11 💦
"Eh kamu dah balik rupanya, shopping apa je?" soal Puan Jeon yang baru keluar dari kamar tidurnya.
Spontan Haewon melepaskan tangannya dari mulut Jungkook. "Mama pergi mana? Mati-mati Hae ingat mama dah balik Amerika."
Puan Jeon tertawa kecil.
"Alah, takkan mama nak balik macamtu je. Mestilah akan bagitahu Hae dulu. Mama kemas baju dalam bilik tadi. Kan esok pagi dah nak balik sana."
"Eh bukan mama balik lusa ke? Kenapa tiba-tiba esok pula?"
"Butik mama dekat sana tak ada siapa nak manage. Takkan nak harapkan staff je." kata Puan Jeon seraya menjeling sedikit.
"Alah suruhlah papa handlekan. It's easy peasy, mama."
"Ada pula macam tu. Papa pun busy dengan kerja dia lah. Oh ya, dah siap ke bahannya Kook?"
Eoh bahan? Apa pula mama dengan Jungkook plan nak buat malam ni?
"Mama jangan cakap yang malam ni," anak mata Haewon memandang ke arah Puan Jeon.
"Betul tu budak. Malam ni aku join dinner sekali. Ha teruja tak?" kata Jungkook, tangannya naik menyerabutkan rambut gadis itu.
"Wah, malangnya saya tak teruja sama sekali. Dah lah nak masuk bilik tidur. Bye." balas Haewon ringkas. Dia terus menonong masuk ke kamar tidurnya.
"Eh budak bertuah ni. Marilah tolong apa yang patut ke apa."
"Jungkook kan ada. Hehe. Kejap lagi lah Hae keluar. Hae nak mandi dulu. Badan ni melekit dah rasa." laung gadis itu dari dalam bilik.
"Patutlah bau lain je. Ada budak tu tak mandi lagi rupanya." sempat lagi Jungkook mengusik sepupunya itu.
"Yahh Jeon Jungkook!"
Jungkook ketawa kuat. Suka dia kenakan gadis itu. Puan Jeon pula sudah menggeleng. Apa nak jadi dengan budak-budak ni. Haih.
"Asyik bertekak je kan kamu berdua ni. Tak pernah berubah dari dulu."
"Hehe. Biasalah aunty." Jungkook tersengih malu. Dah terbiasa nak buat macam mana. Huhu.
"Dah kamu keluarkan ayam tadi lepastu perap dengan pes atas meja tu. Aunty nak cari bekas besar sikit. Agaknya Hae ada ke tak."
"Saya menurut perintah." ucap Jungkook dengan mengadanya.
------
Seperti yang diminta oleh mamanya, Jimin pulang agak awal hari ini. Pukul 6.30 petang sudah terpacak depan rumah. Dia melangkah perlahan ke arah anak tangga. Skrin tv yang masih menyala dia abaikan sahaja. Mesti si Yerin ni buka TV tapi tak tengok. Haih.
"Eoh awak dah balik? Bagi saya briefcase awak tu." Yerin yang baru datang dari dapur dengan apron ditubuh mendekati tubuh penat Jimin.
Manakala anak mata Jimin pelik melihat penampilan isterinya itu. Yerin memasak? Seriously?
"Awak masak?"
Yerin mengangguk lalu tersenyum. "Yes, saya tengok youtube je. Harapnya okeylah rasa tu nanti."
Malas mahu menanya lebih, Jimin mengeluh kecil. "Saya nak naik atas mandi."
"Make sure lepas mandi nanti turun bawah tahu. Saya akan siapkan dinner kita berdua." kata Yerin.
Jimin hanya bergumam perlahan sebelum naik ke atas. Yerin simpulkan senyuman lalu bergerak semula ke dapur. Harapnya malam ini dia dapat mengambil hati Jimin melalui sisi memasaknya.
-------
"Woah sedapnya dinner kita malam ni. Tambah-tambah lagi chicken grilled tu. Mama ke yang buat ni?" soal Haewon sambil mengambil seketul ayam yang boleh tahan besarnya lalu diletakkan ke dalam pinggan.
