25
Pukul 8 pagi tadi,Jaehee dah sah bergelar CEO di Kim's Holding.Sekarang, dia dan appanya sibuk memeriksa persediaan menyambut tetamu VIP yang bakal tiba memandangkan masa berbaki setengah jam sebelum majlis perasmian gazebo bermula.
"Jae,duduklah.Rehat dulu.Anak buah Jae dah urus semua"
"Ok appa" Jaehee akur dan duduk di meja bulat berdekatan gazebo yang gah berdiri tersebut.
Di situlah dia bakal merasmikan gazebo buatan C.Cheol company.Mengingatkan seseorang,bibir Jaehee menguntum senyum.
"Kenapa anak omma ni senyum sorang ii?" ommanya yang turut duduk semeja dengannya mencuit Jaehee.
"Takde apalah omma~" ujar Jaehee dengan suara meleretnya.Omma dan appanya hanya menggeleng sebelum kembali berbual.Meja itu cukup untuk menempatkan 10 orang, namun kerana terikat pada SOP,hanya 5 kerusi yang disediakan.
Jaehee memandang appanya yang sibuk berbincang dengan 2 orang kepercayaannya dalam syarikat di meja yang sama,merangkap secretary dan orang kanan appanya yang bakal bekerja dengannya nanti.Ommanya pula kelihatan sibuk mengambil gambar gazebo.
"Mana dia ni?Takkan tak datang kut" Jaehee bergumam sambil matanya meliar ke sekeliling.Mencari seseorang yang kehadirannya pada pagi ini sangat penting.
Seorang namja yang bersut hitam di meja sebelah melambaikan tangannya apabila mereka bertentang mata.Namja itu menurunkan sedikit masknya dan melemparkan senyum.
"Seungcheol" Jaehee menyebut nama itu sekilas.Dia agak terpegun melihat ketampanan lelaki itu dalam pakaian formal.Memanglah dulu dia dah biasa tengok tapi hari ni aura dia lain.
Matanya jatuh pada seorang lagi namja di sebelah Seungcheol yang turut melambai. Soobin.Jaehee sekadar membalas lambaian itu dengan isyarat peace dan kembali menghadap mejanya.Sekurang kurangnya dia tahu Seungcheol datang.
Tidak lama kemudian,majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengacara majlis.Para wartawan dan jurukamera mula sibuk melakukan tugas masing ii.
"Baiklah,tanpa melengahkan masa saya menjemput Mr Kim untuk memulakan perasmian" serentak dengan itu,semua mata tertumpu pada meja paling dekat dengan gazebo,iaitu meja Jaehee.
Tuan Kim berjalan ke rostrum di hadapan tetamu dan mula memberi ucapan alu aluan.Semua tetamu memberikan perhatian.Namun,Jaehee perasan ada sepasang mata yang salah alamat perhatian.
Dari tadi dia perasan namja di meja sebelah sedang asyik memerhatikannya.Seolah olah dia yang sedang bercakap sekarang. Perlahan,Jaehee melirik orang tersebut dan betul sangkaannya.
Seungcheol sedang melihatnya tanpa berkelip.Jaehee pantas melarikan pandangan dan berpura pura fokus pada appanya yang masih berucap.Entah kenapa pandangan Seungcheol nampak serius walaupun muka namja itu ditutupi mask,dia dapat membaca riak serius tersebut.
"Sekarang,saya menjemput CEO baru kita merangkap anak saya dan CEO Choi untuk memotong reben" Tuan Kim memandang Jaehee yang terkejut sambil tersenyum.
Jaehee berdiri apabila ommanya mencuitnya.Dia tak sangka appanya beri peluang pada dia untuk upacara memotong reben.Seungcheol yang sudah berdiri di hadapan mejanya menunggu Jaehee.
"Shall we?" Seungcheol mempelawa Jaehee untuk berjalan bersama.
