08 💦
Ada yang masih menunggu? Huehue as usual hambar je 🥺
Bagasi yang sudah siap dikemas Haewon bawa ke hujung katil. Ya, dia sudah buat keputusan yang dia harus pulang ke Seoul esok memandangkan lusa Puan Jeon akan pulang.
Perut sudah kenyang jadi sekarang masanya untuk tidur. Dia naik ke katil lalu berbaring. Sempat akaun instagram dibuka. Scroll dan scroll hm nothing interesting.
Namun jarinya terhenti apabila melihat gambar yang baru diupdate oleh Jimin lebih kurang 10 minit yang lalu.
Jimin bersama isterinya, Yerin.
Diaorang nampak bahagia... sangat. Bukankah itu yang sepatutnya terjadi antara suami isteri? Bukannya seperti apa yang dia lalui. Semuanya salah dimata semua orang.
Mungkin kau sendiri yang harus undurkan diri suatu hari nanti, Jeon Haewon.
-------
Few days later.
Sejak pulang dari Paris tempoh hari, Haewon jadi malas mahu menyiapkan diri untuk ke kelas. Sudahlah hari ini kelas pagi. Ergh malas.
Dia masih berbaring di atas katil sambil meneroka telefon pintarnya. Dan seperti biasa setiap hari akan ada mesej dan panggilan yang tidak berjawab dari Jimin. Ya, dia sengaja mengabaikan Jimin sebegitu. Atas alasan apa?
Entah. Dia sendiri tidak tahu. Pasti lelaki itu marah dengannya kerana pulang tanpa beritahu dahulu. Biarlah dia menjauhkan diri dari lelaki itu buat sementara waktu.
"Haewon-ah, kamu dah bangun ke belum ni?" suara Puan Jeon kedengaran dari luar. Lupa pula kehadiran ibunya disini sejak beberapa hari lalu. Pantas Haewon bangun lalu pintu bilik dikuak. Susuk tubuh si ibu terpapar depan mata.
"Mama, Hae baru nak mandi." kata Haewon seraya menguap kecil. Kantuknya masih terasa.
"Ada kelas tak pagi ni?" soal Puan Jeon seraya menggeleng dengan perilaku si anak gadisnya.
Haewon mengangguk perlahan. "Ada mama. Pukul 10 pagi. Huwargh."
"Kalau macamtu pergi mandi cepat. Mama prepare breakfast kejap."
"Arasseo."
"Dah pergi mandi. Nanti lambat pula kamu nak ke kelas nanti."
--------
Keluar sahaja dari kamar tidur, Haewon terus bergerak ke ruang makan. Tidak terlalu luas tapi cukuplah untuk dirinya sahaja. Puan Jeon pula hanya tinggal disini seminggu sahaja.
"Wah banyaknya mama masak. Siapa nak makan semua ni mama? Banyak betul ni macam nak buat kenduri dah gayanya." seloroh Haewon. Puan Jeon datang dari dapur dengan apron ditubuh.
"Alah, tak banyak sangat pun tu ha. Mama saja masak lebih sebab kejap lagi Jungkook nak singgah sini katanya." hampir tersedak Haewon dibuatnya apabila mendengar nama lelaki arnab itu.
"Mama panggil dia tu buat apa? Ergh rimas. Suruhlah dia makan rumah aunty." Haewon menyuap perlahan sudu yang berisi nasib goreng ke mulut.
"Lah apa salahnya kalau Jungkook ke sini? Lagipun mama dah lama tak jumpa anak bujang mama tu. Mesti makin handsome." balas Puan Jeon lalu mengambil tempat kosong dihadapan gadis itu. Apron tadi sudah ditanggalkan.
"Alah, sejak bila Jungkook jadi anak mama pula ni? Eee geli Hae dengar."
"Eh apa kata macamtu? Tak baik tahu. Yalah anak mama kan kamu sorang je. Perempuan pula tu. Teringin juga nak merasa ada anak lelaki."
