14 💦



Haewon hanya memandang kosong TV yang terpapar dihadapan. Rancangan aneka ragam yang sedang bersiaran itu langsung tidak menarik perhatiannya.

"Huh." keluh Haewon lalu membaringkan tubuh. Remote tv dicapai lalu punat off ditekan. Sesekali mulutnya menguap kecil. Jam baru sahaja menginjak pukul 10 namun matanya sudah terasa berat. Mungkin kerana kelas hari ini agak padat sehingga dia tidak punya waktu untuk berehat.

Perlahan-lahan dia cuba pejamkan mata. Lagipun esok kelas petang sahaja.

Tanpa sedar Haewon sudah mula hanyut dibuai mimpi sehingga seseorang sudah masuk ke dalam rumahnya tanpa dia sedari.

Siapa lagi kalau bukan Park Jimin?

Dia mula mendekati susuk tubuh gadis itu disofa. Alis mata yang terpejam itu menarik perhatiannya. Tangan kekar Jimin naik mengusap lembut kepala gadis itu.

Jimin melihat wajah cantik itu dengan rasa kasihan terbit di hati. Lama dia menatap sehinggakan tidak menyedari gadis itu sedikit terganggu tidurnya apabila terasa wajahnya dibelai.

"I miss you." ucap Jimin, lembut. Sebuah kucupan lembut dilekap pada dahi Haewon. Jimin tersenyum kecil.

"Sleep well." Jimin bangun dari mendekati sofa putih tadi namun langkahnya terhenti apabila memandang gadis itu hanya tidur di sofa.

Tanpa membuang masa, Jimin mengendong perlahan tubuh kecil Haewon menuju ke bilik utama gadis itu. Tubuh itu diletakkan perlahan-lahan diatas katil. Comforter ditarik sehingga ke paras dada.

Jimin berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Jangan pelik kenapa dia sudah terbiasa dengan kondo ini. Kan dah biasa ulang alik ke sini. Hshshshsh.

Usai keluar dari bilik air, Jimin mencapai telefon pintarnya yang bergetar sejak tadi. Dia hanya menarik notifikasi dan membacanya dari atas.

Hanya missed called dari mamanya dan Yerin. Soal apa lagi kalau bukan mengenai Jeon Haewon. Dia yakin mama akan cuba sehabis mungkin untuk mencari siapa Haewon. Terutama sekali tentang hubungan mereka. Lebih parah lagi kalau mama upah spy. Itu akan memeningkan kepala Jimin.

"Huh." entah berapa kali sudah dia mengeluh. Rambutnya yang masih basah dibiarkan begitu sahaja. Suhu aircond direndahkan. Jimin mula bergerak ke arah katil.

Wajah cantik Haewon ditatap lama. Tangannya juga naik mengusap wajah mulus itu. "I'm sorry sayang kalau hubungan kita terlalu membebankan awak. What can we do? Saya terlalu cintakan awak..."

Ucap Jimin, perlahan. Rambut hitam gadis itu juga diusap lembut.

"I love you so much..." bibir mungil Haewon dikucup lama. Lengan kekarnya memeluk sisi pinggang gadis itu.

Perlahan-lahan dia cuba pejamkan mata. Sesekali tangannya menepuk perlahan belakang tubuh gadis itu. Dan akhirnya dia juga turut hanyut dibuai mimpi.

-------


Bunyi burung yang berkicauan di kala pagi menjelma membuatkan Haewon mula membuka matanya perlahan-lahan. Anak matanya mengecil apabila silauan cahaya menerombos masuk di celahan langsir.

Terasa bagai ada sesuatu yang memberat dipinggangnya, Haewon menurunkan pandangannya ke bawah. Matanya membulat teruk.

"Jimin?!"

Jimin yang sedikit terganggu tidurnya mula terpisat-pisat bangun. Tangannya menggosok mata perlahan. "Dah bangun? Pukul berapa ni?"

Haewon mengerling jam didinding. "L-lapan pagi..."

"Awal lagi..." kata Jimin. Kepalanya dijatuhkan ke bantal semula. Mata dipejam kembali.

Awal dia kata? Tak kerja ke?

"Jimin, awak tak kerja ke harini? Dah pukul berapa ni,"

"Tak. Malas nak masuk office. Awal lagi ni. Kita sambung tidur eung?" balas Jimin, tangan gadis itu ditarik supaya turut berbaring disebelahnya semula.

"T-tapi Jimin,"

"Tidur eung?" kata Jimin lalu memejamkan matanya rapat.

Haewon menghembus nafas perlahan. "Kenapa awak datang sini? Tak bagitahu pula tu..."

