13 💦

"Class dismissed. We'll continue tomorrow. Make sure you guys finish my assignment."

"Okay miss."

Haewon mengemaskan buku-buku dihadapannya. Sedang dia mahu mengambil sehelai kertas yang baru sahaja jatuh ke bawah, tiba-tiba kertas putih itu dipijak seseorang. Spontan Haewon mengangkat wajah.

"Long time no see, Jeon Haewon."

"H-Han Luna?" sebaik sahaja namanya diucap oleh gadis itu, serta merta dia tersengih sinis.

"Kau buat apa dekat sini? Bukannya kau-"

"Takkan kau tak tahu? Hari ni first day aku dekat kolej ni. Mungkin kau tak perasan aku sebab aku duduk tempat paling belakang tadi. Ah yes, please welcome your 'best friend', Haewon-ah." balas Han Luna seraya memeluk tubuh. Senyuman sinis masih terukir di wajah cantiknya.

Haewon tergamam. Gadis itu bakal belajar satu course dengannya? Adakah ini satu kebetulan?

"Are you that shocked, Haewon-ssi? Don't worry I'll be nice to you. Aren't we best friends?" sambung gadis itu lagi dengan nada yang lebih sarkastik. Haewon memagut bibir bawahnya.

Euna yang sedari tadi pandangannya terhala ke arah dua orang gadis itu segera mendekati mereka. Bibirnya juga diketap rapat.

"Yah Han Luna!"

"Eh Han Euna, my closest best friend. Miss me?"

Hampir mahu termuntah Euna mendengarnya. Kawan baik paling rapat? Tch. Wujud lagilah istilah itu? Dah hilang agaknya.

"Macam mana kau boleh masuk sini? Pakai orang dalam ke apa?" hambur Euna terus. Matanya juga mencerlung memandang iris mata Luna dihadapannya.

"Lah aku pun pandai macam korang berdua juga. Jadi tak salah lah kalau aku juga diterima belajar dekat sini. Tak gitu?"

Euna memutarkan bebola matanya lalu mencebik. Fikir dia percaya? Huh memang taklah.

"Dah lah Hae. Panas pula hati aku duduk sini lama-lama. Jom balik." ajak Euna seraya menarik tangan Haewon supaya mengikutinya. Dan Haewon juga menurut.

Luna hanya membiarkan kelibat dua gadis itu berjalan melepasinya. Setelah itu senyumannya terus memudar.

"We'll see, Haewon. Aku akan buatkan kau jatuh sepertimana kau dah buat aku jatuh. You should be ready girl."

-------


"So who's that stupid girl, Park Jimin? Answer me!" tengking Puan Park, kuat. Matanya tajam memanah ke arah anak lelaki tunggalnya itu. Sikap Jimin yang berdiam diri ini membuatkan rasa amarahnya kian memuncak.

"Pandang mama, Jimin. Cakap siapa perempuan simpanan kamu tu. Jawab mama!"

Jimin menggigit bibir. Pandangan dibuang ke arah lain. Dia tidak berani untuk menjawab persoalkan mamanya itu. Tambahan lagi apabila Haewon sudah digelar perempuan bodoh.

"Mama, you don't have to know-"

"Mama perlu tahu! Kamu tak kesiankan Yerin ni ke? Dua tahun dia jadi isteri kamu tapi apa pun dia tak dapat. Alih-alih kamu cakap kamu cintakan perempuan lain? Semudah tu, Jimin? Mama tak ajar kamu macamni."

Yerin yang hanya diam sejak tadi mula memanah anak matanya kepada si suami. Nampak luaran seperti seorang isteri yang hanya kecewa dengan perbuatan suaminya. Namun disebalik itu, hatinya bagai mendidih-didih apabila Jimin langsung tidak fikirkan perasaannya sebagai seorang isteri.

"Answer me now, Park Jimin. I'm not gonna repeat twice-"

"Jeon Haewon. She's my woman. Jimin cintakan dia sepenuh hati. I don't care kalau mama tak suka or what. I'll stick with my decision."

"A-apa maksud kamu?"

