16 💦

Maaf sebab lambat update <33



"Sayang? Bukannya awak baru masuk mandi ke tadi?" soal Jimin dengan dahi yang berkerut. Dia memandang gadis itu aneh. Ditangannya terdapat dua bungkus besar keropok.

"Hehe. Saya mandi cepat-cepat sebab nak layan movie dengan awak. Ppali bawa sini keropok tu." Jimin menggeleng melihat telatah gadis itu.

"Kita nak tengok movie apa ni, Jimin?" soal Haewon. Jemarinya sudah mula membuka keropok berperisa kentang itu.

"Parasite nak?"

"Tak nak. Dah tengok lah yang tu. Carilah movie yang seram-seram sikit ke."

"Macamlah dia tu berani sangat."

"Eh apa ada hal. Awakkan ada. Hehe." ucapan comel dari Haewon membuatkan Jimin menarik manja hidung mancung gadis itu.

"Sweet Home okey?"

"Okey je."

Mereka berdua mula melayani movie yang ditayangkan. Hampir setengah jam hanyut dalam cerita tersebut, masing-masing hanya fokus dengan makanan ringan ditangan.

Haewon menoleh ke arah Jimin disebelahnya. Wajah kacak itu tampak bersahaja saja. Layan movie ke fikir benda lain?

"Jimin-ah,"

Diam. Sepi.

Jimin tak dengar ke dia panggil lembut macamni? Haih.

"Jimin." panggil Haewon sekali lagi. Nadanya sedikit kuat dari tadi.

Pantas Jimin menoleh, terkejut. "Wae sayang? Awak cakap apa tadi?"

Haewon mencebik bibir. "Saya panggil awak dari tadi senyap je. Fokus sangat eh movienya."

"A-ah ehe maaf." Jimin ketawa kekok.

"Saya cuma terfikir, awak tak nak balik rumah awak ke? Wait saya bukan nak menghalau awak tahu tapi yalah dah tiga hari awak duduk sini. Mama awak tak cari? Yerin tak mengamuk awak tinggal dia macamtu je?"

Jimin terdiam. Lidahnya kelu. Apa perlu dia jawab? Hal sebenar mengapa dia tak balik ke rumah pun dia tak bagitahu lagi. Inikan pula soal hubungan mereka yang sudah terbongkar ini? Agaknya apa reaksi Haewon nanti?

"Jimin, awak dengar tak saya cakap ni?" lengan lelaki itu ditepuk perlahan.

"Eoh d-dengar. Em,"

"Awak gaduh ke dengan Yerin?" tebak Haewon. Entah kenapa dia ingin tahu pula soal hubungan suami isteri itu.

"Tak adalah. Saja malas nak balik sana. Tak best." jawab Jimin, selamba.  Balasan dari Jimin membuatkan Haewon hampir ketawa.

"Hek eleh. Macamlah best sangat balik sini."

"Mestilah best. Dekat sini ada awak, dekat sana tak ada awak." kata Jimin. Pipi gebu gadis itu dicuit geram.

"Yalah tu. Ada-ada je awak ni."

"Hehe. Eh esok kelas awak pukul berapa ni?" segera Jimin menukar topik.

"Petang. Pukul empat sampai enam."

"Arasseo. Saya hantar esok."

Haewon mengangguk. "Tapikan Jimin, saya tetap rasa awak perlu balik sana juga. Saya tak nak diaorang tahu hubungan kita ni."

Jimin hanya mendengar. Nampaknya Haewon masih berkeras mahu dia pulang ke rumah sana.

Bila difikirkan semula, ada betulnya juga. Dia perlu pulang ke sana untuk selesaikan masalah ini. Bukan dengan menghindar sebegini.

"I'm gonna stay another two days. Lepastu saya balik. Okey?"

Haewon tersenyum. Ini pilihan kau, Haewon. Selagi pihak sana belum mengetahui soal hubungan kau, jangan harap kau akan hidup aman.

Haih padahal hubungan korang dah kantoi, Jeon Haewon.


-------


Yerin menilik lama dirinya dihadapan cermin. Kesan merah di lehernya dipegang. Bibirnya berdecit kecil. Benci apabila melihat kesan tersebut berbekas ditubuhnya.

Concealer disapu setebal yang mungkin di kawasan lehernya. Biar sampai tak nampak kesan apa-apa!

Lipstick merah terang dioles ke bibir. Siap!

Dia beredar keluar dari bilik tidurnya lalu turun ke bawah. Baru sahaja dia mahu menguak pintu utama, sergahan seseorang dari belakang mengejutkannya.

