali lagi dia berbohong. Soal siapa sebenarnya Haewon belum diketahui oleh ibu mertuanya lagi.
"I bagi masa untuk you bincang dengan Jimin. Hm nampak sangat I ni baik sampai bagi you peluang untuk cakap dengan Jimin. I harap you boleh-"
"Saya tak nak putus dengan Jimin." Haewon berani membuka kata. Biarlah...
"W-what?"
"Selagi saya tak dengar semua ni dari mulut Jimin sendiri, I won't believe it. Jadi saya tak nak putus dengan dia."
"How dare you! You fikir you siapa hah?" bahu gadis itu ditolak kasar.
"Yerin, awak sendiri tak pandai jaga suami awak sendiri. That's why Jimin berani dekati saya dan cintakan saya sepenuh hati dia. I'm more lucky than you." sinis Haewon bersuara.
"Kurang ajar punya perempuan! Kau dah melampau!"
Dengan sekuat hati dia menolak kuat tubuh kecil Haewon sehingga gadis itu tersungkur jatuh.
"Arghhhh!"
Yerin tersenyum puas. "Itu balasannya kalau kau degil, perempuan. Kau ingat aku lemah ke-"
Kata-katanya terhenti sebaik sahaja dia melihat cecair merah mula mengalir di celah paha gadis itu. Matanya membulat teruk.
"J-jangan kata kau m-mengandung?!"
•
Hello! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top