Koma?❄

Tiba-tiba Taerin tersenyum di dalam kesakitannya. Air matanya mengalir. Tangannya diangkat seperti ingin menggapai sesuatu. Dia ternampak wajah Hocheol sedang tersenyum di hadapannya namun samar² sahaja pandangannya kerana di dalam situasi bertarung nyawa menahan kesakitan dan hujan yang mengkaburkan pandangannya kemudian matanya tertutup rapat.

•••••••••

Taerin dikejarkan ke hospital. Dia terus dimasukkan ke bilik kecemasan.

Taeyong berjalan ke hulur ke hilir di depan bilik kecemasan. Dia tidak tentu arah. Jungkook pula duduk di kerusi depan bilik kecemasan sambil menunggu Taerin. Dia menyesal. Dia menangis. Dia terus menyalahkan dirinya.

Taeyong berhenti berjalan, dia merenung tajam ke arah Jungkook. Dia menghampiri Jungkook kemudian kolar baju Jungkook dicengkam kuat.

"Kau bangun!! Kau ikut aku sekarang!!" Taeyong menarik Jungkook ke rooftop.

Di Rooftop

DUSHH!!

Jungkook rebah ke lantai apabila Taeyong menumbuknya. Namun, dia tidak membalas. Air matanya masih lagi tidak berhenti.

"Ni semua salah kau! Kau ni memang tak guna!!!" Taeyong menarik Jungkook bangun kemudian dia terus memukul Jungkook. Jungkook juga masih sama. Dia langsung tidak membalas. Dia menerima pukulan itu dengan relanya akibat dari perbuatannya terhadap Taerin.

"Kalau apa² terjadi pada Taerin, aku takkan lepaskan kau!! Sejak dia jumpa dengan kau, macam² benda yang jadi! Nasib dia terus jadi malang bila jumpa kau! Kau ni memang perosak hidup dia! Kalau dia tak kenal kau, dia takkan jadi macam ni dan mungkin kau yang dah mampus kat tengah jalan tadi!!" Taeyong terlalu marah. Dia tidak mampu mengawal kemarahannya.

"ya. Aku tahu semua ni salah aku. Aku menyesal! Aku kesiankan Taerin, kenapa dia perlu kenal aku? Aku tak pernah nampak dan hargai pun apa yang dia dah buat untuk aku aku selama ni! Aku cuma fikir Rachel je sedangkan aku tahu Rachel dah buat macam² kat dia! Aku terlalu kejam! Aku menyesal!" Jungkook akhirnya bersuara untuk meluahkan segala penyesalannya.

"kau menyesal sekarang tak ada guna! Dia dah jadi sampai macam tu baru kau nak hargai dia? Takda guna!" balas Taeyong. Kemudian dia masuk ke hospital semula.

•••••••••••
Kelihatan keluarga Taerin dan keluarga Taeyong sedang menunggu di depan bilik kecemasan.

"mummy! daddy! Ahjussi! Ahjumma!" Taeyong menghampiri mereka.

"Taeyong! Macam mana dengan Taerin? Macam mana Taerin boleh kemalangan? Kamu dengan Taerin pergi mana?!" Bertubi² soalan yang Puan Kang soalkan.
"Kami pergi sungai Han tadi dan .."

"salah saya,ahjussi,ahjumma! Sebab saya la Taerin kemalangan .." Jungkook tiba² muncul.

Mereka semua menoleh memandang Jungkook.

"siapa kamu?" soal Tuan Kang.

"Taerin kemalangan sebab dia cuba nak selamatkan saya dan .. maafkan saya, ahjussi,ahjumma! Semua ni salah saya! Saya menyesal!" Jungkook melutut sambil menangis. Puan Kang menghampiri Jungkook.

"bangunlah. Saya tak salahkan kamu. Saya tahu Taerin tu tak pernah fikirkan keselamatan diri sendiri, dia cuma fikir pasal orang lain." Kata Puan Kang.

Doktor keluar dari bilik kecemasan.

"doktor! Macam mana dengan anak kami?" Soal Tuan Kang.

"Taerin okay kan? Kecederaan dia tak teruk kan?" soal Puan Lee.

Namun, jelas terpampang kekecewaan pada wajah Doktor lelaki itu.

"Kami dah cuba apa yang termampu. Kami dapat selamatkan dia tapi jika dia terus hidup dia tak mampu buat apa² sepanjang hayatnya. Otaknya mati, dia akan lumpuh. Tulang rusuknya retak." jelas doktor tersebut.

Hampir saja pengsan Puan Kang setelah mendengar penerangan doktor itu.

"Maksud doktor, macam mayat hidup?" soal Tuan Kang.

"Ya. Dia tak mampu bercakap dan tidak mampu bergerak. Segala tindak balas dari otak yang mengawal pergerakan dan pemikirannya telah terkunci. Jadi, ada baiknya Tuan dan Puan bawa dia untuk dapatkan rawatan di hospital luar negara. Dia luar negara banyak doktor pakar yang boleh merawat penyakit tersebut." tambah doktor itu lagi.

Air mata Jungkook mengalir lagi setelah mendengar penerangan doktor.

"jadi macam mana anak saya sekarang?" soal Puan Kang.

"Anak puan koma. Kami tak pasti bila dia akan sedar." jawab doktor itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top