Pikat
Pada hari kedua Taera disekolah barunya, dia cuba untuk rapat dengan Jungkook. Dia mencari Jungkook di pondok belakang sekolah.
"Hai Jungkook?"
"oh! Hai,Taera. Ada apa awak datang si-- ha! Saya hampir lupa." Jungkook mengeluarkam sesuatu dari begnya.
"nah! Kemarin awak tertinggal." kata Jungkook sambil menyerahkan gambar tersebut.
"Terima kasih. Sebenarnya , saya datang sini sebab nak cari awak,Jungkook." kata Taera.
"cari saya? kenapa?" Jungkook memandang wajah Taera. Gadis itu menghenyakkan punggungnya disebelah Jungkook.
"saya teringin nak jalan² disini,tapi saya tak tahu selok belok tempat ni. Maklumlah,dah lama saya duduk luar negara." jelas Taera.
"jadi?" Jungkook tidak dapat menangkap apa yang Taera cuba sampaikan.
"saya nak ajak awak teman saya jalan² petang ni boleh? Itu pun kalau awak sudi la .." kata Taera.
Jungkook tersengih sambil memandang rumput. Kakinya menguis rumput. Pipinya sudah merah. Taera memandang Jungkook sambil tersenyum.
"kenapa?"
"tak sangka awak nak nak ajak saya keluar date~" jawab Jungkook.
Taera menyiku perlahan lengan Jungkook dan ketawa kecil.
"perasanlah awak ni!"
"baiklah. Awak nak keluar pergi pukul berapa?" soal Jungkook.
"Em, pukul 4.30. Boleh?"
"eh boleh, sekarang pun boleh!" kata Jungkook cuba bergurau. Taera hanya ketawa.
••••••••••
Jungkook menunggu Taera di depan rumah sambil memegang sekuntum bunga ros merah. Taera membuka pintu rumah.
"Maaf, lama ke awak tunggu?" soal Taera.
"taklah. Baru sampai 5 minit. Nah! Untuk awak~" Jungkook menghulurkan ros merah kepada Taera.
Taera mengambilnya sambil tersenyum.
"terima kasih." ucap Taera.
"marilah , kereta saya ada di depan."
"naik kereta? Saya baru ingat nak ajak awak naik bas. Saya suka jalan kaki untuk ambil angin. Naik bas sampai bustop lepastu jalan kaki." jelas Taera.
"Oh yeke? Baiklah kalau macam tu. Saya tinggal kereta saya disini." kata Jungkook. Taera mengangguk.
Mereka berdua berlari mengejar bas dan sempat naik. Mereka ketawa sebaik berada di dalam bas. Jungkook membayarkan tambang bas untuk dia dan Taera. Mereka berjalan ke belakang untuk mencari tempat duduk.
"Tinggal satu kerusi je? Macam mana ni?" soal Taera.
"takpe, awak duduklah. Saya boleh berpaut je." kata Jungkook sambil mencapai pemegang yang tergantung di syiling.
Tiba² seorang wanita tua masuk ke dalam bas. Taera bangun dan menarik wanita itu duduk ditempatnya.
"duduklah,makcik." kata Taera sambil tersenyum. Kemudian dia terus memaut pada lengan Jungkook yang sedang memaut pemegang di syiling. Pipi Jungkook merona merah.
"terima kasih,nak." ucap wanita tua itu.
"ehem .." Jungkook berdehem menyedarkan Taera.
"Eh, maaf. Tapi, saya tak sampai. Boleh saya berpaut pada lengan awak?" pinta Taera. Jungkook hanya mengangguk sambil tersenyum malu.
"awak ni comel la Jungkook." Taera mencium pipi Jungkook tanpa menghiraukan penumpang lain. Membuntang mata Jungkook apabila pipinya dikucup sepintas lalu. Pipinya semakin merah.
••••••••••
Mereka berdua sampai di depan mall.
"Jungkook, awak dah makan ke sebelum datang rumah saya tadi?" soal Taera. Jungkook hanya menggeleng tanpa memandang wajah Taera.
