17

His Sweet Stalker • kth

17-Cry

Aku sudah penat menghamburkan tangisan. Jasad lelaki yang disayangi sepenuh hati itu hanya terlantar lemah di atas katil.

Setiap panggilan namanya tidak membuahkan hasil. Taehyung kekal dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Abang Tae, bangun. Min Jung rindu."

Wanita itu setia menunggu Taehyung sedar daripada keadaan lemah itu. Selagi lelaki itu tidak membuka kelopak mata, Min Jung enggan pulang ke rumah.

---
"M-min Jung, sayang?"ujarnya separuh berbisik. Suara seraknya sengaja direndahkan nada agar Min Jung tidur lena.

Jari-jemarinya mengelus lembut helaian rambut milik Shin Min Jung. Rindunya terhadap budak manja itu semakin menyesakkan jiwa.

Setiap hari tingkah laku dan perbuatan Min Jung berada di bawah pengawasannya dalam diam. Biar digelar pelik, Taehyung tidak sanggup untuk kehilangan Min Jung buat kali kedua.

Kesan racun sudah beransur surut. Taehyung mampu menggerakkan badannya dengan baik walaupun dia masih berasa lemah.

"Aku sayang kau Min Jung. Maafkan aku ya?"

Satu kucupan kasih dihadiahkan ke permukaan dahi Min Jung. Taehyung bergegas keluar daripada bilik wad persendirian yang dihuninya buat sementara waktu itu.

Matanya memandang tingkap bilik hospital yang separuh terbuka. Inspektor Kim terus meloloskan diri melalui tingkap tersebut.

"Izinkan aku untuk undurkan diri. Aku akan pantau kau dari jauh Min Jung. Jaga diri."kata Taehyung sebelum susuk tubuhnya mulai menghilang dalam kesunyian malam.

---

Bahu aku disentuh lembut oleh seseorang. Suara garau Inspektor Jeon mengejutkan aku dari tidur.

Aku menjadi gelabah apabila tubuh badan Inspektor Kim langsung tidak wujud di pandangan mata.

"M-mana Inspektor Kim? Mana dia?"soalku dengan cemas.

Lelaki upahan merangkap sahabat baikku itu menahan bahuku. Bibirnya tersenyum kelat. Berkali-kali kepalanya menggeleng kepadaku.

"Inspektor Kim larikan diri tanpa pengetahuan pihak hospital dan pihak polis. Kami cuba jejaki dia. Tapi, buat masa sekarang belum ada hasil. Sabar ya, Cik Shin?"

Tergamak kau larikan diri untuk kali kedua Kim Taehyung. Aku mengelap kelopak mata yang basah.

Hatiku menolak keras tindakan bodoh Inspektor Kim ini. Sampai bila dia mahu larikan diri daripada aku?

"Bawa saya pulang ke rumah sekarang Jungkook. Tiada guna untuk kekal lama di sini. Dia dah hilangkan diri."

Saat tubuhku diiring ke kereta oleh Jungkook, mataku menangkap bayangan seorang lelaki memakai hoodie dan mask hitam di sebalik kereta dari arah bertentangan.

Anak mata coklat keperangannya merenung tajam ke arahku. Aku ingin melangkah pergi kepadanya. Namun, Inspektor Jeon memaut bahuku erat.

Wajah risau terpamer di muka sahabat baikku.

"Cik Shin, mari masuk ke dalam kereta. Aku nak bawa kau balik terus ke rumah. Kau perlukan rehat yang cukup. Dengar cakap aku ya?"

Aku ingin memprotes apabila tangan Jungkook membuka pintu kereta. Matanya mengisyaratkan aku agar terus masuk tanpa banyak soal.

"T-tapi, ada lelaki misteri di sana, Inspektor Jeon."

Sumpah aku dapat katakan bahawa kelibat lelaki berpakaian serba hitam itu masih di situ. Dia berselindung di sebalik pokok.

Setiap perlakuanku berada di bawah pemerhatian lelaki misteri itu.

Tak salah kan jika aku katakan dia mungkin Inspektor Kim?

-TBC-

A/N:
Saya akan habiskan siri Lelaki Upahan ini mungkin pada esok/lusa.

Nantikan babak mendebarkan pada bab seterusnya. ♥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top