Jaehee memandang pintu masuk gah syarikat dihadapannya sambil menghembus nafas berat.Suasana petang itu cukup lengang kerana sudah habis waktu bekerja.
" Calm down, Jaehee. Kau cuma datang makan, borak, sembang pastu kau blah "
Dengan langkah yang agak berat, dia masuk ke dalam bangunan yang pernah menjadi tempat kerjanya. Kakinya pantas menuju ke arah lif dan menekan butang.
Disebabkan Jaehee keluar dari syarikat ni secara mengejut, San bagitahu Soobin untuk jemput Jaehee datang. Mereka nak buat jamuan sikit dengan team pemasaran.
Ting!
Pintu lif terbuka dan Jaehee melangkah masuk ke dalam. Baru sahaja pintu lif ingin tertutup rapat, satu tangan menghalangnya dan pintu kembali terbuka luas.
Dengan selamba, Seungcheol berjalan masuk ke dalam sambil matanya menatap telefon pintar.
Jaehee terkejut, cepat ii dia beranjak ke belakang dan pura ii berpaling ke arah lain.
" Kenapa tak balik lagi? " soal Seungcheol tiba ii dengan mata yang masih menatap skrin telefon.
Jaehee cuma diam. Bukan berniat kurang ajar tapi dia tak tahu nak jawab apa.
" Awak dari unit mana ni? Kan dah lewat, takkan ketua awak tak bagi balik lagi?" Seungcheol menyoal lagi tanpa berpaling ke belakang.
" Saya... "
" Hmm? " Seungcheol yang berasa pelik lantas berpaling.
" Kim Jaehee? Apa awak buat dekat sini? "
" Bekas ketua saya nak jumpa... "
Hening, suasana kembali sunyi.
" Jaehee-ssi? "
" Y-ya? "
" Boleh saya tanya awak satu soalan? "
Jaehee masih diam, namun dia mengangguk kecil.
" Ruang untuk saya dalam hati awak dah hilang ke? "
Jaehee mengangkat kepalanya memandang mata Seungcheol.
" Kita tak payah cakap pasal hal ni hari ni please? "
" Kalau tak hari ni bila lagi? Bila lagi kita boleh jumpa? Nak ke awak jumpa saya lepas ni? " Seungcheol menjawab dengan nada kesal.
" Saya rasa itu soalan yang melibatkan privasi, jadi saya tak boleh jawab. Maaf "
" Susah sangat ke awak nak mengaku yang awak cintakan saya? " Seungcheol memandang tajam wajah Jaehee. Egonya sedikit tercabar.
" Susah sangat ke awak nak pertahankan perasaan awak tu? Kenapa awak suka sangat seksa perasaan sendiri? " ujar Seungcheol dengan suara tegasnya.
" Saya sanggup mengaku dekat eomma dan bakal isteri saya yang saya tak nak kahwin dengan dia "
" Saya sanggup batalkan perkahwinan yang omma saya mintak "
" Sebab apa? Sebab saya ni dah lama jatuh cinta dengan seorang yeojayang hanya diam tengok saya hampir kahwin dengan orang lain! "
" S-seungcheol... "
" SAYA CINTAKAN AWAK JAEHEE SEMUA YANG SAYA BUAT SELAMA NI HANYA UNTUK SAYA LUPAKAN AWAK TERMASUKLAH PECAT AWAK DARI SYARIKAT NI AWAK TAHU TAK? "
Jaehee terkaku di tempatnya. Jadi betullah apa yang Minjun cakap. Rupanya dia tak bertepuk sebelah tangan.
" Seung -
Bang! Bam!
Jaehee terjerit kecil kerana terkejut. Lampu lif tiba ii terpadam.
" Damn. Lif stuck " Seungcheol berdecit. Telefonnya kembali dicapai dan menghubungi seseorang. Selepas itu, pandangannya kembali terhala pada Jaehee di sudut lif.
" Mianhae, saya tak sengaja tinggikan suara tadi "
" T-takpe "
" Jaehee-ssi, tak boleh ke kalau kita mulakan dari awal? "
" A-apa? "
Seungcheol berdiri tepat di hadapan Jaehee dan meraih tangan kecil yeoja tersebut.
" Tolong terima saya dalam hidup awak. Saya akan bahagiakan awak, Jaehee. Saya akan cintakan awak sepenuh hati. Saya janji " ujar Seungcheol ikhlas. Matanya menatap lurus mata Jaehee dalam keadaan gelap tersebut.
Jaehee terdiam. Bukan dia tak bahagia sekarang tapi dia tiba ii rasa pelik dengan badan dia. Pandangannya mula menjadi gelap gelita dan kepalanya pening.