"Mama,"

"Kamu nak keluar Yerin? Kan ke dah lewat. Hampir pukul 11 malam dah." wanita itu baru datang dari arah dapur. Tubuh menantunya didekati.

"A-Ahh ya Yerin kena keluar juga. Penting. I promise balik awal nanti."

"Mama bukan apa, kamu tu perempuan. Isteri orang pula tu. Pasal Jimin ke?" soal Puan Park, berhati-hati.

"Eum ya lebih kurang..."

"Baiklah kalau macamtu. Jangan balik lewat sangat." pesan Puan Park, lembut.

Yerin mengangguk. Senyuman paksa diukirkan. "Yerin pergi dulu, mama."

"Yalah."

Puan Park hanya pandang kelibat menantunya yang sudah beredar itu. Nafasnya dihela panjang.

"Kenapalah kamu tak pandai nak hargai perempuan sebaik Yerin, Jimin?"

------


"So any information? Aku tak nak dengar info yang tak berguna." kata Yerin tanpa basa basi sambil kakinya disilang.

Hyunjae tersengih mengejek.

"Well, not bad. Ini setakat yang aku jumpa. Tengoklah." sampul panjang berwarna coklat diletakkan di atas meja.

Yerin mencapai sampul tersebut lalu dibukanya laju. Dia sudah tidak sabar untuk mengenali perempuan yang sudah menghancurkan rumahtangganya.

Sekeping gambar dikeluarkan. Anak matanya memandang lama foto tersebut. Dia kembali memandang wajah cantik wanita itu.

"Jeon Haewon. 23 tahun. Pelajar tahun akhir Seoul University. Perempuan sebelah dia yang rambut pendek paras bahu tu kawan baik dia. Keluarga dia mengetap dekat Amerika. Anak tunggal. Dia tinggal di kondo kawasan Beverly,"

Yerin mendengar dengan tekun. Namun dalam hatinya sudah panas.

"Wait, Beverly? Itu bukannya kawasan untuk orang-orang kaya je ke?"

"Yes, perempuan ni boleh dikatakan anak orang berada juga." Hyunjae membalas tanpa selindung.

"But ni kawasan Beverly kut. Kaya sangat ke dia?" soal Yerin dengan nada yang tidak puas hati.

"Nampak gayanya macam itulah. Kenapa tergugat ke?" sindir Hyunjae seraya tersenyum sinis.

"Tch. Lagi?"

"Suami kau ada dengan dia sekarang ni. Yeah sejak kau cakap dia keluar dari rumah tu aku rasa dia stay rumah perempuan ni. Dan baru-baru ni aku ada follow suami kau. And yes, diaorang memang stay sekali."

Yerin mengetap bibirnya rapat.

"Kau tahu tak first time aku nampak diaorang like wah macam pasangan bahagia. Macam dunia hanya milik mereka berdua." sengaja Hyunjae menambah. Dia mahu melihat reaksi wanita itu apabila momen mesra Jimin dan perempuan simpanannya didedahkan.

Ah apa dia peduli sangat.

"Ada haritu aku ada nampak diaorang kissing-"

"Diam." keras Yerin bersuara. Tangannya sudah mengepal penumbuk.

Hyunjae tersengih sinis. Dia sudah perasan riak wajah Yerin yang sudah berubah. Wajahnya merah menahan amarah.

"Maklumat dalam ni kau boleh ambil. Aku kena gerak dulu. Ada hal lain. Ah by the way kawal sikit marah kau tu. Tak pasal-pasal orang dekat sini tengok kau pelik."

"Aku gerak dulu. Enjoy." bisik lelaki itu perlahan. Usai itu Hyunjae terus keluar dari kelab malam yang semakin membingitkan telinganya.

Yerin menolak lidah ke ruang pipi. Hatinya sudah panas sejak tadi. Sampul tadi digenggamnya kejap. Senyuman sinis diukirkan.

"Jeon Haewon, aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa. Dasar perempuan murah."

Dia melihat sekeliling. Nampaknya ramai manusia yang keluar masuk ke kelab ini. Jam juga sudah menginjak ke angka satu pagi. Lebih baik dia balik sekarang. Pasti ibu mertuanya akan risau nanti.

Baru sahaja dia mahu menoleh tiba-tiba terasa lengannya dipaut oleh seseorang. Mata bundarnya membulat.

"K-kau?!"

"Yeah it's me. Do you miss me? Or my touch?" bisik lelaki yang hanya dikenali olehnya sahaja.


.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top