07 💦
Jimin mencapai sekeping roti yang sudah tersedia. Room service disini sudah menyediakan sarapan pagi buat mereka berdua. Dia teringatkan perbualannya dengan Haewon awal pagi tadi.
Choose and leave.
Siapa yang harus dia pilih dan siapa yang harus ditinggalkan? Kalau dia tinggalkan Yerin, mamanya pasti akan mengamuk besar.
Manakala bagi Jeon Haewon, sudah pasti gadis itu akan terluka dengan perbuatannya. Lagipula dia mencintai Haewon sepenuh hati. Mana mungkin dia tinggalkan begitu sahaja.
"Jimin-ssi?" Yerin mengetuk sedikit meja makan kecil mereka. Serta merta Jimin tersedar. Hilang semua bayangan tadi.
"Awak berangankan apa? I already in front of you. So please focus on me only."
"S-sorry. Saya fikirkan hal kerja." ahh tipu. Apa yang berada dalam fikirannya sekarang ini adalah Jeon Haewon. Tiada yang lain.
Huh, pasal kerja lagi. Datang sini nak honeymoon ke nak buat kerja? Okey Yerin, relaks. Tarik nafas hembus. Fuhh. Dia berdehem seketika.
"So how-- wait, apa dekat leher awak tu?" Yerin mengecilkan matanya apabila terlihat sesuatu berwarna keunguan di leher lelaki itu. Agak kecil namun dia masih dapat melihatnya.
Spontan Jimin memegang kawasan itu. Dia menelan liur kesat. Yerin perasan?
"O-Oh ini emm, n-nyamuk gigit. Rumah dia tu banyak nyamuk betul." balas Jimin. Ah bantai je lah. Yerin mengecilkan matanya apabila mendengar balasan dari Jimin.
Something fishy. Haih positive jelah, Yerin.
"How's your meeting with your best friend?" tanya Yerin, tangannya lincah menyuapkan kepingan roti bakar itu ke mulut.
"Huh?"
"Malam tadi awak stay up dengan kawan awak tu kan?"
"E-eoh itu emm ya. Ethan namanya." entah nama siapa yang dipetiknya. Jimin main sebut je.
"So how it goes?" soal Yerin seraya menjongketkan keningnya. Jimin telan liur. How it goes?
"Great. Everything going smoothly." balas Jimin. Dia ketawa kecil. Memang lancar lah jawapannya kalau dia dan gadis itu sudah merasmikan malam mereka. Tch, acah first time pula.
"I wanna meet him." ucap Yerin, ringkas namun mampu membuatkan Park Jimin kelu untuk menyambung bicaranya.
"J-jumpa? Nak buat apa? Tak payahlah. Dia busy dengan anak bini dia. Takkanlah kita nak kacau pula." Jimin menyisip perlahan secawan teh suam.
"Awak stay up rumah dia malam tadi tak menganggu pula?"
Erk, takkanlah Yerin sudah menghidu sesuatu. Ah sudah.
"Itu em, dia jenis yang tak kisah-"
Terhenti ayat Jimin apabila telefon bimbit Yerin tiba-tiba berdering. Yerin mencapai telefon pintarnya lalu dijawab terus.
Jimin menarik nafas lega.
"Yes?"
"What? So macam mana dengan detail customer? Hilang juga?" jelas kedengaran suara cemas gadis itu. Jimin hanya mendengar perbualan wanita itu.
"Okeylah. Nanti apa-apa update saya semula. ASAP." setelah itu Yerin mematikan panggilan. Wajahnya kelihatan sedikit bengis.
"Why? Something happened?" soal Jimin apabila wajah Yerin sudah naik kemerahan. Jelas wajah cantik itu tampak begitu marah.
"Butik saya dipecah masuk. Banyak stok pakaian hilang," hampir menangis dia apabila menerima panggilan dari salah seorang staff butik.
Jimin terdiam. "Banyak ke yang hilang?"
"Eunjin cakap, hampir 60% stok kain yang hilang. Nasib baik detail customer tak hilang. Kalau tak habislah saya nak menjawab dengan customer." balas Yerin, sisi kepalanya diurut perlahan.
"Jadi kita nak balik Korea sekarang?" soal Jimin apabila mood wanita itu sudah berubah. Tidak perlu lagi dia berlama-lama disini.
Namun Yerin menggeleng lemah. "It's okay. Eunjin cakap dia boleh settlekan sendiri. Lagipun dia dah report polis. Kita pun baru sampai kelmarin."
Jimin menghela nafas panjang. "Okeylah kalau awak cakap macam tu."
"Em Jimin, lepas lunch nanti kita jalan-jalan sini nak tak?" ajak Yerin, lembut. Jimin terdiam lama. Memikirkan mood wanita itu, dia beralah. Mungkin Yerin perlu ambil angin baru disini.
"Okey."
------
Haewon yang kebetulan mahu menapak ke bilik air terhenti langkahnya apabila telefon pintarnya berbunyi.
Takkanlah Jimin?
Membulat matanya apabila melihat nana yang tertera di skrin. Mama?
Ah sudah kenapa mama call ni? Jarang betul mama nak call. Ni mesti ada hal penting ni.
"Hello, mama?" sapa Haewon, lembut.
"Hi, Hae lamanya mama tunggu Hae nak jawab. Busy ke?"
"Hehe maaf mama. Hae baru nak pergi mandi tadi. Em ada apa mama call Hae ni?" soalnya terus. Tuala di bahu diletakkan di atas katil semula.
"Oh. Ni mama nak bagitahu, lusa mama turun Seoul tahu." ujar Puan Jeon dihujung talian. Haewon tersentak.
"What?"
"Tak boleh ke mama nak jenguk anak kesayangan mama ni?"
"B-bukan tu lah maksud Hae. Em mama nak stay berapa hari?" tanya Haewon apabila teringatkan soal Jimin. Sudahlah lelaki itu kerap menjenguknya di kondo.
"Amboi, mama baru cakap nak turun sana, Hae dah tanya bila mama nak balik sini pula." Haewon tersengih kekok.
"Tak lah sebab Hae busy sikit bulan ni. Banyak assignment nak kena settlekan. Em mama balik sorang je ke?" ya ya je kau Haewon. Assignment apa kalau baru je habis exam haritu? Ergh.
"Ha ah sorang je sebab papa ada kerja lagi dekat sini. Sebenarnya mama pun nak stay kejap je. Dalam seminggu macamtu. Hae okey tak?" sambung Puan Jeon.
"Oh macamtu. Hae okey je."
"Good. Lusa ambil mama dekat airport eh?"
"Em okey mama." Haewon hanya menurut. Takkanlah nak halang pula.
"Okeylah mama letak dulu. Nanti apa-apa mama update Hae semula ya."
"Alright." panggilan terus ditamatkan. Haewon menggigit bibir. Entah kenapa dia jadi risau pula dengan kedatangan mamanya nanti. Ah apa nak dirisaukan sangat Hae, mama cuma nak stay sini seminggu. That's all.
Haih entahlah nak.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top