04 💦

Sorry for the late update <33


                             

"Kau nak makan apa Hae? Semua nampak sedap lah dekat cafe ni. Eh jap betul ni kau belanja?" Euna memandang Haewon dihadapannya dengan mata terkebil-kebil.

"Ya aku belanja. Cepatlah order aku dah lapar ni."  Haewon menongkat dagu. Bibirnya dikemam rapat.

"Yalah yalah. Kejap."

Haewon membuang pandangan ke luar. Entah kenapa hatinya terasa sedikit sedih. Mungkin kerana hampir tiga hari dia tidak bersua muka dengan Jimin? Huh.

Euna selesai melakukan pesanan buat mereka berdua. Sementara menunggu makanan sampai, dia mengeluarkan telefon pintar miliknya. Nak layan instagram!

Sementara disisi lain, Jimin dan Yerin turut melangkah masuk ke dalam cafe ini juga. Iris coklat gelap milik wanita itu meliar mencari tempat kosong. Namun hampa kerana kebanyakan tempat sudah dipenuhi oleh pelanggan lain.

Bibirnya merengus perlahan sebelum matanya tertancap tempat kosong untuk dua orang disudut cafe itu. Akhirnya ada juga tempat.

"Jimin, dekat sana. Kajja." lengan Jimin masih dilingkar erat sebelum langkah mereka mendekati sudut cafe. Jimin hanya mengikut.

Yerin terus melabuhkan punggung dikerusi kosong manakala Jimin berada dihadapannya.

"So let's order. Awak nak makan apa?"

"Anything." Jimin betul-betul tiada mood. Yang dia tahu, habis je lunch ni nak balik office lepastu nak call Haewon.

Yerin mencebik seraya menyelak menu dihadapan sebelum pelayan wanita itu dipanggilnya dan pesanan dibuat.

"Jimin,"

"Honeymoon kita nanti berapa hari eh? Kalau boleh saya nak kita stay-"

"I'm super busy this month Yerin. Jadi saya decide only three days."

"W-what? Honeymoon apa tiga hari je? Awak tu bos ambil jelah cuti seminggu je dua minggu ke. Mana ada orang honeymoon tiga hari je."

"Jung Yerin, please don't act like both of us like this plan. It's totally mama's plan."

"Ya I know. But Jimin, I really hope we can spent out time freely. As a real husband and wife." kata Yerin seraya menggenggam erat jemari lelaki itu. Namun Jimin pantas menarik tangannya.

"It's not the time yet." balas Jimin sebelum telefon bimbitnya dikeluarkan. Yerin menjeling lalu merengus geram.

Sampai bila masanya? Jimin betul-betul menguji kesabarannya.

"Saya nak pergi ladies kejap. Kalau makanan dah sampai nanti jangan makan lagi. Wait for me." pesan Yerin sebelum bergerak ke ruang washroom. Jimin mengeluh kecil.

Sesekali Jimin memandang sekeliling. Betullah cafe baru ni tampak elegant dengan konsep ala inggeris. Simple but nice.

Sehinggalah mata Jimin terpaku pada kelibat seseorang. Haewon? She's here too?

Baru sahaja Jimin mahu bangun dari tempat duduknya, dia teringatkan soal Yerin. Nanti gadis itu perasan pula. Haish.

Jimin mula menghantar pesanan ringkas kepada gadis itu. Dia berharap gadis itu akan membacanya.

Baby 💖
Sayang, pusing kiri.

Ting!

Haewon yang tersentak segera membuka pesanan ringkas tersebut. Dahinya berkerut kecil.

Jimin 🤍
Sayang, pusing kiri.

Jimin ada dekat sini juga? Dia meliar mata sekeliling sehinggalah matanya bertembung dengan lelaki itu.

Automatik bibirnya mengukir senyuman. Nampak dari jauh pun dah tersenyum suka apatah lagi kalau dah depan mata. Haih.