"Excuse me, aku yang buat okey. Aku yang perap aku yang grilled kan. Mestilah sedap." puji Jungkook dengan megahnya. Haewon yang mendengar mencebikkan bibir.
"Huh patutlah macam ada rasa masin sikit hujung-hujung tu. Terlebih garam agaknya."
"Eh kau tadi cakap sedap ni cakap masin pula. Saja eh,"
"Bwelk, biarlah." Haewon menjelirkan lidah. Jungkook pula membuat muka.
"Haih sudah-sudahlah bergaduh tu. Dah makan. Semuanya sedap makanan kita malam ni. So makan banyak-banyak ya, tambah-tambah kamu tu Hae. Bising je mulut tu time nak makan." tegur Puan Jeon seraya menggeleng kepala.
"Hehe sorry aunty. Hae ni memang saja cari pasal. Tak nak mengaku lah tu yang Kook pandai masak."
"Eleh, kau tu sembang kencang. Ergh."
"Dah dah jangan gaduh. Nanti mama piat telinga tu baru tahu. Bagi mama bekas salad tu."
Haewon menyuakan sebekas besar yang berisi salad kepada Puan Jeon. Sempat lagi dia menjeling ke arah Jungkook.
"Esok Hae tak ada class so biar Hae yang hantar mama dekat airport eh?" soal Haewon setelah meneguk segelas jus oren. Pandangan mata dihala ke arah Puan Jeon.
"Arasseo." Puan Jeon mengangguk.
"Aku cuti esok so aku nak ikut. Kita naik kereta aku." kata Jungkook. Keningnya diangkat-angkat.
"Okey juga. Esok pagi-pagi kau datang sini. Sebab flight mama pukul 10.15 pagi. Faham?"
"No problem."
"Tidur sini je lah Kook. Kamu balik rumah kamu pun esok pagi nak kesini pula."
Jungkook tersengih. "Boleh ke?"
Haewon mengerling malas ke arah lelaki itu. Tch nak minta kebenaran tidur sini lah tu.
"Hmm boleh. Kesian pula kau nak ulang alik nanti."
Puan Jeon menggeleng melihat telatah anak tunggalnya. Ada-ada je.
-------
"So how? Pass tak saya masak malam ni?" Yerin menongkat dagu memandang suaminya yang masih menjamah santapan malam mereka.
"Hm not bad."
Yerin tersenyum suka. Okeylah tu dari failed terus. Sekurang-kurangnya Jimin sudah merasai air tangannya selama mereka berkahwin. Yalah, boleh dikatakan ini adalah kali pertamanya dia memasak.
"Kenapa awak tak makan?" soal Jimin apabila dia perasan wanita itu masih tidak menjamah makanannya. Asyik memerhatinya sahaja dari tadi.
"Saya nak tengok awak makan dulu. Oh ya, mama kata malam ni dia tak balik. Tidur rumah aunty Son katanya."
"Hm okey..." Jimin hanya membalas ringkas. Malas mahu bertanya lebih. Tahu sangat perangai mamanya itu. Pasti mahu memberi ruang buat mereka berdua.
"Em Jimin,"
Jimin mengangkat wajah lalu menjongketkan kening. "What?"
"Can't we live like other married couple? I mean like awak layan saya sebagai seorang isteri yang sebenar-benarnya. Sentiasa ambil berat pasal saya, cuba mencintai-"
"Yerin, saya dah kenyang. Nanti-nanti je lah kita cakap pasal ni. Saya nak naik atas berehat." kata Jimin lalu bergerak ke sinki. Yerin turut bangun dari duduknya.
"Awak tak jawab lagi soalan saya, Jimin." lengan suaminya dipegang erat.
Jimin meneguk rakus air putih di atas meja dapur. Dia berpaling semula ke arah isterinya.
"Jung Yerin, berapa kali saya perlu cakap dekat awak? Saya, Park Jimin tak boleh cintakan awak dan tak akan pernah cintakan awak. Faham tak?" ucap Jimin, kasar.
"Tapi kenapa? Kita boleh cuba-"
"Saya cintakan perempuan lain. Can't you understand?"
Yerin bungkam. "A-apa a-awak cakap Jimin?"
•
Slow update betul kan fanfic ni, emm
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top