6

Her Sweet Stalker | KTH

06

---


06-Sudden Kiss, Hot Touch


Amaran:
Babak untuk tapisan umur 15 tahun.
Kemungkinan berlakunya simptom nosebleed .
🎈

"L-lepaskan saya, Kim Taehyung. Awak tak layak untuk muncul semula. Awak buat saya makin benci."rayu Min Jung selepas dia gagal melepaskan diri daripada pelukan erat Kim Taehyung.

Wangian lelaki itu yang sentiasa dirinduinya menusuk ke rongga hidung. Hati Shin Min Jung begitu lemah ketika itu. Hanya air mata menjadi peneman buat dirinya.

"Kau tak rindu aku ke sayang? Aku minta maaf. A-aku lakukan semua ini bersebab. Maafkan aku Min Jung. I'm sorry."

Min Jung menggelengkan kepala. Sukar baginya untuk menerima kemunculan mengejut Kim Taehyung.

Begitu lama dia menahan rasa rindu dan rasa sakit akibat pemergian Taehyung. Min Jung tidak dapat menerima situasi yang tidak terduga ini.

"Kau dah tak sayangkan aku, Cik Shin Min Jung?"

Soalan itu ternyata menjerat hati Min Jung. Namun, dia tetap tidak ingin mengalah.

Hatinya amat kecewa kerana dia ditipu oleh Kim Taehyung.

"S-saya rasa saya tak mampu untuk terima awak semula, Inspektor Kim. Saya bencikan awak."balasnya lagi.

Bahu Taehyung ditolaknya kasar. Lantas, Shin Min Jung ingin segera beredar pulang ke rumahnya.

Tetapi, Kim Taehyung bukan mudah untuk menerima balasan jawapan Min Jung. Dia merangkul pinggang wanita itu dari arah belakang.

---

"Kalau a-awak tak lepaskan saya, saya akan jerit dan hubun-"

Aku memprotes tetapi semuanya tidak kesampaian. Mulutku ditekup oleh telapak tangannya.

"Aku terikat dengan undang-undang, Min Jung. Apabila selesai je tugas aku, aku kena undurkan diri, putuskan hubungan dengan kau. Semua ini b-bukan mudah untuk aku. Kau kena faham, sayang."

Berjela-jela penjelasan yang diberikan. Tetapi, aku hanya tersenyum sedih. Kelopak mata yang masih basah dengan air mata aku kedip berulang kali.

Perasaan cinta aku masih kekal utuh buat dia, Kim Taehyung.

Satu perkara menghalang aku daripada menerimanya kembali.

Ianya perasaan kecewa.

Aku kecewa dengan keputusan Kim Taehyung meninggalkan aku tanpa jawapan.

"A-awak rasa semua ni tak jejaskan saya. Saya terseksa Kim Taehyung. Saya mohon lepaskan saya, Inspektor Kim. Kita tamatkan hubungan ni."

Permintaan aku dibalas dengan bunyi rengusan kasar daripada bibir milik lelaki itu.

Tubuh kecil aku dipusing untuk menghadap wajahnya. Wajah Taehyung menatap aku dengan riak wajah sedih.

"A-aku tak pernah lepaskan kau dan tidak sesekali akan tinggalkan Cik Shin kegemaran aku ni. Terima aku semula, please?"

Tangannya menggenggam bahuku. Bibirnya sudah bergerak meninggalkan kesan-kesan bibirnya di seluruh wajah aku.

Kim Taehyung, kau goda aku. Tetapi, aku terpaksa tolak permintaan kau.

Walaupun hakikatnya, aku sudah jatuh tersungkur inginkan kau kembali di dalam hati.

---

"S-saya tetap dengan keputusan saya. Saya nak tamatkan hubungan menyakitkan ini. Just leave me alone, Kim Taehyung."

Taehyung menjadi gelisah akibat penolakan serta permintaan gila Shin Min Jung.

"Terserah kepada Cik Shin. Your Inspektor Kim tetap akan berdegil nakkan kau. Kau degil. Aku pun degil."tegasnya lagi.

Rambut panjang milik Shin Min Jung diselaknya lembut. Wajah Taehyung terus mendekati dengan bahayanya ke permukaan leher wanita itu.

"Ini sebagai tanda kau milik Inspektor Kim yang kau benci."

Jari-jemari Min Jung menampar-nampar bahu Taehyung. Dia tidak menyangka sejauh ini Kim Taehyung ingin bertindak.

Baru dia terjerumus ke dalam angan-angan yang dicipta Kim Taehyung, lelaki itu mengambil peluang untuk memaut tubuh wanita itu.

Min Jung dikendongnya mesra. Langkah kaki Taehyung menuju ke destinasi berikutnya bersama bibirnya yang masih setia mendarat di permukaan wajah Shin Min Jung.

Oops. Inspektor Kim, bahayanya kau.

-TBC-

A/N:
Saya rasa bab ini paling korang suka.

Eh.

Saya akan berhenti update untuk beberapa hari. Memandangkan saya agak sibuk untuk semester akhir saya.

Spam votes dan komen bebanyak ye?

Insha Allah, plot selepas ini makin mantap dan hangat dengan kemunculan watak baru.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top