Luahan ❄

"maafkan aku,Taerin. Jumpa nanti." Taeyong terus masuk ke dalam kereta polis.

Taerin hanya mampu memerhatikan kereta polis yang makin hilang dari pandangannya.

•••••••••••

Taeyong pulang ke rumah bersama ibu bapanya. Puan Lee asyik berleter saja sepanjang perjalanan pulang.

"Taeyong! Kamu ni kenapa? Mummy dengan daddy tak pernah ajar Taeyong pukul orang. Kenapa Taeyong buat macam tu? Tengoklah! Nasib baik kena reman je, kalau kena masuk mahkamah? Syukurlah keluarga Jungkook tu tak saman kita!" bebel Puan Lee.

"dia yang cari pasal." jawab Taeyong.

"menjawab! Mummy bercakap je, Taeyong menjawab! Bagitahu mummy , kenapa Taeyong pukul dia?" pinta Puan Lee.

Taeyong hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dijawab.

"kenapa diam? Tadi ada je jawapan nak melawan? Cepat cakap dengan mummy!" Puan Lee masih juga mendesak anak lelakinya.

"haish, awak ni .. janganlah membebel dalam kereta ni. Sakit telinga saya dengar awak membebel! Benda dah jadi, kenapa nak ungkit lagi?" sampuk Tuan Lee yang sudah bingit mendegar leteran isterinya itu. Kalau membebel mengalahkan pengulas bola sepak!

"awak tu biar sangat anak awak ni, taknak tegur langsung! Semua nak kena saya je yang tegur! Tanggungjawab awak untuk mendidik dia mana?" giliran Tuan Lee kena bebel dengan Puan Lee.

"Aduh! Membebel laa kat Taeyong tu sampai pagi! Malas nak layan awak." Tuan Lee mengalah.

Taeyong masih juga berdiam diri.

"mummy taknak Taeyong rapat dengan Taerin lagi!"

Taeyong terus memandang ibunya. Wajahnya nampak terkejut.

"kenapa nak libatkan Taerin pula dalam hal ni?" soal Taeyong.

"sebab dia ada disitu tadi. Mesti Taeyong pukul Jungkook sebab Taerin kan? Mummy tak suka Taeyong bergaduh sebab perempuan!" kata Puan Lee.

"Tak! Taeyong pukul Jungkook bukan sebab dia!" Taeyong cuba menafikan kebenaran.

"Taeyong, tak perlu nak menafikan lagi. Mummy tahu Taeyong dah lama sukakan Taerin, jadi ada sebab Taeyong buat semua tu hanya sebab Taerin! Mummy nak pindahkan Taeyong ke sekolah lain, mummy takkan benarkan Taeyong berkawan dengan Taerin! Taeyong dan Taerin perlu berpisah!" Puan Lee memutuskan keputusannya.

"Taeyong tak boleh berpisah dengan Taerin! Tak! Tak boleh! Taeyong takkan pindah sekolah!" Taeyong membantah.

"Taeyong! Dengar cakap mummy!" tengking Puan Lee.

"Taeyong cakap taknak , memang Taeyong takkan ikut cakap mummy! Mummy cubalah pisahkan Taeyong dengan Taerin kalau mummy taknak jumpa Taeyong lagi!" Taeyong berdegil dan cuba mengugut ibunya.

"Lee Taeyong!!" Puan Lee terkejut.

skip

Taerin menunggu diluar bilik pemeriksaan, tiba² Rachel datang semasa ketiadaan ibu bapa Jungkook.

"Hey perempuan! Kau buat apa pada Jungkook?! Mana Jungkook?!" Rachel menolak bahu Taerin.

"dia masih lagi dalam pemeriksaan." jawab Taerin.

Rambut Taerin ditarik.

"apa ni Rachel! Lepaslah!" ronta Taerin.

"kau ni kan! Kenapa kau mesti nak susahkan Jungkook?! Aku tak suka kau dekat dengan dia! Aku benci kau! Kenapa kau tak mati lemas je dalam sungai tu?!" Rachel berang. Pipi Taerin ditampar.

"Lepaslah!!!" Taerin berusaha melepaskan tangan Rachel dari menarik rambutnya.

PANGG!

Pipi Rachel ditampar.

"Aku dah cukup bersabar dengan sikap kau, Rachel! Aku dah makin tak tahan dengan perangai kau! Kau fikir aku ni nak sangat susahkan Jungkook tu? Aku pun taktau benda ni nak jadi!" Taerin hilang sabar.

"oh kau dah hilang kesabaran la ni? Kau dengar sini, aku nak kau pergi dari sekolah tu! Jangan ganggu Jungkook lagi!" kata Rachel sambil merenung anak mata Taerin.

"aku takkan pergi dari sekolah tu!" Taerin berkeras.

"maaf? Disini bukan tempat untuk bergaduh! Kalau awak berdua nak bergaduh, tolong keluar dari sini" Doktor yang baru saja keluar dari bilik pemeriksaan itu meleraikan pergaduhan mereka.

"macam mana dengan kekasih saya, doktor? Dia cedera teruk ke?" soal Rachel.

"Jungkook cuma alami cedera ringan saja. Dia perlu berehat." Doktor itu terus pergi dari situ.

Rachel menjeling Taerin.

•••••••••••

Pagi itu Taerin menunggu Taeyong di depan sekolah. Dia nampak sangat risau. Tiba² dia nampak kelibat Taeyong muncul dan berjalan ke arahnya.

Taeyong yang ternampak Taerin, terus berlari mendapatkan Taerin. Tubuh Taerin dipeluk erat. Taerin juga membalas pelukan Taeyong.

"aku risaukan kau!" kata Taerin.

"don't worry, aku okay." jelas Taeyong. Dia lega dapat melihat wajah satu-satunya gadis yang dicintai.

"pasal semalam .. apa yang kau cakapkan masa tu .."

Taerin meleraikan pelukan.

"boleh tak kau lupakan pasal benda tu buat sementara?" pinta Taeyong.

"Tak! Kita kena bincang juga pasal ni. Aku akan jujur dengan kau. Selama ni aku anggap kau macam abang aku sebab kau selalu caring pasal aku. Dah lama kita berkawan, tapi aku tak pernah ada perasaan pada kau. Aku sayang kau tak lebih dari seorang kawan." jelas Taerin.

Taeyong hanya terdiam. Dia memandang lantai simen.

"aku faham." tutur Taeyong.

"walaupun aku dengan kau tak boleh jadi pasangan kekasih, tapi aku harap kau sentiasa jadi kawan terbaik didalam hidup aku. Aku tak rela hilang kawan aku." tambah Taerin.

Taeyong mengangguk.

"aku akan sentiasa jadi kawan kau, aku takkan tinggalkan kau." Taeyong mengucup dahi Taerin kemudian tubuh kecil Taerin dipeluk.

••••••••••••

Rachel duduk menunggu di wad Jungkook.

"Jungkook, nan bogoshipeoseo." Rachel membelai rambut Jungkook.

Tiba² tangannya ditarik.

"ikut aku!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top