16 [Ending]


Semua orang sudah berada di ward Haesun ditempatkan.Masing-masing mengalirkan air mata.

Puan Bae menangis teruk , Tuan Bae mengusap belakang isterinya.Susah nak merelakan kepergian satu-satunya anak perempuan mereka.

"Hae...bangunlah nak.Jangan buat kami macam ni.Semua orang tak nak kehilangan Hae..." ujar Puan Bae.

Yunha dan Rahee serta jururawat yang berada di ward itu merasa kasihan.

Yunha menangis di ikuti Rahee.Yunha dah tahu cerita sebenar dari mulut Rahee.

Tambahan pula Puan Bae terkejut dengan kehadiran Rahee,anak kepada adiknya.

Rahee memberitahu kepada makcik nya untuk memberikan dia peluang untuk menjelaskan semuanya.

Jimin merempuh pintu bilik itu dengan kasar.

"HAESUN!!!! " Jimin menggoncang badan Haesun.Tapi hanya sia-sia.Haesun bukannya bangun.

"HAESUN...JANGANLAH MACAM NI...BANGUNLAH..TOLONG JANGAN BUAT SAYA MACAM NI...HIKSSS...SAYA CINTAKAN AWAK SAYANG.BANGUNLAH!!!" Jimin menangis , dia merehatkan kepalanya di sisi katil.Tersedu-sedan dia menangis.

Puan Bae berundur kebelakang dibantu Tuan Bae ,memberi ruang kepada Jimin.

Doktor mula menghampiri Jimin.Dia menepuk bahu Jimin.

"Maaf,saya rasa ...kami patut matikan semua mesin ni.Maafkan saya sebab tak dapat nak selamatkan cik Haesun.Tapi kami dah buat yang terbaik"

Tiga orang jururawat mengangguk setuju.

"Takpela...memang ni dah di takdirkan oleh Tuhan.Mungkin Tuhan lebih sayangkan anak saya...saya dan isteri ikhlaskan semuanya"  Tuan Bae menarik Puan Bae dalam pelukannya.

Semakin teruk mereka menangis.

Jimin sempat mencium lama bibir pucat Haesun serta dahinya sebelum dia keluar dari ward tu.

"Semoga awak tenang,sayang.Tunggu saya" bisik Jimin lembut.

Lepas tu , dia keluar dari ward tu.Dia tak sanggup melihat depan matanya.

Biar dia menenangkan dirinya di taman yang berada di Hospital.

Dia harap Tuhan beri keajaiban pada Haesun.Jika Haesun hidup , dia bersumpah dia tidak akan mensia-siakan lagi Haesun.

Sakit itu hanya dia yang menanggung seorang diri.

Dia terduduk lemah di satu bangku.Di taman itu kebanyakkan kanak-kanak yang sedang gembira bermain manakala dia sedang bersedih.

Semakin dia cuba berhenti menangis semakin banyak air matanya yang menitis.

Lama dia berdiam diri , dia terasa seseorang duduk di sebelahnya.Biarlah orang nak duduk ke apa dia tak peduli.

Tapi dia perasan orang tu asyik tengok dia je.Orang tu duduk di kerusi roda.

Memang sah lah dia pesakit di sini.

"Jimin..."

Jimin yang tadi menutup matanya kini membuka kembali matanya.

Dia macam kenal suara ni.Macam suara orang yang dia cintai.

Tapi mana mungkin Haesun akan berada di sebelahnya.Sedangkan gadis itu tadinya berada di ward.

Menunggu masa je lagi.Takkan dah hidup balik.

"Jimin...awak tak rindu saya ke , hmm?"

Jimin mengetap bibirnya.Matanya masih belum memandang orang itu.

"Haesun..kau pergilah dengan tenang .Aku ikhlas.Walaupun sebenarnya susah aku nak terima" kepala masih di tundukkan.

"Saya hidup lagi Jimin.Saya Bae Haesun seorang gadis yang awak cintakan separuh mati"

Jimin masih tidak percaya akan kata-katanya.

Gadis itu sekarang sudah berada si depan Jimin.Dia mengangkat dagu Jimin.

Gadis itu tersenyum.Comel bila Jimin ni menangis.Jimin perlahan-lahan membuka matanya perlahan-lahan.

Orang yang di depan matanya memang Haesun,buah hatinya.

"Ishh..tak hensem dah sebab menangis" Haesun mengesat air mata Jimin.

"A-awak hidup lagi ke , sayang???" Tangan Jimin terketar-ketar nak pegang wajah Haesun.

Takut tu roh Haesun.

Jimin tersenyum gembira bila dia dapat tahu Haesun hidup lagi.Gembira yang tak dapat di gambarkan.

"Ya,depan Park Jimin ni betul-betul saya" Haesun mengangguk kepalanya senyumannya tidak pernah hilang di bibirnya.

"Yah! Awak janganlah buat macam ni.Orang tengok malulah!" Haesun menampar bahu Jimin apabila Jimin mengangkat dia bridal style.

Dia meletakkan Haesun di ribanya.Sekarang kerusi roda itu ditendangnya jauh-jauh.

"Sayang,saya ada mimpi hari tu yang sayang ada dekat taman dengan saya.Awak cakap awak nak tinggalkan saya.Waktu tu saya memang takut sangat-sangat" Jimin menyelitkan rambut Haesun di belakang telinga.

"Mimpi tu just mainan tidur.Sekarang ni saya dah ada depan mata awak.Bukan hantu atau roh" Tangan Haesun nakal mula bermain dengan rambut panjang Jimin.

"Awak tak nak potong rambut ke? Panjang sangat dah rambut awak ni" ujar Haesun.

"Saya tak ada masa nak potong rambut , sayang.Dengan keadaan awak yang....." Jimin tidak mahu menyambung kata-katanya.

Perkara itu sangat memberi kesan yang sangat mendalam.

"Nanti saya bawa awak potong rambut" balas Haesun.

Tiba-tiba Jimin menarik belakang badan Haesun membuatkan jarak mereka sangat dekat.

Membulat mata Haesun.Tapi selepas itu lengannya di lingkarkan di leher Jimin.

Mereka bertentang mata buat seketika sebelum Jimin melumat bibir Haesun dengan kasar.

Ciuman rindu.

Haesun menutup mata-matanya apabila merasakan bibirnya bertemu dengan Jimin.

Mereka berdua tersenyum dalam ciuman hangat itu.

"I love you , sayang"

"I love you too"

Siapa sangka dulu orang yang di bencinya sekarang sudah menjadi pasangan yang terlebih bahagia.

Betul kata orang, jangan terlalu benci takut nanti jatuh suka.

The End .

Akhirnya ff ni tamat juga.Sakit kepala nak fikirkan idea nak buat chapter ni.

Entah sedih ke tak.Aku tak tahu.Aku tak pandai buat ending yang sedih.Still noob lagi dalam menulis.

Maka , tamatlah ff ni di chapter yang ke-16.Thank you readers Hate , mana-mana yang sudi vote , comment and letak kat RL tu memang aku hargai sangat-sangat ❤😚😭.

Aku tahu ff ni tak seberapa.Nak katakan best pun tak.Kepada silent readers tu thank you ...even tak vote,comment ke apa tu dah dikira support sebab dah baca ff ni.

So,tunggu next chap akan ada epilog.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top