"Jimin akan ceraikan Yerin dalam masa terdekat-"

"Park Jimin!"

"Jimin dah penat asyik ikut telunjuk mama je selama ni. Please stop arrange my life, mama. Just this time..."

Mencerlung mata Puan Park memandang tajam Jimin yang masih berteleku di situ.

"Absolutely no. Mama takkan setuju kalau kamu ceraikan Yerin. And then kamu nak mama terima perempuan perampas tu? Hell no. Mama takkan terima!"

Jimin mula bangun dari sofa yang didudukinya. "Terserah apa yang mama nak cakap. Jimin tetap dengan keputusan ni. Jimin akan ceraikan Yerin dalam masa terdekat."

"Maafkan saya, Yerin. Kita tak ditakdirkan untuk satu sama lain. Maaf." usai itu Jimin terus melangkah ke luar. Tidak betah dia disitu lama-lama. Namun jauh disudut hatinya dia sedikit lega kerana hubungannya dengan Haewon sudah diketahui.

"Park Jimin! Kamu nak kemana pula? Mama tak habis lagi dengan kamu!"

"Haish budak ni." keluh Puan Park. Dadanya diurut perlahan-lahan.

Yerin hanya pandang kelibat lelaki itu menjauh. Bibir diketap rapat. Dia benci apabila mendengar kata yang terlahir dari mulut Jimin sebentar tadi.

She's my woman.

Sebaris ayat itu sahaja sudah menyakitkan hatinya yang sememangnya sudah 'luka'. Jimin betul-betul mahu bermain dengan api lagaknya.

"Jeon Haewon. Tch." bisik Yerin, perlahan. Bibirnya menguntum senyuman sinis.

-------

"Apasal kau tak balas balik ayat perempuan tadi? Meluat betul aku dengan dia tu! Macam mana dia boleh masuk sini eh? Aku yakin 100% dia tu mesti pakai orang dalam."

"Lagipun dekat sekolah dulu kan dia bodoh-"

"Han Euna," gadis itu menghentikan percakapannya apabila Haewon sudah menyebut nama penuhnya. Dia memutarkan bebola matanya.

"Yalah yalah aku stop. Aku geram kau tahu tak. Dia saja nak cari pasal dengan kita. Tambah-tambah lagi dengan kau. Tak habis-habis dengan perangai sombong dia tu."

"Biarlah dia. Kita tak perlu layan. Nasib dia lah dapat study sini juga. Takkan kita nak halang pula." kata Haewon. Mereka mula mengambil tempat di kerusi batu berdekatan lalu melabuhkan punggung disitu.

"Aku cuma tak boleh brain lah. Dia suka cari pasal dengan kau. Ini baru first day dia, thousands day nanti macam mana pula? Entah-entah lagi teruk dari dia pernah buat kau dulu."

"Mungkin dia berubah? Who knows." Haewon sekadar menyedapkan hatinya.

"God knows. Aku tak yakin yang dia berubah. Han Luna kot. Gadis paling acah perasan abad-21. Percayalah cakap aku. Haih kenapalah surname kitaorang sama." hambur Euna lagi.

"Harap jelah dia akan berubah nanti." ucap Haewon ringkas.

"By the way, aku nampak kau macam moody je. Ada apa-apa masalah ke?"

"Takpun kau ada masalah dengan Jimin?" tebak Euna terus. Haewon terdiam. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan.

"Hm betullah tu kalau diam macamtu. Ada apa? Ceritalah dekat aku."

Haewon mengeluh kecil. Kepalanya digeleng. "Nothing much. Biasalah."

"Korang gaduh ke?"

Gaduh? Entahlah. Mungkin sekadar memberi ruang buat masing-masing. Itu sahaja.

"Tak adalah. Cuma-"

Telefon pintar milik Haewon bergetar secara tiba-tiba. Euna mengerling sedikit lalu menjongketkan kening.

"Hah tu dia dah call. Angkatlah tunggu apa lagi."

Haewon memagut bibir. Keluhan kecil dilepaskan.


Next part akan ada moment JiHae 💓

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top