19
His Sweet Stalker • kth
19-Damaged
Shin Min Jung berdiri kaku di hadapan muka pintu. Suasana rumah yang terlalu gelap menyukarkan wanita itu untuk membawa langkah ke pintu bilik.
Langsir tingkap yang ditutup oleh seseorang mendatangkan perasaan gementar di dalam hatinya.
"J-jungkook, awak ke yang tutup langsir? Saya nak minta maaf. Saya just keluar ambil angin je."
Semakin gerun wanita itu apabila telinganya menangkap bunyi gelakan halus seorang lelaki.
---
Tanganku meraba-raba permukaan suis ruang tamu. Sekali petikan, aku dikejutkan dengan kelibat Jungkook yang sedang duduk berdiri di hadapan pintu bilik aku.
Wajahnya terhapus sebarang senyuman. Tangannya seperti sedang menyorokkan sesuatu di belakang tubuh badan.
"Kenapa keluar tak minta izin aku, sayang? Nakal eh?"soal Jungkook dalam nada berbisik.
Aku menelan air liur yang terasa tersekat di kerongkong. Gelaran sayang yang ditekan oleh nada suaranya memberi amaran kurang baik kepada aku.
Jungkook inginkan sesuatu dari aku. Sesuatu yang aku yakin diri sendiri akan menerima padahnya.
"Keluar pergi jumpa Inspektor Kim? Jujur dengan aku, Cik Shin."
Aku segera menggelengkan kepala. Rengusan nafas Jungkook berbunyi kuat. Bahuku dicengkam kasar sehingga aku terjerit kecil.
"Tak. Saya dah jujur kepada awak. Saya tak jumpa sesiapapun. Kenapa tetiba je nak mengamuk, Jeon Jungkook?"
Seterusnya, pipiku pula menjadi mangsa cengkaman telapak tangan Jungkook. Lelaki itu sangat berbeza dengan Jungkook yang aku kenal.
Matanya memberi bayangan aura gelap menguasai hati. Tubuh aku menggigil sakan kerana lelaki itu menekan lembut hujung pisau lipat ke permukaan leher aku.
"S-siapa awak sebenarnya Jeon Jungkook? Siapa?!"jerkahku tanpa berdalih lagi. Aku daratkan tumbukan berkali-kali di permukaan dadanya.
Reaksi mukanya langsung tidak terusik. Jungkook menolak bahuku rapat ke dinding.
Sebelah tangannya yang kosong tanpa pisau bergerak pantas untuk mencederakan diriku yang lemah.
"Siapa aku? Aku pembunuh keluarga kau dan suspek utama yang akan tamatkan riwayat kekasih bodoh kau tu, Min Jung. Aku tak nak kau mati. Aku mahu otak kau gila. Sama macam aku. Sweet kan?"ucap Jungkook.
Aku menampar-nampar jari-jemari Jungkook yang semakin galak mencekik leherku.
Gila, kau gila Jeon Jungkook. Tergamak kau lakukan semua ini terhadap keluarga aku.
Apa salah diorang? Apa salah keluarga aku sehingga mereka terlibat dalam takdir yang kejam ini?
---
Taehyung membetulkan kedudukan hoodie berwarna hitam yang tersarung di tubuh badan serta kepalanya.
Mask hitam yang sememangnya menjadi peneman setia inspektor muda itu siap ditinggalkan.
Tiada guna dia sembunyikan diri jika identiti penjenayah kejam yang menculik Min Jung itu diketahuinya dalam sekali tekaan.
"Jeon Jungkook, kau memang cari nahas kerana kau ganggu hidup Min Jung. Tak habis lagi kerja gila kau?"
Taehyung membuka selak pintu bilik rahsia itu. Baru dia ingin melontarkan kata-kata perlian kepada si anak Jeon, matanya dicuri fokus oleh seseorang.
"M-min Jung? Sayang?"soal Taehyung.
Min Jung sedang duduk di atas kerusi kayu. Anehnya, tangannya bebas tanpa ikatan. Wanita itu hanya mendiamkan diri. Wajahnya terselindung di sebalik helaian rambut.
Satu bunga ros putih berada di dalam genggaman tangan Shin Min Jung.
Anak mata wanita itu jelas merah dan bawah matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis.
"Taehyung..."rintihnya sayu.
Kim Taehyung mahu meneruskan langkah kakinya. Pergerakannya terhenti apabila Taehyung merasai sesuatu.
Sepucuk pistol berisi peluru ditekan kuat di tengah dahinya.
"Taehyung lahanat ni akan mati depan mata si perempuan tak guna, Shin Min Jung. Giliran boyfriend kau pula sertai keluarga kau di neraka. Benar kan Min Jung sayang?"desak Jungkook.
Min Jung menangis teresak-esak di hadapan kedua-dua orang lelaki itu. Mata Jungkook memberi isyarat agar Min Jung maju ke hadapan Taehyung.
Pistol beralih tangan. Tangan wanita itu memegang pistol milik Jeon Jungkook.
"Cuba tarik picu selepas kiraan masa 30 saat tamat. Aku nak kita berdua jadi penonton peristiwa indah ni. Inspektor Kim , any last words?"
Tubuhnya disandarkan ke dinding. Jungkook merenung jam tangan yang bergerak mengikut arah pusingan jam.
"Ah, tak sabarnya aku. Farewell, Kim Taehyung."
Min Jung memejamkan kelopak mata. Dia berharap segalanya hanya mimpi.
Hakikatnya masa makin cemburu. Desakan Jungkook membuatkan fikirannya celaru.
"Tunggu apa lagi, tarik picu pistol tu sekarang, Shin Min Jung. Tarik!"
-tbc-
A/N:
Bab seterusnya adalah bab akhir. Saya akan letak bab tersebut esok.
Nantikan ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top