Jaehee mengangguk dan mereka beriringan berjalan di atas permaidani merah menuju ke gazebo yang cantik diikat reben di antara tiangnya.Sepanjang perjalanan,dia terasa seperti pasangan suami isteri yang baru berkahwin.
Mana taknya,pakaian mereka sedondon dengan dress hitam Jaehee yang agak labuh di bahagain belakang dan manik halus yang melingkar di bahagian pinggangnya.Padan dengan sut hitam Seungcheol bersama tuxedo.Ditambah lagi cahaya kamera yang tidak putus ii.
"Here,Mr Choi" petugas yang memegang dulang itu bersuara.
Seungcheol mengambil gunting itu dengan berhati hati.Dia menunggu Jaehee yang seakan akan terkejut dari mula mereka berjalan bersama
"Jaehee?" Seungcheol berbisik,menghentikan lamunan Jaehee.
Yeoja itu lantas menggerakkan tangan.Oleh sebab pemegang gunting agak kecil untuk dipegang dua orang,Jaehee mahu tak mahu terpaksa meletakkan tangannya di atas tangan Seungcheol.Seolah olah mereka sedang berpegangangan tangan.
Popp!
Bunyi letupan kecil berbunyi diiringi confetti yang berterbangan di udara sebaik sahaja reben dipotong.Lensa kamera makin galak merakam momen di mana Seungcheol dan Jaehee berdiri di hadapan gazebo yang elegan tersebut.
Baru sahaja Jaehee ingin kembali ke tempat duduk,Seungcheol memanggilnya.
"Jakkaman" namja itu membuka mask hitamnya dan memandang para tetamu. Jaehee yang kehairanan hanya berdiri di samping Seungcheol memandangkan namja itu yang meminta.
"Maaf kalau saya mengganggu tapi saya ada kejutan sikit untuk semua hari ni" Seungcheol tersenyum manis sambil memandang wajah tetamu yang kehairanan.
"Awak nak buat apa ni?" Jaehee yang turut pelik menyoal separa berbisik.
Seungcheol berpaling ke tepi menghadap wajah comel Jaehee.Senyuman manis masih tidak lekang dari wajahnya.
"Saya ada hadiah istimewa untuk awak" balas Seungcheol,juga separuh berbisik.
"Iye,tapi bukan sekarang.Nanti semua orang tahu lah"
"Tapi,saya nak semua orang tahu saya bagi awak hadiah ni"
"Huh?" Jaehee bingung.Tambah mengejutkan apabila Seungcheol tiba ii berlutut di hadapannya dan mengeluarkan kotak baldu dari poket kotnya.
"A-awak-
"Kim Jaehee,sudikah awak menjadi teman hidup saya untuk selamanya?"
Serentak dengan ucapan itu,para tetamu mula bising.Rata ratanya menyuruh Jaehee untuk menerimanya.Cahaya dari kamera pula makin dihalakan ke arah mereka berdua.
Jaehee yang sangat terkejut dilamar di khalayak ramai itu terkaku.Jantungnya berdegup laju.Tidak pernah dalam hidupnya dia rasa macam ni.Dia dapat melihat omma dan appanya yang tersenyum memandangnya. Malah,mata ommanya dah basah dengan air mata.Appanya pula mengangguk,seakan menyuruhnya menerima lamaran tersebut
Jaehee kembali memandang Seungcheol yang berlutut di hadapannya.Jelas namja itu sangat bersungguh sungguh.Tidak dihiraukan kasut kulit mahalnya yang bakal rosak dan kakinya yang bakal lenguh.
"S-sa-saya" Jaehee mati kata.Tiba ii air matanya mengalir keluar.Dia lantas menanggalkan masknya dan menunduk memandang Seungcheol.Nafasnya ditarik panjang.Dia dah fikir masak ii dan dah dapat jawapan.Dengan kekuatan yang dikumpulnya,dia menyusun kata.
"Maafkan saya..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top