1


Pagi yang tidak indah bagi seorang gadis yang cantik lagikan comel, Bae Haesun.

Boleh di katakan dia nak saja berhenti sekolah dan berkurung dalam rumah.Nak tahu kenapa?

Setiap hari , pagi , petang,malam ,subuh dia asyik di ganggu oleh lelaki yang perwatakannya badan kecil , setiap kali senyum terbentuklah eye smile nya yang mampu membuat semua gadis nazak.

Pelik kan??? Kalau gadis di luar sana benda itu lah yang paling di sukai sebab jejaka yang kacak tak berhenti nak kacau.

Tapi kalau gadis ni...hah! Dia selalu kena kacau , rasa macam nak dikubur hidup-hidup.

Dia punya marah tu boleh gugur segala bulu-bulu ---- i mean rambut.

Tapi bagi lelaki itu,benda biasalah kalau kena marah dengan perempuan.

Lagilah dia suka asyik kena marah dengan crush tercinta.

Sekarang,Haesun berjalan kaki menuju ke sekolahnya.Malas nak susahkan driver mama papa dia.

Haesun ni boleh dikatakan orang berada.Setakat petik jari , terus benda tu ada depan mata kau.Itulah hidup jadi orang kaya.

Tapi dia ni tak suka lah nak riak akan kekayaan,sebab bukan dia yang kaya , yang kaya pun mak ayah dia.Dia hanya menumpang je.

Haesun memuncungkan mulutnya kedepan.Dia.taknak.pergi.sekolah.titik!.

Kau tunggu je , kejap lagi dia akan kena kacau.Kau tunggu eh!.

Haesun yang tengah tengok cermin kecilnya,dia mengecilkan matanya memandang kereta yang berada tidak jauh dari belakangnya.

I mean dia tengok kereta tu dari pantulan cermin kecilnya and kereta tu ada kat belakang.

'Shit!!!! Kenapa dia ikut aku ni???.This is the worst day ever!!!'

Haesun mempercepatkan langkahnya ke depan dan dia dapat rasakan kereta itu mula mengikutinya dengan kelajuan yang sederhana.

Sehinggalah kereta itu betul-betul berhenti di hadapannya.Haesun mengetap bibirnya dan menguak rambutnya ke belakang.

Peluh sudah penuh di dahi.Penat.Pagi-pagi dah buat dia berpeluh.

Dia cuba melarikan pandangannya ke arah lain apabila dia nampak lelaki itu mula keluar dari perut kereta.

Nak lari,pasti dia akan dihalang juga.

Haesun mengerutkan dahinya apabila dia merasakan ada benda yang melekat dekat dahinya.

Lepastu pergi dekat tempat lain yang berpeluh.

'Nak acah sweet depan aku ke dia ni?? Aku tak termakan lah dengan sweet kau tu'

Ya,lelaki itu sedang lap peluh Haesun yang berada di dahi dan dekat leher.

Apabila lelaki itu hendak lap peluh dekat leher Haesun.Lelaki itu meneguk liur sehingga bergerak halkumnya.

Haesun yang merasa tidak selesa itu menolak kasar badan lelaki itu.

"KAU BUAT APA HAH???? DAHLAH JANGAN GANGGU AKU SEHARI NI BOLEH TAK???? BENCI , BENCI , BENCI!!!!!!" Haesun menghentakkan kakinya dan meninggalkan lelaki itu di belakang.

Lelaki itu hanya tersenyum suka.Suka menganggu gadis kesayangannya.Tapi senyumannya terhenti apabila gadis itu mengatakakan benci kepadanya.

'Sayang aku ni,jangan benci lama-lama tau.Nanti meroyan pulak bila dah jatuh suka dekat aku'

'Tapi kan..dia tu nampak hot lah dengan peluh.Nasib aku tak terkam kau!!'

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top