12❤


Flashback 10 years ago~

"Hei Tae..kau tak malu ke haa..mak kau lari ikut lelaki lain?"Kata salah seorang budak lelaki.Kelas sudah sunyi kerana ramai yang sudah pulang ke rumah hanya beberapa orang saja yang tinggal dan  semuanya sibuk membuli Taehyung.

Taehyung hanya mampu menangis sambil menunduk ke lantai.Dia tak mampu nak nafikan kata-kata rakan sekelasnya itu.Hati dia cukup sakit mengenangkan sikap ibu dia yang sanggup meninggalkannya demi lelaki lain yang bukan ayahnya.Dia cuma ayah tiri.Ayah kandungnya pula sudah lama meninggal dunia dan sekarang dia terpaksa tinggal bersama neneknya.

" Dasar perempuan murah.Padan dengan muka kau sebab dapat mak macam tu.."Kata seorang lagi rakan sekelasnya.Mereka semua mentertawakan Taehyung.Taehyung ketap bibir kuat sehingga dia tidak sedar bibirnya sudah berdarah.

"Hei kamu semua..Keluar sekarang
sebelum aku sumbat korang dalam lubang jamban yang makcik cleaner tak pernah basuh.Jangan ingat aku takut." Aeyoung menegur semua rakan sekelasnya yang mengejek Taehyung. Mereka semua berlari keluar kerana takut dengan ugutan Aeyoung.

"Tae..awak janganlah nangis lagi.Youngie kan ada.Youngie akan sentiasa di sisi Tae." Aeyoung berpeluk tubuh dan tersenyum bangga menunjukkan yang dia bangga dengan dirinya seolah telah menjadi penyelamat Taehyung.

Taehyung tidak berkata apa.Dia cuma merenung kosong ke arah Aeyoung.Aeyoung yang sedar ada darah di bibir Taehyung segera mengeluarkan sapu tangan miliknya dan mengelap bibir Taehyung.

"Aish..Jangan gigit bibir tu kuat sangat.Kan dah berdarah.." Taehyung tersenyum dalam diam melihat kelakuan Aeyoung.

"Youngie..kenapa kau risau pasal aku?aku ni malang tahu?" Soal Taehyung sambil pegang tangan Aeyoung seraya menunduk.

"Ish..apa kau merepek ni?Malang apanya.Tengok aku elok lagi.Takde pun yang cacat." Jawab Aeyoung lalu melepaskan tangan Taehyung dan duduk di sebelahnya.

"Hurmm..youngie sayang tae?"

"Mestilah Youngie sayang Tae...tae kan anak kutip alien yang paling comel.."

"Ish..Tae tanya betul-betul..serius lah.."

"Yelah..Youngie sayang Tae sangat-sangat.Youngie nak Tae janji yang kita akan bersama sampai tua.Tae kena jadikan Youngie heroin yang paling gojes untuk Tae .Arasso?yakhso?" Soal Aeyoung sambil menunjukkan jari kelingkingnya.

"Ne..Tiada siapa pun yang layak jadi heroin Tae kecuali Youngie.Janji!" Jari kecil milik mereka berdua tercantum.Pinky promise!

Sebab itu,Aeyoung rasa kecewa.Janji mereka telah dilupai oleh Taehyung.Dia yakin dia yang akan jadi heroin bagi Taehyung kerana dia yang selalu melindungi Taehyung.Tetapi,sebaliknya pula yang terjadi.

End flashback-

"Aeyoung ~" Dia telah kembali ke alam realiti apabila terkejut dengan suara menggoda yang memanggil namanya.Pantas dia menoleh ke arah gerangan lelaki itu.

"Eih..apehal kau ni.Kat mana aku ada situ kau ada.." Kata Aeyoung lalu menjelingnya.

"Cuba tengok sekarang kau Kat mana?"

"7E.Kenapa?"

"Haih..lembab juga otak kau ni.Ni tempat kerja aku la.Sekarang ni dah petang.So,ni shift aku pula." Jawab Jungkook lalu melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka itu.

"Haih..macam mana boleh terlepas sampai sini?" Omel Aeyoung seorang diri sambil memerhati gerak geri Jungkook di dalam kedai.Beberapa minit kemudian,Jungkook keluar dengan semangkuk ramen dengan sebotol air dan beri pada Aeyoung.

"Eh untuk aku ke?"

"Eh tak..untuk orang kat sebelah kau tu.." Jawab jungkook dan mendapat tendangan di kaki dari Aeyoung.

"Auch sakitlah.."Jungkook mencebik bila dilayan sebegitu rupa.Orang dah belanja makan dia layan macam ni pula!

Aeyoung pov-

Aku langsung tak sentuh makanan yang Jungkook bagi.Luahan Taehyung masih lagi berlegar di minda aku seperti sebuah kaset rosak.

" aku cintakan Jina..Ya,Moon Jina"

"Aku dah buka pintu hati aku untuk dia.."

Aku menggeleng kepalaku berulang kali untuk menghilangkan kata-kata itu.

"Aeyoung? Hello?Mana roh Aeyoung ni?Jasad di sini.Oh god!!" Aku tersedar bila Jungkook membebel seorang diri.Aku lantas menjelingnya.Gedik betul perangai.

Secara tiba-tiba,aku teringat kata-kata Yoojung tentang Jungkook pada malam aku melawat dia.

"Dia sebenarnya jadikan aku girlfriend pura-pura dia supaya dia dapat jauhkan diri dari seorang gadis ni..iaitu first love dia."

Aku bangun lalu memegang kolar baju kerjanya.Geram punya pasal bila dapat tahu si buaya ni mainkan hati Yoojung!

"Eh?apehal ni?kau demam erk?" Tangan dia yang cuba untuk memegang dahi aku pantas aku tepis.

Kalau ikutkan hati aku dah lama aku campak dia ke bulan dan tak balik-balik langsung ke bumi.



"Aeyoung.. Aku tercekik ni.." Jungkook meronta-ronta minta dilepaskan.Mungkin aku tarik kolar dia kuat sangat.Aku lepaskan kolar dia dan tarik nafas dalam.Bertenang Aeyoung.

"Mian Jungkook.."

"Gwenchana..tapi kau ni kenapa ?mood swing lain macam je..piyed erh?" Soalan Jungkook buatkan aku lagi nak naik angin.Piyed-piyed jangan bawa main eh!

"Anni..aku balik dulu lah.." Aku pantas meninggalkan Jungkook di situ seorang diri.Aku perlu tenangkan diri.Luahan Taehyung dan perangai hanat Jungkook menambahkan pening kepala aku saja.

"Adakah aku patut redha saja ataupun berusaha untuk dapatkan dia?"








Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top