"I miss you... Tak boleh ke kalau saya nak datang, don't you miss me hm?"

Haewon memagut bibir bawahnya. Pandangan dilarikan dari memandang wajah kacak lelaki itu.

"Tak nak mengaku lah tu." usik Jimin seraya mencuit manja hidung mancung gadis itu.

"Tak ada masa nak rindu bagai," ah kau tipu Haewon. Padahal kau separuh mati rindukan dia.

Jimin tersenyum kecil. Dia tahu gadis itu sengaja tidak mahu mengaku. Bibirnya bergerak ke pipi mulus Haewon lalu dikucup sekilas.

"Please don't leave me,"

"Eung?"

"Walau apa pun yang berlaku antara kita, please don't leave me. Promise?"

"Kenapa tiba-tiba awak cakap macamtu? Something happened?" soal Haewon seraya menjarakkan tubuh mereka.

"Ani, kita tak tahu masa depan kita macam mana, mungkin kita akan terpisah atau-" percakapan Jimin terputus apabila Haewon sendiri menyatukan bibir mereka. Bibir yang bertaut rapat membuatkan Jimin agak kaget dengan ciuman mengejut tersebut.

Perlahan-lahan Haewon memejamkan mata, menikmati ciuman mereka berdua. Spontan Jimin menarik belakang kepala gadis itu supaya lebih rapat dengannya.

Setelah itu Haewon sendiri yang meleraikan tautan bibir mereka. Anak mata lelaki itu dipandangnya lama. "Please don't say something like that. Saya tak suka..."

Jimin hanya mendengar. Hakikatnya dia betul-betul takut jika dia terpaksa meninggalkan gadis itu suatu hari nanti.

"Okeylah saya tak akan cakap lagi pasal ni. Let's have a breakfast. Kaja." Jimin mula mengalihkan topik. Dia tidak seharusnya bicara soal itu dengan Haewon.

"Eoh tadi awak cakap nak sambung tidur?" Haewon turut bangun dari pembaringan.

"Takut jadi benda lain pula nanti. So better kita breakfast dulu. Let me prepare. Awak pergilah mandi dulu." ujar Jimin sebelum dia melangkah keluar dari bilik gadis itu.

Haewon hanya pandang kelibat lelaki itu menghilang. Dia jadi terfikir apa yang dikatakan oleh Jimin tadi. Ada sesuatu yang dia perlu tahu ke?

-------

Suasana di cafe agak lengang hari ini. Yerin mula mengambil tempat kosong lalu melabuhkan punggung disitu. Sementara menunggu kedatangan seseorang, dia mengeluarkan telefon pintarnya. Setelah itu berdecit kecil.

Jimin masih tidak membalas satu pun pesanan ringkasnya. Tak guna. Isteri sendiri dilupakan begitu sahaja, perempuan simpanan juga yang dicarinya.

It's okay, tak lama lagi kita akan tahu siapa perempuan murah tu.

Seorang lelaki berpakaian serba hitam mula mengambil tempat kosong dihadapannya. Topi hitam miliknya diangkatnya sedikit.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni? Jarang-jarang kau ajak jumpa." kata lelaki itu seraya tersenyum sinis.

Yerin tersengih lalu menghulurkan sekeping gambar kepada lelaki itu. "Ini suami aku, Park Jimin. Aku nak kau siasat kemana saja dia pergi. Kalau boleh ikut dia 24 jam. Dia ada perempuan simpanan belakang aku. Dalam istilah lain, dia curang. Jadi, aku nak kau cari siapa perempuan bodoh tu."

Hyunjae tersenyum sinis. "Wah kerja simple je ni. No problem. Kau ni cantik-cantik pun kena curang. Haih kesian."

"Dia yang bodoh tak pandai hargai perempuan macam aku. Tch." balas Yerin dengan nada yang sombong.

"Marah betul nampak."

Yerin mengeluarkan satu sampul coklat berisi sejumlah wang. "Dalam ni ada deposit untuk kau. Selebihnya aku akan bagi kalau kau dah ada maklumat pasal perempuan tu. Faham?"

Hyunjae mengangguk seraya mengangkat kening. "Okey lah kalau tak ada apa lagi aku gerak dulu. Aku ada hal lain."

"Ingat ya, aku nak maklumat tu secepat mungkin."

"Yalah. Kau tunggu je call dari aku nanti. Annyeong." pamit lelaki itu lalu membetulkan semula topinya ke bawah.

Yerin mengukir senyuman puas. Tak lama lagi dia sendiri akan 'bertemu' dengan wanita perampas itu. Just wait.

Happy fasting everyone 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top