Perlawanan❄

"Jungkook? Kau buat apa lagi kat sini?" soal Taeyong yang tiba² muncul.

"Oh! Taeyong? Hm, aku saja nak melawat Taerin. Salah?" Jungkook memandang wajah Taeyong.

"Cukup²lah dengan apa yang kau dah buat pada Taerin sebelum ni! Kau ni biadap!" Taeyong geram. Entah kenapa setiap kali dia memandang wajah Jungkook, tangannya terasa ingin menghancurkan wajah Jungkook yang kacak itu menjadi kepingan biskut chipsmore!

"Taeyong! Sudahlah, benda dah lepas, tak perlu nak ungkit lagi. Jungkook datang nak minta maaf dengan aku je." sampuk Taerin. Taeyong hanya mengeluh kasar.

"Korang berdua tinggalkan aku sendirian boleh? Aku nak berlatih. Aku nak fokus, tinggal lagi tiga hari je perlawanan tu" kata Taerin.

"Baiklah kalau macam tu. Goodluck!" Jungkook berlalu pergi dari situ. Taeyong juga pergi dari situ. Taerin melepaskan satu keluhan yang berat. Dia pun tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan untuk pulihkan keadaan.

•••••••••••

Jungkook duduk di pondok belakang sekolah sambil mendengar lagu menggunakan earphone. Dia ingin menenangkan fikirannya.

Tiba² satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya berdiri di depannya.

"Rachel?" Jungkook menanggalkan earphone di telinganya. Dia berdiri menghampiri Rachel.

"Jungkook!" Rachel menangis sambil memeluk Jungkook.

"kenapa ni?" Jungkook terkaku.

" I really miss you,sayang!" jawab Rachel. Jungkook terus membalas pelukan Rachel.

"me too!" Jungkook mengucup dahi Rachel.

"Rachel!" Inho tiba² muncul dan menarik Rachel dari pelukan Jungkook.

"Kau nak apa?! Tolonglah jangan ganggu aku!" Rachel menepis kasar tangan Inho.

"Aku dah bagi amaran pada kau kan?! Kau tu masih lagi kekasih aku! Aku tak suka kau jumpa dengan dia!" Inho terus menarik tangan Rachel pergi dari situ.

"Jungkook! Tolong saya! Jungkook! Jeon Jungkook!" Rachel meraung meminta tolong dari Jungkook.

Jungkook hanya terkaku disitu. Dia tak mampu nak berjalan untuk menarik Rachel kembali kepadanya. Fikirannya sering mengingatkannya yang Rachel hak Inho, bukan Haknya.

"Sorry,Rachel!" Air mata Jungkook mengalir tanpa sedar.

skip

Akhirnya tiba hari perlawanan yang dinanti²kan oleh Taerin. Dia perlu tunjukkan yang dia mampu mengharumkan nama sekolah barunya.

"Taerin!" Taeyong menghampiri Taerin yang sedang bersiap di bilik menunggu.

"Taeyong!" Taerin terus memeluk Taeyong.

"Aku tahu kau boleh buat! So, buat yang terbaik! Aku akan sokong kau! Yakin pada diri kau sendiri." Taeyong memberi semangat kepada kawan baiknya itu. Taerin meleraikan pelukan.

"Thanks, Taeyong! Aku akan cuba buat yang terbaik." Taerin mengangguk sambil tersenyum. Taeyong mengusap kepala Taerin.

"Perhatian! Perlawanan akan bermula sebentar lagi. Diminta peserta Kang Taerin dan Kim Ji Hong masuk ke gelanggang sekarang." Pengumuman kedengaran di penjuru bilik.

Taerin keluar dari bilik itu dan dia terus naik ke gelanggang.

Seorang lelaki berbadan tegap berdiri di hujung gelanggan sebelah kiri. Dia tersenyum sinis melihat tubuh kecil Taerin. Adakah dia akan berlawan dengan gadis ini? Mampukah gadis itu menewaskannya?

Taerin juga hanya tersenyum sinis memandang lawannya.

"Sila berdiri di tengah gelanggang." pinta jurucakap.

Taerin dan Ji Hong berjalan ke tengah gelanggang. Mereka berjabat tangan sebagai tanda permulaan perkenalan.

"Perempuan berbadan kecil macam kau ni lawan aku? Mampu ke?" soal Ji Hong. Terbau sedikit sindiran.

"ikan pirana yang kecil tu pun mampu hancurkan jari manusia dalam masa 45 saat, tak mustahil aku mampu? Kan?" Taerin tersenyum sinis.

"Wah! Kau memang hebat berkata². Mari buktikan kehebatan kau pada aku." Kata Ji Hong.

Whistle ditiup menandakan perlawanan telah bermula. Di atas gelanggang kelihatan Taerin sedang menahan tumbukan dari Kim Ji Hong dengan kedua² belah tanggannya. Lama juga Taerin menunggu masa yang tepat untuk menyerang pihak lawannya.

Taerin mengelak dari tumbukan Ji Hong, dia menyerang tubuh Ji Hong dengan satu tendangan rendah di belakangnya. Ji Hong sudah jatuh tersungkur di hadapan.

Taerin tersenyum sinis, dia masih berdiri melihat Ji Hong yang tersungkur. Ji Hong bangun kemudian dia menyerang Taerin dengan satu tumbukan sehingga hidung Taerin berdarah.

"Taerin!" Taeyong yang menyaksikan perlawanan itu nampak risau bila melihat kawannya rebah diatas gelanggan dengan hidung yang berdarah.

"Taerin fighting!" Taeyong memberi semangat kepada Taerin.

Taerin cuba bangun, kemudian dia menghampiri Ji Hong. Dia menyerang Ji Hong dengan satu tumbukan di perut, lalu dia terus menjatuhkan tubuh Ji Hong ke bawah dan menindihnya. Kepala Ji Hong dikunci dengan kakinya. Kemudian Taerin melakukan teknik mengunci kaki pihak lawan dengan melipat kaki Ji Hong ke belakang.

"Lepas ni, kau kena ingat kata² aku dalam kepala otak kau! Pirana yang kecil pun mampu hancurkan tangan manusia dalam masa 45 saat, tak mustahil aku mampu kalahkan kau!" bisik Taerin.

Pengadil sudah mengira masa akhir untuk menamatkan perlawanan di antara Taerin dan Ji Hong.

Whistle ditiup menandakan perlawanan tamat. Kemenangan berpihak kepada Taerin.

Penyokong Taerin bersorak gembira. Taeyong tersenyum puas.

Ji Hong berdiri sambil menunduk hormat pada Taerin.

"Maafkan aku!" pinta Ji Hong.

"Takpe. Adat dalam permainan." Taerin tersenyum lalu dia turun dari gelanggang.

"Tahniah!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top