27
2 hari kemudian
"Aish,sedih betul hidup aku hari ni" Jaehee mencebik.Baru dia semangat nak balik rumah tapi lain pulak jadi.Tiba ii je omma dan appa dia ada hal.Jadi,tak boleh jemput dia kat hospital.
Jaehee menempatkan semua barangnya di tepi katil lalu duduk di sofa.Menunggu orang yang bakal menjemputnya.Tadi ommanya cakap,ada orang lain akan jemput dia.
"Siapa eh?Soobin ke?" dia berfikir sendiri.Hampir 10 minit menunggu,pintu biliknya diketuk sebelum dikuak dari luar.Seorang namja masuk sambil tersenyum lebar ke arah Jaehee.
"Kajja kita balik" dengan selamba,bagasi di pegangan Jaehee dicapai dan beg kecil di sudut katil disangkut ke jari jemarinya. Mengabaikan pandangan terkejut dari Kim Jaehee.
"Hey,kenapa muka awak macam tu?" Seungcheol tergelak kecil.
"Kenapa awak datang sini?"
"Nak jemput awaklah
"Appa saya tahu ke?Omma?" Jaehee agak bimbang.Nanti tak pasal ii omma dia buat laporan dia diculik lelaki.Tak ke femes dia nanti?
"Eh diorang yang mintak saya tolong jemputkan.Saya apalagi,on terus" Seungcheol tersengih sambil mengangkat kening. Automatik,Jaehee ternganga lagi.
"Bila awak rapat dengan parents saya?" Jaehee cuba mendekatkan wajahnya dengan Seungcheol.Oleh sebab ketinggian mereka jauh beza,dia agak terjengket.
Seungcheol mencubit perlahan hidung Jaehee sebelum dia ketawa.
"Yah!Kenapa cubit hidung saya?!" Jaehee menjerit kecil.Jarinya sibuk menggosok hidungnya yang mula kemerahan.
"Siapa suruh comel sangat?" jawab Seungcheol selamba.Tangannya meyerabaikan rambut Jaehee yang kemas terikat.
"Yahhh Choi Seungcheol!!"
_____________
Jaehee memasamkan muka sambil memalingkan wajah ke luar tingkap.Geram dia dengan sikap Seungcheol.Annoying tu tetap ada,tak habis ii.
Seungcheol yang sedang memandu itu mencuri pandang yeoja di sebelahnya. Comel,lagi ii bila merajuk macam tu.Dia tersenyum sebelum meneruskan pemanduan.
Lebih kurang setengah jam,Seungcheol memberhentikan keretanya di parking sebuah mall.
"Kenapa awak berhenti dekat sini?" Jaehee menyoal masih dengan nada merajuk.Pelik jugak dia.
"Tadi saya teruja sangat nak jemput awak sampai lupa nak makan"
"So?"
"Teman saya makan boleh?"
"Kalau tak nak?"
Seungcheol mengangkat bahu sebelum dia keluar dari kereta dan berjalan meninggalkan Jaehee di dalam kereta bersama mask hitam yang sedari tadi terletak elok di muka tampannya.
"YAH!" Jaehee kalut keluar dari kereta dan menyaingi langkah Seungcheol di hadapan.Tak lupa mask di dalam beg tangan dicapai dan dipakai laju.
"Kejamlah awak ni!" Jaehee memukul lengan Seungcheol perlahan dan dibalas dengan suara mengaduh.
Sampai di pintu masuk mall,Jaehee terasa seperti dejavu.Entah kenapa dia rasa macam familiar dengan situasi sekarang.Matanya cuma melihat Seungcheol yang memicit bahagian atas botol hand sanitizer yang disediakan.
"Jaehee?Awak tak nak ke?" suara Seungcheol mengejutkan Jaehee.Lantas dia turut melakukan perkara sama sebelum mereka masuk ke dalam.
"Awak" panggil Seungcheol tiba ii.
"Hm?"
"Ingat tak?"
"Ingat apa?"
