03 💦

Hambar teramat chapter ni ;(

                                 


Sedari tadi Haewon asyik mengelamun jauh tanpa sedar. Fikirannya melayang soal sesuatu. Apa lagi kalau bukan soal Park Jimin. Huh...

Adakah salahnya menjadi orang ketiga dalam rumahtangga orang lain? Semua ini takkan berlaku jika dia tidak berjumpa secara tidak sengaja dengan lelaki itu. Pertemuan yang mereka sendiri tidak dapat diduga.

Masih dia ingat dua tahun lepas dimana dia dan Jimin bertemu di suatu acara tahunan. Dimana dia bekerja sambilan sebagai model pengganti selama dua minggu disitu.

Entah dimana silapnya dia turut terpikat dengan kata manis Park Jimin. Hanya dengan teguran manis dari lelaki itu membuatkan dia terjerat dalam hubungan terlarang ini.

"Jeon Haewon?"

"Eoh nae?" matanya dihalakan semula ke hadapan.

"Awak dengar tak apa saya cakap tadi?"

"Err..." lengan gadis itu disiku oleh Euna disebelah. Sempat dia berbisik perlahan kepada Haewon.

"Kau jangan buat blur boleh tak? Jawab je apa-apa pun. Madam saja nak uji kau je tu."

"Dengar Madam. Maaf sebab saya tak fokus tadi." Haewon memohon maaf seraya menundukkan wajahnya. Segan dia dibuatnya apabila banyak mata yang memandangnya tika ini.

"Arasseo. Tolong fokus sikit lepas ni. Saya nak bagitahu point penting untuk final exam nanti. Faham?"

Haewon mengangguk lembut sebelum menjawab. "Baik madam."

"Alright kita sambung semula ya. Jadi untuk final kali ni saya nak...."

"Lepas ni kita tak ada class dah kan? Lepak cafe dulu sebelum balik nanti." bisik Euna perlahan manakala iris hazel milik Haewon fokus ke hadapan.

"Hm okey. Dah-dah fokus nanti kena tegur dengan madam pula." bimbang jika madam Lee menegurnya lagi nanti.

Euna hanya tersengih.

--------

Haewon mengacau perlahan air minuman dihadapannya. Fikirannya betul-betul kosong waktu ini. Euna hanya pandang pelik. Ada masalah dunia ke apa?

"Apa yang kau menungkan tadi Hae? Aku nak tegur kau tapi aku tak berani pula. Yalah macam kau tak tahu madam Lee tu strict gila. Kira nasib baik mood dia okey tadi. Kalau tak aku tak tahulah."

Haewon mengeluh kasar. Tangannya ditongkat ke dagu.

"Nampak sangat ke aku mengelamun tadi?" soal gadis itu polos.

"Eh kau gila tak nampak, aku nak tegur kau tapi tak berani lah sebab mata Madam Lee tu tajam je pandang kau. Seram aku." Euna membalas seraya menggeleng laju.

"By the way, kau fikirkan apa tadi? Ada masalah ke? Cerita lah kalau kau sudi."

Haewon mengeluh kecil. Takkanlah dia nak buka cerita soal Jimin? Mahu malu dia tujuh keturunan.

"Tak ada apalah. Aku teringatkan mama dengan papa aku je. Hampir tiga tahun dah diaorang tak balik sini. Harapkan call or video call je. Haih." maaf tipu sikit...

"Oh pasal tu. Yalah siapa je yang tak rindukan parents kan? Kau tak nak jenguk diaorang ke dekat sana?" Haewon menggeleng perlahan.

"Mama aku tak bagi sebab yalah jauh beribu batu ni haa. Risaukan aku lah tu."

"Kau boleh ajak aku apa. Aku sedia temankan kau." Haewon hanya mendiamkan diri. Sesekali fikirannya melayang jauh memikirkan keadaan mama dan papanya disana. Harap mereka baik-baik sahaja..

"Eh jangan lupa tahu apa yang kau dah janji dekat aku. Belanja aku dekat cafe baru buka tu."

"Ya ya aku ingat. Kau ni bab makan laju je kan? Patutlah gemuk." kata Haewon, sengaja mahu mengusik gadis itu.

"Siapa cakap aku gemuk? Berat aku 55kg okey. Bukannya 75kg. Eee kau ni." Euna membuat muka. Ada pula dia cakap kita ni gemuk? Eee.

"Eh bukan 75kg eh?"

"Alah aku tahulah kau tu 49.8kg. Sipi je nak masuk 50." Haewon ketawa kecil. Jealous lah tu.

"Eh by the way bila nak pergi? Petang ni nak?" soal Euna dengan tidak sabarnya.

"Em aku nak singgah library kejap nak hantar buku dulu lepastu kita gerak terus lah." Haewon sudah berkira-kira mahu bangun. Beberapa buah buku dibawa merapat ke dada.

"Wah bagus. Jom aku temankan kau ke library dulu." Euna turut bangun sebelum mengikuti rakannya itu dari belakang.

-------

Ketukan pintu pejabat yang bertalu-talu menyentakkan Jimin yang mengelamun jauh. Hilang terus wajah Haewon yang membayanginya tadi. Spoil betul.

Pen hitam diambil semula sebelum dia berpura-pura menyemak dokumen dihadapan lalu berdehem sedikit.

"Masuk."

"Maaf Encik Jimin, Puan Yerin datang."

"H-hah? Err suruh dia masuk." aduh kenapa Yerin datang sini pula. Apa yang dia nak?

"Hey sayang, busy ke?" dengan lenggang lenggoknya wanita itu merapati tubuh si suami sebelum pipi lelaki itu diciumnya sekilas.

Jimin sedikit kaget namun dia cuba mengawal riak wajahnya.

"Ya super busy. Kenapa datang sini? Jarang betul nak datang sini." Jimin membetulkan tali lehernya seraya mengerling wajah si isteri yang sudah mengambil tempat di sofa sana.

"Saja. Saya rindukan husband saya takkan tak boleh?" Jimin hanya mengerling dari ekor mata. Rindu? Tch.

"Straight to the point, ada apa awak datang sini? Saya banyak kerja ni." Yerin menyimpulkan senyuman.

"Jom lunch? Ada cafe baru buka tahu dekat Itaewon." keningnya diangkat-angkat.

"Tapi Yerin-"

"Jimin, saya ajak awak lunch je kan? Bukannya ajak awak pergi berperang. Tinggalkan dulu kerja awak tu. And let's have a lunch first. Okay?" ini baru langkah pertama tapi Jimin sudah seperti mahu menolaknya pula.

"Arasseo. But habis lunch saya nak balik office semula." Jimin tiada pilihan selain menuruti permintaan wanita itu. Tak apalah sekali sekala.

"Alright baby." Yerin tersenyum menang lalu dirangkul erat lengan suaminya bagai tidak mahu lepas.

                             

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top