Kata² terakhir
Tubuh kaku Taerin terasa sunyi sekali setelah tiada ditemani oleh dua insan yang dia sayang selama dua hari berturut².
Selama dia terlantar dihospital, Jungkook dan Taeyong tidak pernah satu hari pun tidak melawatnya.
"Jungkook? Taeyong? Mana korang? Dah dua hari aku tunggu korang berdua. Aku rindukan korang." Tangis Taerin di dalam tubuhnya yang kaku seperti tidak bernyawa itu.
Pintu wad dipulas perlahan,tanda menghormati taerin yang sedang terlantar sakit. Wajah Taerin dipandang sayu. Hatinya tersimpul rasa sebak yang mendalam. Tidak pernah sekalipun dalam hidupnya taerin yang ceria dan amat riang itu terlantar sebegitu rupa.
“hai Taerin. Kau apa khabar? Kau tak rindu kat aku ke? sedarlah wei, dah mengalahkan nenek aku dah ni” gurau taeyong.
Tiada sebarang sahutan dapat didengarnya lagi. Senyum kelat ditampal ke muka.
"Ya Taeyong! Aku pun rindukan kau, tapi aku tak mampu buat apa²." Taerin begitu tersiksa melihat Taeyong melalui tubuh kakunya.
“kalau kau sihat macam dulu mesti kau dah pukul aku sampai lebam kan?” soal taeyong sedikit sayu. Teringat kembali apa yang selalu dilakukan taerin ketika dia sihat dahulu.
Sejambak bunga ros yang dibelinya di kedai bunga berhampiran tadi diletakkan di sisi katil. Sekali lagi wajah taerin yang seperti jasad tak bernyawa ditatap. Kerusi yang berada di sebelah katil ditarik. Taeyong melabuhkan punggungnya,tangan Taerin dipegang erat dan lembut lalu dibawa ke pipinya.
“bila kau nak sedar?" monolog taeyong lagi walaupun dia tahu jawapanya masih tidak berbunyi.
“aku rindu. Rindu semuanya tentang kau Taerin. Setiap malam aku fikir, bila aku dapat tengok kau senyum lagi? Bila aku nak kene cubit dengan tangan suam yang aku tengah pegang sekarang ni? Bila aku nak disapa dengan suara yang buatkan telinga aku ni sejuk lagi? Bila? tapi lepastu aku sedar apa yang aku tunggu tu semuanya mustahil." Taeyong tersenyum kelat sekali lagi.
"kalau kau betul rindukan aku,Taeyong .. kau perlu tunggu aku! Aku janji aku akan bangun dan terus peluk kau! Aku terlalu rindukan kau!" Taerin bagaikan terkurung di dalam penjara dirinya sendiri.
"senyum kau bukan milik aku lagi, senyum kau dah beralih kepada orang yang lebih berhak dapatkan kau. Hati kau...memang selama lamanya untuk jungkook. Pada mulanya yes! Aku mengaku yang perasaan cemburu tu membuak buak dalam hati ni,rasa nak bunuh je jungkook tu. Tapi..kebahagiaan kau terletak pada dia jadi kalau aku musnahkan dia sama je macam aku musnahkan kebahagiaan kau. Kawan baik jenis apa sanggup tengok kawan baik dia sendii sedih disebabkan dia? Kau pernah tolak hati yang ikhlas cintakan kau ni, tapi aku faham yang kau masih tak boleh terima aku betul betul cintakan kau lebih dari seorang kawan. Aku tahu kau taruh harapan yang tinggi dekat jungkook tu sebabtu aku mengalah." Rambut panjang Taerin dibelai penuh sayu.
"Tapi bila aku selalu tengok kau sedih and sakit sebab dia aku mula takut nak lepaskan kau dekat siapa², aku still usaha dan usaha untuk buat kau pandang aku dan sedar apa yang aku dah korbankan untuk kau. Tapi...hati kau masih lagi berpaut pada dia. Aku tertanya tanya jugak,kau tak serik ke? Well..tanggapan aku salah! Aku ingat cinta kau dekat dia just cinta monyet je, tapi cinta monyet kau tu bertahan sampai kau terlantar macamni sebab kau sayang kat dia. Terima kasih taerin sebab ajar aku erti merelakan seseorang yang kita sayang pergi. Itulah apa yang aku buat sekarang. Aku takkan ganggu perasaan kau terhadap dia lagi. Aku akan pergi, pergi untuk bagi kau ketenangan dan masa." tambah Taeyong lagi. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir jua . Taerin dapat merasakan kehangatan mutiara jernih milik Taeyong.
"Aku dah banyak menyusahkan kau. Aku akan sambung belajar kat hongkong dan aku gerak harini. Aku dah tak sanggup nak tengok kau terlantar macamni. Semua tu buat aku makin benci kat jungkook. Aku minta maaf sebab terpaksa tinggalkan kau jauh macam mana kau pernah buat kat kau dulu. Rasa bersalah,rasa sebak rasa takut semuanya berlumba lumba nak masuk hati aku setiap kali aku nak buat keputusan untuk pergi. Aku harap kau maafkan aku kalau aku ada buat hati suci kau tu tersinggung sebab aku selama ni, lepas ni aku takkan halang kau untuk bebas sukakan sesiapa pun. Aku just nak kau janji dengan aku jangan ada satu air mata pun jatuh dari mata kau tu. Aku nak kau simpan untuk hari akan datang. Bila aku betul betul pergi dan masatu aku just macam jasad tak bernyawa lagi dah. Ingat! Aku sayangkan kau walau macam manapun keadaan kau,Taerin yang aku kenal tetap Taerin yang aku sayang. Bye. Jaga diri. Aku takkan lupakan kau, keikhlasan kau dah ubah hati aku Taerin. Terima kasih,Taerin..”luah taeyong sebelum tangan taerin dilepaskan.
Air mata taerin membuktikan telinganya yang sudah tak berupaya itu mendengar rintihan taeyong sebentar tadi. Lembut tangan Taeyong mennggodok pipi taerin yang basah dengan air mata itu. Dahi taerin dikucup sketika.
“enough taerin...aku dah kata kan tadi?dah! Senyum lebar lebar.”pesan taeyong sebelum bangun dan beredar.
"Taeyong! Sanggup kau nak tinggalkan aku dalam keadaan macam ni? Kau cakap kita ni kawan baik? Tapi kenapa kau tinggalkan aku dalam keadaan aku yang tak berupaya ni?! Jangan tinggalkan aku Taeyong! Jungkook! Tolong halang Taeyong!" Taerin seolah² meronta untuk dirinya dilepaskan agar dia dapat menghalang Taeyong.
Namun, langkah Taeyong terhenti sebaik sahaja susuk tubuh jungkook kelihatan.
“tenung muka dia lama lama. Sedar apa yang kau dah buat dekat dia sampai dia jadi macamni! Aku dah malas nak gaduh dengan kau thats why aku akan bagi masa kat kau, tapi ingat! Tak semestinya aku bagi kau peluang untuk sakitkan hati dia lagi”ujar taeyong lalu berlalu pergi meninggalkan jungkook yang serba salah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top