"Mintalah dekat papa. Habis cerita." terus sahaja lengan gadis itu ditepuk laju.
"Ada pula cakap gitu. Maksud mama, menantu sayang. Kalau Hae dengan Jungkook okey juga. Tak susah-susah cari calon suami-"
"Hoho mama ni dah melencong jauh ni. Dah lah Hae nak pergi kelas dulu. Nanti jalan jammed pula. Bye." gadis itu terus mencapai beg sandangnya lalu pipi si ibu dikucup sekilas.
"Eoh, hati-hati drive tu."
"Alright." hilang sahaja susuk tubuh si anak, Puan Jeon menghela nafas panjang. Haih mulalah tu nak mengelak.
"Tak minat ke Hae dengan budak tu? Handsome je tengok. Tak ada cacat cela langsung. Haih." keluh Puan Jeon sebelum mencapai kepingan roti bakar.
-------
"Class dismissed. See you guys next week. And please don't forget my task. Send it by email."
"Okay miss Lim."
Pelajar-pelajar sudah mula beransur keluar dari dewan kuliah. Manakala Haewon dan Euna masih ditempat duduk mereka.
"So mama kau ada dekat kondo kau lah ek?" soal Euna apabila masing-masing sibuk menyimpan buku ke dalam beg.
"Eum. Lagi empat lima hari balik sana semula."
"I see. Boleh lah kau nak bermanja lebih dengan mama kau kan. Anak tunggal katakan. Minta je apa nak semua dapat." usik Euna. Mereka sudah mula bangun dari tempat duduk.
"Lah apa kaitannya duh?" Haewon mengerling malas kearah rakannya itu.
"Yalah. Kau dengan mama kau kan jarang jumpa. Jadi apa yang kau nak bolehlah mama kau tunaikan. Hah gitulah maksud aku." jelas Euna apabila mereka sudah hampir sampai di cafe.
"Hmm..."
"Lah mengeluh pula kau ni. Itulah kau aku-- Eoh? I-itu bukannya abang-" dengan tiba-tiba Euna menghentikan langkahnya.
"Apasal kau berhenti pula ni? Cepatlah aku nak ke cafe nak print kertas kerja ni."
"Tu tengok sana." tunjuk Euna ke arah hadapan bilik kuliah yang berada tidak jauh dari jarak mereka. Pantas Haewon berpaling ke arah yang ditunjuk oleh gadis itu. Serta merta matanya membulat teruk.
"J-jimin?" macam mana pula lelaki itu boleh masuk sampai ke sini?
"Hah abang sepupu kau yang haritu tu kan? Aku ingat lagi muka kacak dia."
Apa dia buat dekat sini? Aduh. Desis Haewon dalam hati.
"Jomlah kita jumpa abang sepupu kau tu." Euna sudah menarik lengan gadis itu.
"Tak kau tunggu sini. Takpun kau pergi cafe dulu. Nanti aku susul kau. Okey?"
Euna membuat muka. Alah baru nak ikut sekali. Dia hanya pandang kelibat Haewon yang sudah mendekati susuk tubuh abang sepupunya itu.
Namun dia sedikit pelik apabila melihat Jimin menarik tangan gadis itu masuk ke dalam sebuah bilik kosong. Lebih aneh lagi apabila dia sempat melihat Jimin menutup rapat pintu tersebut.
"What the hell? Borak apa sampai tutup pintu rapat-rapat macamtu. Something fishy ni."
"Patut ke aku intip diaorang kejap? Em em..."
Ah nak intip je pun. Bukan buat apa sangat. Dengan langkah yang berhati-hati Euna mendekati bilik tadi.
Terus sahaja matanya membulat. Tangannya menekup mulut tanda tidak percaya dengan apa yang dilihatnya beberapa saat tadi.
"OMOOO K-KISSEUU?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top