17❤
A/n:keep calm and enjoy the update.
_________________________________________
Masuk saja rumah,muka abangku,Jeon Jaybon menghiasi ruang mataku.Dia memandangku kehairanan.
"Aik?kenapa balik?sakit ke?" Soalan bertubi-tubi dilontarkan oleh abang kesayanganku.
"Ha'a..adik sakit..sebab tu balik.." Kataku seraya menuju ke tingkat atas dimana bilikku berada.
"Aik?Tadi bukan main aktif semacam sampai sarapan tak sempat..balik sakit pula..sakit apa?" Soal abangku lagi.
Sebelum aku menutup pintu sempat aku menjerit."Adik SAKIT HATI!!"pintu bilikku dihempas.Mujur omma dan appa tiada.Pergi honeymoon.
"Haih..youngie²..mesti pasal Taehyung ni."Fikir abang Jaybon lalu meneruskan kerjanya iaitu bermain game PUBG.
Author's~
Dari mula perjalanan sehingga sekolah,tiada satu suara pun yang keluar dari mulut Taehyung dan Jina.Mereka lebih selesa berdiam diri.
" hurmm..Tae?"panggil Jina lembut.Taehyung mula memberi perhatian kepada Jina.
"Awak...kenapa awak buat tak kenal Aeyoung?" Soal Jina.Satu keluhan dilepaskan dari mulut Taehyung.
"Sebab saya taknak dia ganggu hubungan kita?" Kata Taehyung ragu-ragu.Dia terpaksa menipu.Satu senyuman tawar diberi pada Jina.
"Tapi..bukanke dia bestfriend awak?" Soal Jina lagi.Taehyung diam tidak berkutik.Dia sendiri masih keliru dengan keputusannya yang terburu-buru.
"Abaikan jelah..sekarang dah sampai depan kelas..cepat masuk.Balik nanti tunggu saya..okey?"
Rambut Jina diserabaikan sebelum langkah kaki diatur menuju ke kelas.
Apabila masuk ke kelas,matanya dapat menangkap figura Jungkook yang sibuk bersembang dengan beberapa rakan sekelas perempuannya.
Taehyung menjeling Jungkook apabila pandangan mereka bertaut.Jungkook hanya tersenyum tawar + sinis?
Jungkook mula bangun menuju ke kelas Aeyoung.Pandangan tajam Taehyung tidak dihiraukan.
Dia mencari kelibat Aeyoung di dalam kelas tetapi tempat duduk Aeyoung kosong tidak berpenghuni.
Dia menuju ke locker Aeyoung dan melihat jika ada tanda-tanda gadis itu datang ke sekolah tapi tiada.Pantas nombor Yoojung di dial.
"Yoo.. Aeyoung tak datang sekolah ke?"
"Taktahu..aku tak datang sekolah sebab pergi melawat makam Pakcik aku so,aku tak jumpa Aeyoung..wae?"
"Takda apa...cuma dia tak datang sekolah rasanya.."
"Ouh..biasanya ada dua sebab kenapa dia tak datang sekolah.."
"Apa?"
"Malas dan ada sesuatu ganggu fikiran dia.."
"Okay..I got it..thanks Yoo.."
"Most welcome.."
Panggilan ditamatkan.Jangan pelik kalau Jungkook dan Yoojung masih berhubungan baik.
Walaupun mereka hanya berpura-pura menjadi pasangan kekasih tetapi mereka tiada sebab untuk bermusuhan.
Jadi,Yoojung akan menjadi pengantara Jungkook dan Aeyoung.Yoojung tahu perasaan sebenar Jungkook.
❤❤❤
"Aeyoung.. Oh..Aeyoung.."
"Sekejap..siapatu?" Jaybon abang kepada Aeyoung mula bergerak ke pintu setelah terdengar orang terjerit-jerit memanggil nama adiknya.
Pantas abang Jaybon membuka pintu dan matanya dihiasi oleh figura Jeon Jungkook.
"Eo?who are you?why you calling-calling my sister?" Tudia bila abang Jaybon acah speaking.
"Erm ..Aeyoung ada di rumah?" Jungkook pun dengan penuh sopan bertanya kalau dekat orang lain..hampeh betul bahasanya.
"Ada wait aa..jap..jangan cakap kau ni.."Abang Jaybon mula memandang Jungkook atas bawah.
"Saya boyfriend Aeyoung.." Pantas Jungkook memotong.
Abang Jaybon memandangnya atas bawah.Dia pelik sebab dia tahu adiknya bukan jenis suka rapat dengan lelaki lain selain Taehyung apatah lagi lelaki yang mengaku boyfriend dia.
"Nama saya Jeon Jungkook.." Jungkook memperkenalkan diri seraya menunduk.
"Aku Jeon Jaybon..tak sangka nama keluarga kita sama.." Abang Jaybon mula menunjukkan minat kepada Jungkook bila nama keluarga mereka sama.
"Ermm..Aeyoung ada?" Soal Jungkook sekali lagi.Nanti banyak pula soalan yang akan ditanya oleh abang Jaybon.
"Ada..naiklah dia tengah emo kat atas..kau boyfriend dia en..kau pergi panggil sendirilah erk..aku nak sambung PUBG ni.."kata abang Jaybon lalu menyambung permainannya yang tergendala.
Kalau Aeyoung tahu abangnya membenarkan Jungkook masuk ke biliknya habis abang Jaybon akan dikerjakan.Dasar Hanat punya abang.
Jungkook mengeluh halus sebelum kakinya diatur menuju ke bilik Aeyoung ditingkat atas.
Sambil itu,matanya melilau memandang ke sekeliling rumah Aeyoung.Simple dan cantik!
Setiba di depan bilik Aeyoung,
Jungkook mengetuk pintu perlahan.Tiada sahutan.Sekali lagi dia mengetuk tetapi dengan kadar yang kuat sedikit.
" Oppa nak apa?kalau nak pinjam charger..masuk ambil sendiri.Aeyoung nak tidur pun tak senang."Sahut Aeyoung dari dalam bilik.
Jungkook perlahan-lahan menguak pintu bilik Aeyoung.Dia nampak Aeyoung sedang tidur dengan selimut sehingga ke paras hidung.
Dia berjalan sehingga ke katil Aeyoung.Sekeliling katil Aeyoung penuh dengan tisu.Mesti,ada sesuatu ganggu fikiran Aeyoung.Fikir Jungkook.
Muka yang cantik tanpa memerlukan apa-apa alat kecantikan direnung.
Dahi Aeyoung berkerut sedikit.Hidungnya dapat menangkap bauan yang sangat wangi tetapi tidak sama seperti bauan abangnya.
Dengan perlahan-lahan kelopak mata dibuka.Jungkook mula mendekatkan muka ke arah Aeyoung.Dan bila mata Aeyoung terbuka sepenuhnya,maka terpampanglah muka Jungkook.
"Oppa Jebon!!!!!"
Nasib kau memang malang Aeyoung.
TBC.❤
A/n;Apa macam chap kalini?kita kasi panjang sedikit memandangkan idea terlebih mencurah di chap ni.Saya tahu abang Jaybon memang hanat sebab benarkan Jungkook masuk dalam bilik Aeyoung.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top