10 💦

-Ada yang masih menunggu ke fanfic ini diupdate? Rasa mcm lama pulak tinggal 😂

"D-dia suami orang." kata Haewon, matanya dipejam seketika lalu menundukkan wajah.

"What?" Euna ternganga luas. Haewon bercinta dengan suami orang? Like seriously?

"Kau biar betul? Eee jangan main-mainlah." Haewon mengangguk perlahan.

"Betullah. Dah hampir dua tahun kitaorang jalinkan hubungan..."

Bagai jatuh rahang Han Euna mendengarnya. Wah ini bukan main-main ni.

"H-habis tu isteri dia macam mana? I mean dia tahu tak hubungan korang berdua?" soalan dari Euna, tentu sahaja mendapat gelengan dari Jeon Haewon.

"Wah beraninya kau, Hae. Serious lah kau bercinta dengan suami orang? Aku masih tak boleh hadam duh."

"Aku pun tak nak hidup macam ni Euna. T-tapi apa yang boleh aku buat? Hm." Haewon mengeluh kecil. Kepalanya disembam ke meja batu Itu.

Euna jadi kasihan pula dengan rakannya ini. Haih tulah siapa suruh kau bercinta dengan suami orang? Dia membasahkan bibir sebelum menyambung bicaranya,

"Kenapa kau tak putuskan je hubungan korang?"

Terus saja Haewon mengangkat wajah. Putuskan hubungan? Itulah yang dia harapkan dari dulu. Tetapi apakan daya, cintanya kepada lelaki Itu semakin kuat. Malah semakin dalam.

"Aku pernah minta putus dengan Jimin tapi dia tak nak... Tapi dalam masa yang sama aku pun tak nak putuskan hubungan kitaorang ni. S-sebab a-aku terlalu cintakan dia, Euna. Terlalu cintakan dia..." luah gadis itu sehingga tubir matanya sudah berkaca.

Euna turut merasa sebak. Dia faham perasaan gadis itu. Harus berkongsi kasih dengan lelaki yang bukan miliknya.

"Aku rasa better kau putuskan hubungan korang berdua. Aku takut kalau-kalau isteri dia dapat tahu pasal hubungan korang ni, tak ke huru hara hidup kau?"

Isteri... Yerin, gadis itu sememangnya mereka tidak pernah bersua muka. Apa agaknya reaksi isteri Jimin apabila mengetahui soal hubungan terlarang mereka berdua? Ah serabut pula.

"A-aku takut, Euna..."

"Eoh aku tahu. Kau mesti takut pasal isteri Jimin tu kan-"

"Aku takut kalau aku pregnant nanti..." ujar Haewon seraya menyembamkan wajah.

"What? Hubungan korang berdua sampai ke tahap tu dah? Damn."

"Dekat Paris haritu, Jimin tak pakai protection... Jadi aku takut k-kalau aku pregnant..." kata Haewon, kesal.

Euna sudah menggeleng. Tidak pula dia menyangka yang hubungan terlarang ini sudah sampai ke tahap itu.

-------

Next day.


Memandangkan hari ini adalah hari Rabu, jadi Jimin kelihatan tergesa-gesa turun ke bawah. Sambil berjalan sempat lagi tali leher dibetulkan. Tidak menoleh kiri dan kanan laju sahaja dia menapak ke pintu utama.

"Jimin? Rushing betul kamu. Marilah sarapan dulu. Yerin dah siapkan sarapan ni haa." kata Puan Park.

"Sorry tapi Jimin ada hal pagi ni-"

"Sarapanlah dulu. Kesian Yerin bangun awal-awal siapkan sarapan untuk kamu. Come, duduk dulu."

Jimin mengeluh kecil. Dia menuju ke ruang makan. Kerusi ditarik. Yerin tersenyum kecil.

"Awak nak apa? Roti ke pancake? Ke nak nasi goreng?" Yerin sudah mencapai beberapa keping roti.

"Roti je." Jimin membalas sepatah. Yerin hanya menurut. Roti yang dipegang tadi disapu dengan jem strawberry.

"Petang ni kamu balik pukul berapa Jimin? Mama ingat nak-"

"Lewat sikit malam ni. Ada jumpa klien luar." kata Jimin, yang dia tahu mahu habiskan cepat-cepat dirinya dan terus pergi ke pejabat.

"Lah, cubalah balik awal sikit. Malam ni mama ada majlis rumah aunty Hyun. Mungkin balik lewat. Jadi mama nak kamu balik awal. Kesian Yerin duduk sorang-sorang nanti. Kamu tahu kan kawasan perumahan kita ni bahaya? Kang perompak, perogol-"

"Okey okey Jimin balik awal harini. Anything else?"

Puan Park tersenyum puas. "Good. Mama keluar rumah petang ni dalam pukul lima. Jadi pastikan kamu sampai rumah sebelum malam. Faham?"

Jimin mengangguk. Yerin disebelah sudah menyimpulkan senyuman. Sempat dia berbalas pandangan dengan ibu mertuanya.

Thankyou mama!

-------

"Hae dah balik!" Haewon meletakkan beberapa beg kertas di atas meja. Banyak betul dia shopping hari ini. Ingatkan Euna masih marahkannya, namun sangkaannya salah. Gadis itu siap belanja dia lagi. Tapi itulah, belanja dua helai blouse je.

Haewon mencari-cari dimana kelibat Puan Jeon. Haih takkanlah mama dah balik Amerika? Kenapalah kondo ni besar sangat sampai mama pun aku tak nampak dari tadi?

"Mama, where're you?" masuk sahaja ke ruangan dapur, mata bundar Haewon membulat.

"Eoh? Jungkook?"

"Hi my pretty cousin. Baru balik shopping eh? Kau tak ada class ke apa?" Jungkook selamba mengambil beberapa biskut yang dibawa khas dari Amerika.

"Yahh, itu biskut aku. Eee dah lah mama bawa untuk aku tak banyak. Kau jangan nak habiskan eh." Haewon menuding jari ke arah Jungkook. Lelaki itu pula hanya ketawa lepas.

"Kau ni macam budak-budak lah. Biskut je pun." Jungkook muka membuat muka.

"Biskut bukan sebarang biskut tahu. Made in America punya. Kau apa tahu?" balas Haewon seraya mencebik bibir.

Jungkook yang masih ketawa menggeleng-geleng kepalanya. "Aku tak fahamlah macam mana Jimin boleh suka dekat kau-"

Tangan kecil Haewon pantas menekup mulut Jungkook yang berbunyi sejak tadi. Kurang asam punya anak Jeon. Nak bagi mama tahu ke apa?

"Eh diam sikit mulut kau. Banyak bunyi betullah." omel Haewon, geram. Dia mengerling sekeliling kerana sejak tadi kelibat mamanya masih tidak kelihatan.

"Mana mama Kook? Keluar ke..."

Soalan Haewon dibiarkan sepi begitu sahaja, kerana Jungkook sibuk mengamati wajah cantik Haewon dihadapannya. Entah kenapa dia seakan terpesona dengan wajah polos itu. Tanpa sedar dia tersenyum kecil.

Macam mana dengan chapter ini, adakah ia hambar 🥱

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top