Fighting!
Hocher menguis² sayur mayo dengan sudunya kemudian diletakkan di atas pinggan Taerin. Taerin terkejut dan terus memandangnya.
"Ehee~ saya tak makan sayur tu .." Hocher tersengih. Ewahh! Dia pikir dia crush aku, dia boleh letak macam² atas pinggan aku?
Taerin memandang Taeyong yang sedari tadi menahan ketawa. Marah betul si Taerin. Hocher hanya buat tak tahu dan terus makan seperti biasa tanpa menghiraukan Taerin.
"kau apahal Taeyong?" soal Taerin sambil menjeling. Taeyong tersengih sambil menggelengkan kepalanya.
Selepas selesai mengisi perut, mereka pun terus pulang ke rumah masing². Taerin masuk ke biliknya dan menghempaskan tubuhnya di atas tilam empuk.
"penatnya!" keluh Taerin. Matanya cuba dipejam, namun muncul wajah Hocher di dalam fikirannya. Cerah terus matanya.
"Hocher? Kenapa kau buat aku jatuh cinta dengan kau? Kenapa kau comel sangat wahai makhluk bumi? Aihh! Tapi kau ni memang level innocent kot? Langsung tak pandai nak ber-sweet!" bebel Taerin seorang diri. Dia terbayang² wajah Hocher sedang tersenyum dan akhirnya dia tertidur.
skip
"Taeyong!!" jerit Taerin sambil berlari anak mendapatkan Taeyong.
"ehh? Kau ni kenapa?" soal Taeyong. Aku rasa, aku dah tak boleh pendamlah perasaan aku ni kat si Hocher tu. Em, kau rasa aku patut ke bagitahu dia pasal perasaan aku ni?"soal Taerin ingin mendengar pendapat Taeyong.
"Haih! Yahh Kang Taerin! Kau dah crushing kat dia setahun lebih tau tak? Sampai bila kau nak pendam perasaan tu? Aku rasa kau memang kena bagitahu dia secepat yang mungkin. Aku bukan apa, risaulah kalau dia dapat kat orang lain~" tutur Taeyong.
"Thanks eh bagi pendapat! Aku yakin aku boleh bagitahu dia perasaan sebenar aku!" Taerin terus berlari ke gelanggang tinju. Ya, Taerin seorang atlet dalam acara tinju. Dia satu²nya atlet perempuan yang menyertai kelab seni mempertahankan diri. Dia juga ialah jurulatih untuk ahli baru.
"nak ajak jumpa kat mana eh? Tapi pukul berapa?" Taerin berfikir sejenak. Dia menaip atas skrin telefonnya.
"Namsan Tower, jam 8.30 malam. Send!" Taerin tersenyum puas setelah menghantar pesanan kepada Hocher.
5 minit kemudian dia mendapat satu mesej.
"okay" - Hocher♡
"yes!!" Taerin melompat kegembiraan.
8.30 malam, di Namsan Tower ~
Taerin berdiri di depan Namsan Tower sambil menunggu Hocher. Senyumannya tidak lekang dari bibir.
"Hai? Lama tunggu? Maaflah, saya siapkan homework tadi." Hocher menyapa Taerin sambil tersenyum. Mereka masing² memakai baju tebal dan skarf dileher. Salji pertama sudah mulai turun. Begitu indah suasana malam itu. Mereka memandang ke langit serentak.
"wah! Yeppeuda~" puji Taerin sambil mengamati salji yang turun.
"Taerin, awak ajak saya jumpa ni ada apa?" soal Hocher.
"boleh tak kita berbual sambil berjalan?"
Hocher mengangguk. Mereka berdua mengatur langkah satu per satu, perlahan-lahan sambil menghirup udara segar.
"kemarin awak tanya saya ,kenapa saya selalu pandang awak dari jauh kan? Dan saya terdiam bila awak senyum pada saya .." Taerin memulakan percakapannya.
Hocher mengangguk.
"jadi memang betul?" soal Hocher.
"Ya. Saya tak nafikan,memang saya selalu pandang awak dari jauh, terdiam dan terkaku bila awak senyum. Awak nak tahu kenapa?"
Hocher mengangkat kening sambil memandang Taerin. Taerin menghentikan langkahnya dan menoleh ke arah Hocher. Hatinya dupdapdupdap saja ingin memberitahu perkara sebenar.
"Sudah setahun lebih,Hocher .. saya dah lama sukakan awak!" Taerin meneruskan kata²nya sambil memandang pokok di seberang jalan yang diliputi salji. Dia tidak mampu memandang wajah Hocher.
Perlahan² kepala Taerin ditolehkan menghadap wajah Hocher. Hocher mengukirkan senyuman.
"Kang Taerin, terima kasih sebab sukakan saya. Tapi .. saya minta maaf, saya tak berminat dengan gadis atlet." jelas Hocher dengan nada yang lembut.
Mata Taerin yang sudah berkaca menitiskan air mata. Dia tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh Hocher.
"jadi .. ? kenapa awak bagi saya harapan?" soal Taerin sambil memandang wajah Hocher.
"saya bagi harapan? Taerin, saya tak pernah bagi awak harapan. Saya layan awak macam saya layan orang lain. Saya minta maaf,saya pergi dulu." Hocher terus meninggal Taerin yang sedang menangis di tepi jalan.
"Yahh! Chae Hocheol! Neomu Saranghae!!!" jerit Taerin, namun Hocher langsung tidak menoleh, dia tetap meneruskan langkahnya. Semakin jauh dia menghilang dari pandangan Taerin.
"argghhhh!!!" Taerin menjerit sekuat hatinya. Dia masih tidak mampu berhenti menangis.
"Kang Taerin!!" Seorang lelaki berlari ke arah Taerin yang sedang menangis terduduk di tepi jalan.
"Taeyong ah!!!" Taerin menjerit dalam tangisan. Sampai sahaja Taeyong di depan Taerin, Taerin terus memeluk Taeyong.
"Taeyong!!" tangisnya didalam pelukan Taerin.
"kenapa kau ni , Taerin?" soal Taeyong sambil membalas pelukan Taerin.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top