"Jungkook, awak okay? kenapa ni? Saya ada buat sa-- Ah! Ada. Em maaflah , saya memang suka cium pipi orang kalau saya orang tu comel. Kalau itu buat awak marah, saya minta maaf." pinta Taera sambil menunduk memandang lantai.
"Eh! Taklah. Siapa cakap saya marah? Saya cuma em malu sikit. Lupakan je la, jom kita makan aiskrim?" ajak Jungkook.
"okay." Taera tersenyum dan mengangguk. Mereka mengatur langkah menuju ke kedai aiskrim yang berdekatan.
Baskin Robbins
Jungkook dan Taera keluar dari Baskin Robbins sebaik mendapat aiskrim mereka.
"Dulu saya dan unnie selalu berjalan sambil makan aiskrim macam ni." kata Taera. Jungkook tersentak mendengar kata² Taera.
"Maafkan sa--"
"takpe Jungkook, tak perlu salahkan diri awak." Kata Taera memotong percakapan Jungkook.
"Nak dengar lagu sambil berjalan?" soal Jungkook.
"lagu apa?"
"lagu favourite saya, AKMU- Be with you. Best! Nak dengar?"
Taera mengangguk. Jungkook mengeluarkan telefon bimbitnya. Earphone sebelah kiri disumbat ke dalam telinga kanan Taera, manakala sebelah lagi disumbat ke dalam telinga Jungkook. Jungkook memilih lagu yang dikatakan olehnya tadi.
Mereka meneruskan langkah, berjalan di kaki lima sambil mendengar lagu.
Tiba² langkah Jungkook terhenti.
"kenapa?" Taera menoleh memandang Jungkook. Tisu yang dipegang dari tadi, dilipat dan dia cuba membersihkan bibir Taera yang comot dengan sisa aiskrim.
"Eh, comot sangat ke bibir saya?" Taera terasa malu.
Jungkook cuma tersenyum dan menggeleng. Mata mereka bertentangan. Anak mata Jungkook memandang tepat ke bibir Taera.
CHUPP!
Membuntang mata Taera apabila Jungkook mencium bibirnya. Dia kaku disitu. Jungkook terimbas kembali sewaktu kali pertama dia mencium bibir Taerin kerana perasaan cemburu melihat Rachel dan Inho bercium di tepi sekolah. Air matanya terus mengalir ke pipi. Taera meleraikan ciuman.
"Jungkook? A..apa awak buat ni?" Pipi Taera sudah merona merah.
"apa? Aduh! Taera, maafkan saya. Saya betul² tak sedar apa yang saya buat." Jungkook rasa serba salah.
"Takpe." Taera menggeleng. Jungkook memegang pipi Taera dan merenungnya.
"Awak mengingatkan saya pada Taerin." kata Jungkook.
"em, boleh tak kita tak cakap pasal ni? Kita balik? Saya rasa tak sedap badan." Kata Taera.
"Baiklah." Jungkook akur.
••••••••
Taera menghempaskan tubuhnya ke atas tilam.
"Jeon Jungkook! Apa kau dah buat pada aku?!" Taera menyentuh bibirnya. Kejadian tadi seperti mengulang tayang difikirannya. Taera menggeleng kepala dan menampar pipinya.
"Kau dah gila ke Taera?! Tapi .. betul ke kau buat semua tu, Jungkook? Kenapa aku rasa macam kau tak sekejam tu? Walaupun baru dua hari kita kenal, aku rasa selesa dengan kau!" Taera melepaskan keluhan yang berat.
"Tak!! Rachel tu kawan baik Taerin, takkan dia nak tipu aku pulak? Aku perlu tetapkan pendirian aku! Aku perlu bunuh Jungkook!" Taera bangun dari posisi baring. Wajahnya bertukar menjadi bengis menahan marah.
tiba² dia mendapat satu mesej ..
"Taera, mari keluar temu janji esok? Saya ada sesuatu nak beritahu awak." -Jungkook
Taera tersenyum sinis. Nombor telefon Rachel didail.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top