"Kejadian dekat pintu masuk mall hari tu.Takkan dah lupa~"
Wajah Jaehee memerah.Kalau boleh dia tak nak ingat peristiwa memalukan tu.
"Mestilah ingat.Malu saya tahu?" Jaehee memegang pipinya yang terasa sedikit panas.
Seungcheol tergelak dan secara refleks tangannya melingkar di bahu Jaehee yang lebih rendah darinya.Jaehee terkejut,tapi dia hanya membiarkan sahaja.
"Awak tahu tak kisah kita macam drama?"
"Maksud awak?" Jaehee memandang wajah Seungcheol.Tangan kirinya menggapai tangan kiri Seungcheol yang direhatkan di bahunya.Seolah olah pasangan kekasih.
"Kita jumpa sebab sebotol hand sanitizer je.Lepas tu sampai kita jadi pekerja dan majikan" Seungcheol berjeda seketika.
"Dan sekarang,kita datang balik dekat tempat sama bersama" Seungcheol menurunkan tangannya di bahu Jaehee dan menggenggam tangan yeoja di sisinya.Seketika,mereka berhenti.Seungcheol memandang tepat ke anak mata Jaehee.
"Kita dah mulakannya bersama,macam mana dengan pengakhirannya?"
_____________
Jaehee termenung sepanjang perjalanan balik dari makan tadi.Otaknya asyik berfikir pasal ayat Seungcheol tadi.Matanya lurus memandang ke hadapan namun mindanya melayang entah ke mana.
"Awak ada nak pergi mana ii lagi ke?" Seungcheol menyoal sambil matanya terus menatap jalan raya yang agak sibuk.
Jaehee tidak menjawab.Dia masih mengelamun.
"Jaehee?Yuhuu?"
Yeoja itu tersentak sebelum berpaling ke arah Seungcheol yang tersenyum.
"Awak cakap dengan saya ke?"
"Iye,saya tanya awak ada nak pergi mana ii ke?Ni baru pukul 11.30 pagi" Seungcheol memandang sekejap wajah Jaehee yang kelihatan berfikir.
"Tak payahlah.Awak hantar je saya terus balik rumah.Kesian awak,mesti banyak benda nak handle pasal syarikat tu"
"Betul tu,saya memang sibuk akhir ii ni" Seungcheol tersenyum di sebalik masknya.Jari jemarinya mengetuk stereng kereta perlahan.
Jaehee terdiam.Agak kecewa.Baru je dia berangan nak pergi jalan ii.
"Saya sibuk berfikir macam mana nak luangkan masa dengan yeoja kesayangan saya dengan sebaiknya.Tolong saya boleh kan?"
"Huh?" Jaehee kurang faham,namun pipi dia dah merah.
"Boleh?Gumawo!" serentak dengan itu,Seungcheol menarik brek tangan.Memberhentikan keretanya dekat dengan satu kawasan funfair.
Mereka turun daripada kereta.Seungcheol dengan wajah excited dan Jaehee dengan wajah blur.
"Kenapa kita-
"Kajja!" Seungcheol terus menarik tangan Jaehee,menuju ke pintu masuk.
Jaehee cukup teruja sepanjang di sana.Boleh dikatakan semua permainan dia try.
"Awak sabarlah,saya penat dah ni"
"Kajja Seungcheol-ssi!Saya tak sabar nak naik roller coaster tu!"
"Roller coaster?!Tanakk!"
Jaehee terus menarik tangan Seungcheol supaya mengikutinya ke setiap permainan yang menarik perhatian.Naik pening anak Choi tu.
"Yeayy!Saya dapat teddy bear!" Jaehee bersorak siang di depan kedai memanah.Dia baru je menang hadiah.
"Eyy saya pun nak jugak!"
"Mainlah.Menang sendiri" Jaehee ketawa kejam.
Namja itu berdecit geram.Mana taknya,ni dah masuk 3 round dia main tapi still tak menang.Anak panahnya asyik terpesong ke tepi.
"Ish tak dapat pun!" dahinya berkerut.Malulah dia kalau boleh kalah dengan Jaehee yang perempuan.
