02 💦
I wrote 1k words for this chapter ;)
Suasana dimeja makan pagi ini sedikit sepi kerana masing-masing fokus dengan sarapan didepan mata. Sesekali Puan Park melirik ke arah anak tunggalnya, Jimin. Wajah kacak itu kelihatan sedikit sugul malah tiada secalit senyuman langsung dipamerkan.
"Jimin, kamu okey tak ni? Tak sihat?" bicara lembut dari si ibu membuatkan Jimin mengangkat wajah. Senyuman kekok dilemparkan sebelum dia menggeleng kecil.
"Okey je mama. Penat sikit." Yerin pandang suaminya disebelah. Lengan lelaki itu ditepuknya sekilas.
"Need anything?" giliran Yerin pula menyoalnya. Sekali lagi Jimin menggeleng.
"Nothing. I'm just fine."
Masing-masing hanya mendengar. Puan Park terdiam sebelum mindanya dapat menangkap sesuatu.
"Baru mama teringat, apa kata kalau kamu berdua pergi honeymoon sekali lagi? Lagipun dah lama kan tak spend time bersama."
Jimin telan liur yang terasa kesat. Honeymoon?
Manakala Yerin diam tidak terkutik. Dia suka dengan rancangan ibu mertuanya itu. Boleh lah shopping nanti.
"T-tak boleh lah mama. Jimin busy-"
"Soal kerja pass je dekat Taehyung. Dia kan orang kanan kamu. Mama tak nak tahu, kamu dengan Yerin mesti pergi honeymoon juga. Kalau boleh hujung minggu ni ke."
"Mama, mana boleh macam tu. Jimin ada kerja lah hujung minggu ni. Tak boleh elak." apa yang penting baginya hujung minggu ini, adalah berjumpa dengan Haewon. Malah dia sudah berjanji dengan gadis itu untuk menyambut hari lahirnya hari itu.
Yerin merengus perlahan. Geram dengan kata-kata Jimin tadi. Apa yang penting sangat dengan hal dia tu? Kerja ke isteri lebih penting bagi lelaki itu?
"Mama tak kira. Hujung minggu ni bawa Yerin pergi Paris. Soal kerja pass dekat Taehyung. Ticket pula nanti mama settlekan."
"Tapi mama-"
"It's my treat sayang. Sanggup nak tolak permintaan mama yang kecil ni? Honeymoon je bukan pergi berperang."
"Lagipun mama nak kamu berdua cepat-cepat ada anak. Dah dua tahun mama tunggu tapi tak ada hasilnya juga. So, now mama bagi masa untuk kamu berdua. Usaha keras ya anak menantu mama?" sambung Puan Park lagi. Dia begitu mengharapkan cucu dari mereka berdua.
Jimin hanya mendengar kosong apa yang dikatakan oleh ibunya tadi. Anak? Dengan Yerin? Absolutely no. Dia cuma mahukan anak dari gadisnya sahaja iaitu Jeon Haewon. Bukan orang lain.
"Ahh ya, Yerin kalau kamu perlukan tips, just ask me. Mama will help you ya dear." senyumannya dilebarkan apabila matanya bertemu dengan menantunya itu.
"Baik mama." tersipu-sipu Yerin menjawab. Tahulah dia bahawa dia sentiasa menjadi menantu kesayangan Puan Park. Dan itu sangat menguntungkannya.
Jimin terdiam sebelum mengerling ke arah ibunya. Wajah itu tampak begitu berharap dengan dirinya. Sesuatu yang takkan pernah terjadi...
Yerin hampir ketawa dalam diam apabila ibu mertuanya berbicara soal anak. Jujur dulu dia tidak mahukan anak tetapi nanti siapa pula yang akan mewarisi kekayaaan keluarga Park kalau bukan zuriat dari Jimin dan dirinya?
Walhal, Jimin juga mempunyai rupa paras yang sempurna malah tiada sebarang cacat cela sedikit pun. Haruskah dia mulakan misi menggoda Park Jimin?
We'll see then.
-------
"Haewon-ah." terus sahaja gadis itu menoleh. Matanya membulat.
"Eoh Euna kau dekat sini? Aku ingatkan kau dah balik." pantas gadis itu melabuhkan punggung di kerusi batu berhadapan dengan rakan baiknya itu.
"Ha ah aku baru lepas jumpa Prof Lee. Ni baru aku nak balik. Kau pula? Tunggu siapa?" giliran Haewon pula terdiam. Apa yang perlu dia jawab? Tunggu Jimin?