Jimin pantas menaip satu lagi mesej sebelum dihantar kepada gadis itu.

Ting!

Jimin 🤍
Let's meet for a while. But wait for my signal first.

You
Alright.

Haewon meletakkan kembali telefon miliknya diatas meja. Dia kembali menongkat dagu memandang orang sekeliling.

Euna hanya pandang rakannya ini atas bawah. Sudahlah dari tadi tersengih-sengih je. Apa yang seronok sangat entahlah.

"Hae, kau sihat tak ni?"

"Eoh? Mestilah sihat. Apa punya soalan lah kau ni." balas Haewon seraya menyedut minuman yang sudah sampai sebentar tadi.

Euna menjeling manja lalu mendekatkan sedikit kerusi ke arah meja.

"Kau jumpa skandal baru eh?" dan dengan itu, Haewon terus menampar perlahan lengan Euna sehingga gadis itu mendengus pedih.

"Yahh sakitlah Hae. Eee kau ni." Euna menyapu perlahan lengannya yang ditampar oleh gadis itu.

Tamparan Jeon Haewon jangan dibuat main. Pedih ya amat walaupun perlahan je.

"Cakap baik-baik sikit eh? Aku setia tahu bukan macam ka-"

"Eoh cara kau cakap macam kau dah ada boyfriend pula eh?"

Haewon kelu. Haish tersasul pula.

Ting!

Jimin 🤍
Baby, now dekat tepi toilet.

Haewon mengerling ke tempat dimana Jimin dan isterinya berada. Nampaknya isteri lelaki itu turut berada di sini.

"Euna, aku nak ke toilet kejap. Kalau makanan dah sampai nanti kau makan lah dulu." usai itu Haewon terus bergerak ke toilet di kawasan belakang.

Jimin turut bangun seraya memasukkan telefon bimbitnya ke dalam blazer.

"Awak nak ke mana Jimin? Nanti makan dah sampai-"

"Awak makan lah dulu. Saya nak ke toilet kejap." Yerin yang masih terpinga-pinga hanya menjongketkan bahu. Tadi tak nak pergi pula...

Haewon menunggu kedatangan Jimin disebalik dinding. Bibirnya diketap rapat. Sempat juga dia memandang sekeliling. Bimbang jika ada yang bakal melihat mereka.

"Sayang..."

"Jimin." tubuh Jimin terus dipeluknya erat. Rindu. Jimin tersenyum kecil lalu membalas pelukan gadis itu. Sisi kepala Haewon diciumnya sekilas.

"I miss you."

"Me too sayang. So much." Haewon meleraikan pelukan. Tangannya masih memegang bahu lelaki itu manakala Jimin melingkarkan tangannya ke pinggang gadis itu.

"Kita tak boleh lama dekat sini. Saya takut Yerin perasan." kata Jimin. Rambut gadis itu dielus lembut.

Haewon hanya menghela nafas perlahan. Sabarlah Haewon, nasib kau.

"Actually I've something to tell you." pipi mulus gadis itu diusapnya.

"Apa?"

"Hujung minggu ni kan saya dengan Yerin pergi Paris," Haewon mengangguk manakala Jimin mengukirkan senyuman lebar.

"Jom temankan saya. I'll prepare everything for you. Awak tinggal ikut je. Hm?"

"Tak boleh Jimin. Saya ada class minggu ni dan-" belum sempat gadis itu mahu menyambung lagi, Jimin sudah memotong bicaranya.

"Just a normal class kan? Apa salahnya kalau ponteng sekejap?"

Itulah kalau ikutkan, memanglah tak ada test ke apa tapi dia tak nak nanti ketinggalan class seterusnya. Em. Apa pilihan kau, Haewon?

"Ikut saya ya?" Jimin memandangnya dengan penuh harapan. Haewon tiada pilihan.

"Okeylah saya ikut." dan Jimin tersenyum puas.

                           


Merapu sangat chap ni. Hshshshsh biarkan

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top