" Jaehee? Neo gwaenchana? " soal Seungcheol cemas. Tangan Jaehee yang digenggamnya terasa sejuk.
" Jaehee? Kim Jaehee? " Seungcheol menepuk nepuk pipi Jaehee yang tertutup matanya. Yeoja itu tiba ii seperti hilang daya.
" Irreona Kim Jaehee-ssi! " Seungcheol gelabah.
" Kau bodoh Cheol! Pabo! " Seungcheol mengutuk dirinya sendiri. Perlahan, dia memangku kepala Jaehee di atas ribanya sambil menunggu lif dibuka.
" Jeongmal mianhae Kim Jaehee-ssi" Seungcheol menangis.
Tanpa sedar, setitik air matanya jatuh ke pipi Jaehee yang masih tidak sedarian diri.
━━━━━
Seungcheol mundar mandir di hadapan pintu wad. Wajahnya cukup kusut.Usai sahaja lif berjaya dibuka, dia bergegas membawa Jaehee ke hospital dan kini yeoja itu sedang diperiksa oleh doktor.
" Jebal jangan jadi apa ii dekat dia " bibirnya tak habis ii menggumam benda yang sama. Dia tak senang duduk.
" Hyung! " San berlari ke arahnya dengan wajah cemas.
" Jaehee mana? " soalnya sebaik sahaja berada dekat dengan Seungcheol.
" Kat dalam, doktor tengah periksa " Seungcheol menjawab lemah.
" Kenapa dia pengsan tadi?" soal San risau. Lepas saja dia terima panggilan dari Seungcheol tadi, serta merta dia datang sini. Jamuan tadi ditolak tepi.
" Tak tahu... "
San duduk di sebelah Seungcheol yang menyandar lemah. Kesian dia tengok keadaan hyung nya itu. Dari pagi tadi menghadap kertas kerja, fail, dokumen penting dan sekarang terkejar pulak ke hospital. Mesti penat. Penat mental dan fizikal.
" She'll be okay "
Seungcheol cuma mengangguk sebagai balasan. Cuba menyedapkan hatinya.
Klek!
Pintu wad yang terbuka dari dalam mengalih perhatian dua beradik Choi itu.
" Macam mana keadaan dia doktor? " Seungcheol terus berdiri dan menyoal doktor lelaki tersebut.
" Jangan risau, keadaan dia stabil. Cuma dia agak stress dan bacaan tekanan darah dia agak tinggi. Saya dah suntikkan ubat tidur supaya dia boleh berehat. Kalau boleh,jangan bebankan dia dengan hal ii kerja. Bagi semangat untuk dia cepat pulih. Itu yang terbaik "
" Dia kena stay sini ke doktor? " San bertanya meminta kepastian.
" Mungkin dalam dua atsu tiga hari. Bergantung pada kondisi pesakit"
" Arraseo, kamsahamnida " Seungcheol dan San menunduk sebelum doktor itu berlalu.
Seungcheol menolak perlahan pintu wad peribadi tersebut. Memang sengaja dia minta Jaehee ditempatkan di situ
Alah, dia kan CEO. Mestilah wad pun private.
" Mianhae..." Seungcheol memandang wajah pucat Jaehee yang tertidur. San sekadar menjadi pemerhati. Dia tahu Seungcheol sedang berjuang mendapatkan hati seorang Kim Jaehee.
" Sorry,hyung. Plan kita gagal hari ni " ucal San kecewa. Mereka dah buat persiapan kononnya Seungcheol akan muncul dekat jamuan tu dan terus terang pada Jaehee tapi lain pulak yang jadi.
" It's okay. Bukan salah kau, lagipun hyung dah confess dekat dia tadi "
" JINJJA? "
Pak!
" Senyap sikit budak " Seungcheol mengetuk kepala San yang tersengih tak ikhlas.
" Hyung, kajja, kita balik. Eomma mesti dah lama tunggu " San bersuara setelah jam menunjukkan pukul 7.15 malam.
Seungcheol menggeleng sambil matanya tak lepas menatap wajah Jaehee.
" Kau baliklah dulu, hyung nak stay sini lagi "
" Betul ni? " San bertanya dan dibalas anggukan oleh Seungcheol.
" Eomma dengan appa dia tahu? " Seungcheol menyoal.
" Maybe Soobin dah bagitahu tadi " San teringat yang dia ada bagitahu anak buah dia tadi.
" Kalau macam tu, hyung tunggu parents Jaehee datang baru hyung balik "
" Arraseo "
[ edited : 2O.11.21 ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top