"Ahh aku tunggu abang sepupu aku datang ambil. Ha hehe." takkan nak bagitahu Jimin yang akan datang mengambilnya. Nanti kantoi lah.
Sudahlah Euna tidak pernah mengetahui soal Jimin. Sedaya upaya dia cuba mengelakkan dirinya agar tiada rakan terdekat yang mengetahui soal dirinya dan Jimin. Malah soal status Jimin sebagai suami orang.
"Abang sepupu kau yang mana satu eh? Aku kenal Jungkook je."
"Err itu belah papa aku. Ini sebelah mama aku. Hehe."
"Ohh I see. Alang-alang tu aku nak temankan kaulah dekat sini." membulat mata Haewon. Tak boleh tak boleh!
"Hah tak payahlah! No, I mean tak payah lah nanti kau lambat pula balik rumah. Aku okey je tunggu sini."
"Alah apa salahnya. Aku nak tengok juga abang sepupu kau yang ini. Handsome ke tak. Itu je." Euna berkeras juga mahu menunggu.
"Haih. Ikut suka kau lah." Haewon mengalah. Yang penting, dia sudah menutup soal hubungan mereka berdua iaitu sebagai sepupu.
Tidak lama selepas itu, sebuah kereta Audi mendekati kawasan kampus lalu berhenti betul-betul dihadapan beberapa kelompok pelajar perempuan disitu.
"Wah itu ke orangnya Hae? Handsomenya weh. Aku rasa aku dah fall in love lah dengan dia." mata bundar Haewon turut dialihkan kepada susuk tubuh lelaki yang sedang mendekati mereka. Park Jimin is coming!
"Bwoya melebih lah kau ni." beg sandang diperbetulkan sedikit sebelum dia bangun dari situ.
"Lama tunggu?" mendengar sahaja suara lembut Jimin membuatkan Euna tersengih suka. Wah gentlemannya.
"Tak baru je-" baru sahaja Haewon mahu menjawab, Euna sudah laju memotongnya.
"Hi, saya Han Euna. Kawan rapat Haewon yang paling baik." Jimin tersenyum kecil.
"Eoh hi Euna. Saya-"
"Err abang Jimin busy kan lepas ni? Jom lah kita gerak dulu. Nanti jalan jammed pula. Aku balik dulu Euna. Bye." lengan kekar Jimin dipautnya cepat sebelum mereka mula bergerak ke arah kereta Jimin.
"Yahh aku tak sempat berkenalan lagi lah dengan abang sepupu kau tu. Ishh dia ni." rungutan Euna tidak diendahkan sedikit pun. Tak ada masa dia mahu melayan. Biarkan.
Masuk sahaja ke dalam kereta, Haewon terus memakai tali pinggang. Jimin hanya beriak biasa namun hatinya tercuit sesuatu.
"So, sayang nak abang Jimin bawa pergi mana? Tell me. Or should we just check in any hotel right now?"
"Jimin-ah, saya terpaksa lah tadi. Saya tak nak Euna tahu soal kita. Sebab tu saya cakap awak ni abang sepupu saya. Okey? Off topic."
"I see. But I kinda like that name. Abang Jimin.. Sounds sexy. Tak nak kekalkan ke?" usik Jimin pula. Wah sengaja lah tu.
"Jangan nak mengada. Cepatlah saya nak balik siapkan assignment ni. Kalau tak saya call grab je."
"Arasseo. Tapi I'm serious just now. Should we just check in anywhere?"
"Park Jimin! Jangan nak lebih-lebih. Jalan-jalan."
Jimin ketawa kecil.
"Yalah. Em sayang, about this weekend..."
"Eoh jadi kan kita pergi Jeju?" giliran gadis itu pula menyoal.
"Itulah yang saya nak bagitahu, we have to cancel it." Jimin memulakan bicara.
"What? Kenapa pula?" wajah Jimin disebelah dipandangnya pelik.
"Mama suruh saya pergi Paris dengan Yerin, honeymoon.." berubah terus riak wajah gadis itu.
"O-okey." kau perlu mengalah lagi Haewon...
"Saya janji kita akan celebrate birthday awak lepas saya balik sini ya?" jemari gadis itu digenggamnya erat.
"I'm so sorry. Awak tahu kan saya tak boleh menolak kalau soal mama." sambung Jimin lagi. Dia terus memulakan pemanduannya. Haewon hanya memandang ke luar. Keluhan berat dilepaskan.
Inikah rasanya jadi pilihan kedua?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top