Epilog
"Sayang,omma saya ada telefon tadi.Katanya nak adakan bbq dekat rumah.Awak ok ke?" soal Jimin sambil tangannya melingkar di pinggang isterinya.
Dia tersenyum apabila tangannya menyentuh baby bump isterinya yang sudah masuk 6 bulan.
"Saya ok je awak.Tapi Yunha dengan Rahee ada ke?"
"Yes,diorang datang dengan Jungkook and Taehyung.So awak ada teman lah dekat sana nanti.Tak lupa juga omma appa awak"
Mereka sudah menjalinkan hubungan suami isteri dalam 6 bulan.Dan dengan berita gembiranya Haesun mengandungkan anak pertama mereka.
Yang lain turut tumpang gembira.
Jimin pun sudah bekerja di syarikat ayahnya.Kalau nak tahu Taehyung dan Jungkook merupakan rakan kerja kongsi mereka dalam menjalankan syarikatnya.
Dan mereka berdua ini juga merupakan tunang kepada kawan Haesun dan sepupu Jimin,Rahee.
"Jom,kita bersiap.Nanti lambat pula" Jimin memegang erat tangan Haesun untuk membantu gadis itu berjalan.
-------
"Haesun,menantu omma.Sejak mengandung ni kan dah makin tembam tau.Geram omma tengok kamu ni" Puan Park memjemput anak dan menantunya untuk masuk ke dalam rumah.
"Biasa la omma,tengok suami dia siapa" Sampuk Jimin dibelakang.
"Kamu diam,omma tak cakap dengan kamu.Omma still marah sebab pernah sakitkan Haesun" Puan Park menjengilkan matanya.
"Apa ni omma,jangan lah ungkit.Tak baik tau.Kan sayang?"
"Takpe lah omma,Jimin dah insaf dah tu" Haesun cuba menolong suaminya.
"Ingat eh,kalau kamu buat lagi tak teragak-agak omma suruh kamu tidur di luar macam kejadian yang lepas" amaran Puan Park itu membuatkan Jimin kecut perut.
Sejak Rahee menjelaskan semuanya plan bodoh Jimin itu dekat Puan Park dan Tuan Park.
Memang Puan Park marah dan menyuruh Jimin untuk tidur diluar sampai demam teruk budak tu.
Yang geramnya habis Rahee sepupu Jimin terlibat sekali.Nasib lah mereka berdua habis kena marah dengan Puan Park.
Bila semua sudah ada,mereka memulakan bbq.Yunha,Rahee dan Haesun hanya duduk memerhatikan lelaki mereka membuat kerja.
"Yunha,Rahee ,Haesun jom makan" ajak Puan Park.Tuan Park pula sibuk menyediakan kamera untuk penggambaran mereka nanti.
Mereka sudah seperti keluarga.Puan Park dan Tuan Park menganggap Rahee dan Yunha serta Taehyung dan Jungkook sebagai anak mereka sendiri.
Puan Bae dan Tuan Bae,ada je mereka sibuk tengah decorate mana yang kurang.
Kecuali Puan Park melayan mereka bertiga.
Selepas bbq mereka menjamu selera.Ada saja yang ingin dicakapkan ,riuh dengan gelak ketawa mereka dibelakang halaman rumah keluarga Park.
"Ok,sekarang masanya kita nak ambil gambar keluarga.Jom,kami dah sediakan kerusi dan background yang cantik"
Dengan susunan Tuan dan Puan Park,Puan dan Tuan Bae di barisan hadapan.
Dibelakang Haesun dan Jimin di tengah-tengah dan yang lain di antara mereka.
"Ok,ready!" Tuan Park menekan set timer dan bergegas untuk duduk semula"
1
2
3
Klickk!
"Free style!!"
1
2
3
Klickk!
Mereka semua menunjukkan perut Haesun yang memboyot dengan ada muka yang ketawa,senyum gembira.
Akhirnya,dari sebuah kisah dimana dia membenci seseorang dan akhirnya mereka bersatu walaupun ada pahit manisnya.
Pelangi tidak akan ada jika tidak turunnya hujan.
-Tamat epilog-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top