"Sini,biar saya ajar" Jaehee meletakkan teddy bearnya ke tepi dan mengambil anak panah di sebelah Seungcheol.
"Awak dekatkan busur dekat mata,lepastu tarik.Jangan laju sangat.Fokus dekat sasaran awak.Boleh?" Jaehee menunjukkan cara bermain dan diikuti Seungcheol.
Seterusnya,mereka bergerak ke permainan lain dengan Seungcheol yang bangga memeluk anak patung unta milknya.
"OMMA HANTU NI NAK CABUL CHEOL" Seungcheol menjerit nyaring.Pengunjung lain habis tengok dia.Petugas yang menyamar jadi hantu tu pun naik seram.
Jaehee sedari tadi memegang telefonnya,merakam gelagat Seungcheol yang asyik bersembunyi di belakangnya setiap kali hantu badut melintas.Sesekali dia tergelak besar.
"HUWAA ADA HANTU KIMCHI" sekali lagi Seungcheol menjerit.
"Yah apalah awak ni!"
Jam dah menunjukkan pukul 4.30 petang.Seungcheol dan Jaehee sedang duduk di bangku yang disediakan sambil berehat.
"Saya tak tahu pulak awak ni penakut!" Jaehee tersenyum senyum memandang wajah merah Seungcheol.
"Bukanlah!Saya bukan penakut,terkejut je"
"Comellah awak ni!" ujar Jaehee tanpa sedar.Dia masih fokus pada ice blended di tangannya.Kemudian,perhatiannya beralih pula pada patung beruang di ribanya.
Seungcheol tersenyum senang memandang Jaehee yang cukup gembira.Tak pernah lagi dia nampak Jaehee segembira ni.
"Eh,dah lewatlah" Jaehee bersuara sebaik sahaja dia melihat jam tangannya.
"Awak dah nak balik?"
Jaehee mengangguk.Bimbang jugak dia kalau omma dan appa tertunggu tunggu dekat rumah.
"Boleh,tapi lepas ni kita pergi satu tenpat lagi.Sekejap ke promise"
"Iyelah wakk"
_____________
"Pantai?"
"Iye,kenapa?Tak suka ke?"
"Ah,ani.Saya cuma pelik" Seungcheol mengangguk sedikit sebelum melepaskan seatbelt nya dan mereka sama ii turun dari kereta.
Mereka berjalan di sepaniang pantai.Membiarkan hempasan ombak membasahi kedua kaki.Dalam 30 langkah berjalan,mereka duduk di atas batu berhampiran pantai.
"Jaehee" Seungcheol memanggil nama yeoja yang sedang tersenyum lebar apabila air laut menyentuh hujung kakinya.
"Ye saya?" jawab Jaehee tanpa mengalihkan perhatiannya.
"Gumawo" Jaehee mengangkat wajah memandang Seungcheol.
"Sebab apa?Patutnya saya yang berterima kasih dekat awak sebab bawak saya jalan ii hari ni" Jaehee memandang wajah Seungcheol hairan.
Seungcheol yang mendengarnya tersenyum nipis.Tangannya naik membelai rambut Jaehee yang sesekali beralun ditiup angin.
"Terima kasih sebab sudi luangkan masa seharian dengan saya hari ni.Saya hargai sangat" namja itu tersenyum sambil memandang ombak laut di hadapan.
Jaehee terpegun melihat wajah Seungcheol dari bahagian tepi.Rambut kecoklatannya bersinar di bawah cahaya matahari.Ditambah pula mask hitam yang berada di dagunya dan seulas bibir merah yang menguntum senyum.
"Saya harap,hubungan kita tak sampai sini je"
"S-saya pun" ucap Jaehee,dalam diam dia menyuarakan perasaan hatinya.
"Dan saya harap,hubungan kita akan pergi lebih jauh dan serius dari sekarang" Seungcheol menyambung ayatnya dan automatik,Jaehee terdiam.
Dia faham apa maksud tu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top