5


"Amboi , muka tu berseri je omma nampak lepas tidur sekatil dengan Jimin tu" usik Puan Bae membuatkan kunyahan Haesun terhenti.

"Omma...... dah lah tu Hae nak makan ni nanti lambat pula nak datang sekolah"

"Laa...omma usik sikit je dah nak merajuk bagai.Shuhh..omma tak nak pujuk biar Jimin tu je pujuk kamu yang mengada ni" Puan dan Tuan Bae ketawa kecil bila melihat Haesun yang dah nak marah.

"Hah Hae...driver dah tunggu tu kamu pergi lah sekolah" ujar Tuan Kim.

Haesun mula bangkit dari kerusi dan mencium pipi kedua orang tuanya sebelum berangkat pergi sekolah.

"Awak , saya rasa lah kan budak Jimin tu memang ikhlas suka kan Hae tu..tapi awak pun faham kan Hae tu macam mana...dia takut di sakiti" Puan Bae tersenyum nipis.

-----

"Baiklah..hari ni cikgu nak umumkan ada murid baru.So harap janganlah buat perangai ya" Cikgu memanggil murid baru yang sedang menunggu di luar kelas.

Murid baru itu masuk dan berhenti di hadapan dan mula mengenalkan diri.

"Annyeong , saya Kim Rahee.Sila beri tunjuk ajar" dia menundukkan badannya dan tersenyum.

"Okay...kamu boleh duduk di belakang dan yang lain keluarkan buku maths dan buka muka surat 45"

Maka pembelajaran pun di mulai.

-----

Jimin yang baru saja ingin menuju kelas Haesun dengan tidak sengaja melanggar seorang gadis sehingga terduduk di buatnya.

"Rahee,aku nak kau tolong aku? Please,tapi jangan bagitahu mama aku ok?"

"Ha,apa yang kau nak sebenarnya?"

Jimin membisikkan sesuatu dekat Rahee dan pastinya itu rancangan gilanya.

"Dah aku kena pergi dulu nanti ada orang tengok"


-----

"Haesun...saya nak ajak awak jalan-jalan nak minggu ni??" ajak Jimin yang duduk di sisi Haesun.

"Ishh...kau ajak jelah mana-mana perempuan.Asalkan jangan bawa aku.Aku malas!"

Mereka berdua berada di rooftop sekolah.Kononnya Haesun nak bersendirian tapi si pengacau ni yang datang.

"Aloooo...please lah.Awak ni kan saya dah lama suka kan awak.Takkan awak tak nampak effort saya nak pikat awak.Memang awak taknak bagi saya peluang ke?" Ujar Jimin dengan nada yang sayu.

Terdiam Haesun dibuatnya.Dia bukan tak suka Jimin...tapi dia belum pasti akan perasaannya.Dia suka Jimin pun sikit je tak banyak.

Dia taknak bagi harapan dekat Jimin.

"A-aku...bukan taknak bagi kau peluang tapi yelah kan kau berhak dapat yang lebih baik dari aku.Aku just taknak buat kau kecewa dengan aku" Haesun bermain dengan jarinya.

"Takpelah kalau macam tu...kita dah jadi kawan pun tak apa kan?? Mana tahu jadi kawan lama-lama jadi suka" Jimin cuba menyenangkan hatinya.

"Okay...jadi aku akan ikut kau date minggu ni" Haesun tersenyum memandang Jimin.

Jimin mula mendekatkan muka dengan Haesun , Haesun mematikan senyumannya apabila jarak mereka sangat dekat.

Jantung dia macam nak terkeluar.Sudahlah dia malu dimana mereka berdua tidur sekatil waktu dia tengah demam panas.

"HAHAHAHAHAHAHA...first time saya tengok awak senyum depan saya.Selalu nya muka awak asyik dingin je dengan saya" Jimin menarik-narik pipi Haesun.

Menjerit kesakitan Haesun.

"Awww...eiii sakit lah!!!" Haesun memukul tangan Jimin.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top