19
" Eomma nak Cheol mengaku, siapa Minjun pada Cheol? "
Seungcheol terkedu. San memutar bola matanya malas. Dia berpeluk tubuh menyaksikan situasi di depannya sambil menyandar malas di sofa empuk tempat dia duduk sekarang.
Tak boleh ke kalau hyungnya tu terus terang?
" Cheol? "
Seungcheol masih tergagap. Manik peluh mula membasahi tepi kepalanya.
" Aku rasa aircond kat sini tak buruk lagi... " San menggumam kecil. Mulutnya dari tadi sibuk mengomel.
" Eomma, maafkan Cheol " dia memandang tepat wajah kedua dua wanita dihadapannya.
" Minjun, maafkan oppa "
" Sebenarnya... "
-----
Jaehee berjalan laju menuju ke ruang pejabatnya. Mejanya dituju dan tangannya lincah mengemas barangan miliknya di atas meja. Matanya tidak lagi mengeluarkan mutiara jernih.
Dia dah penat menangis.
Dilirik sedikit suasana ruang pejabat yang menempatkan dia dan 'bekas' rakan sepejabatnya.
Meja Arin, Lucas dan Changbin telah tersusun rapi. Menandakan mereka sudah pulang. Hanya meja San yang nampak agak tak tersusun.
Yelah, dia kan ada dekat ruang pejabat hyung kesayangan dia.
" Nanti,mesti aku rindu dekat tenuk ii ni "
Jaehee kembali fokus pada aktiviti mengemasnya. Selesai menyumbat barang yang boleh disumbat di dalam totebag, dia mencapai pula mana ii barang yang berbaki sebelum dikelek.
" Eh kenapa awak kemas barang banyak ii ni? " Satu suara garau mengejutkan Jaehee yang baru ingin berlalu dari bilik tersebut.
Jaehee menatap wajah San yang bingung. Mata namja itu sibuk menilik barang yang penuh pada dirinya.
" Kenapa banyak sangat barang nak bawak balik ni? " soalnya itu lagi setelah soalan pertamanya hanya dijawab dengan tatapan.
"I was fired "
" WHAT? "
" Ani, saya dibuang kerja "
" MWO? "
Jaehee mengangguk kecil. Dia membetulkan beg yang sedikit melurut di bahu kirinya. Terlebih muatan mungkin.
" Dia pecat awak? Seungcheol tu pecat awak ke? " soal San semangat.
Jaehee mengangguk lagi sambil tersenyun tipis.
" Hey, kenapa awak senyum? Awak happy ke huh? "
" Mungkin perasaan saya tak tapi diri saya ya "
San terdiam.
" Jaehee, please jangan mudah menyerah macam ni. Semua orang dah selesa dengan kehadiran awak kat sini. Awak nak ke saya hadap muka cemberut Changbin dengan Lucas tu sensorang? Hah, nanti saya nak jawab apa dengan Arin kalau dia tahu awak tiba ii dipecat? "
Jaehee sekadar mengangkat bahunya sambil menayang muka tak bersalah.
" Gwaenchana, pengalaman saya dekat sini dah cukup. Jadi, saya rasa tak salah kalau saya mengundur diri "
" Dah cukup awak cakap? Awak kerja dekat sini tak sampai sebulan dan awak cakap pengalaman awak dah cukup? "
Jaehee menunduk. Seketika kemudian, air matanya menitis lagi. Dia mengangkat kepala dan menyambung bicara.
" San, tolong saya boleh? " tutur Jaehee lembut.
San mengangguk. Hatinya turut tersentuh melihat keadaan Jaehee.Dia tahu anak buahnya itu menyimpan rasa pada hyung nya dan ya, dia tahu hyung dia pun sama.
Tapi, San tak boleh buat apa ii sebab benda ni melibatkan permintaan eomma.
" Awak nak saya pujuk hyung saya? Saya boleh tolong "
Jaehee menggeleng.
" Tolong saya.... "
" Tinggalkan pejabat ni? "
" Tapi awak... " San terkedu.
" No. Saya sedar kedudukan saya hari ni. Saya cuma seorang pekerja bawahan yang diterima atas dasar hati budi hyung awak yang baik. Saya jugak sedar saya penghalang antara hubungan hyung awak dengan yeochin dia. Saya yang buat hyung awak bingung dengan perasaan dia. Bingung antara rasa cinta dan suka dia pada saya. Saya tak nak dia sia siakan perempuan yang dia sepatutnya cinta sebab kelakuan bodoh saya yang tak habis ii berharap... " Jaehee sebak. Barang ii dan totebag yang dari tadi dia pegang diletakkan kembali di atas meja. Tapak tangannya menekup wajah yang mula basah dengan air mata.
San bergerak menghampiri Jaehee sebelum tubuh kecil itu dipeluknya.
Jaehee agak terkejut namun perasaan sedihnya mengatasi segalanya dan dia hanya terus menangis di pelukan San. Buat kali yang kedua.
" Lepaskan semuanya, jangan simpan " San mengusap perlahan belakang Jaehee.
" Hiks... gumawo San-ssi "
" My pleasure, chingu "
-----
" Kita pergi makan dulu nak? "
Jaehee menggeleng. Wajahnya dipalingkan ke luar tingkap. Menatap suasana jalan raya yang agak sibuk.
Terdengar helaan nafas dari si pemandu.
" Jaehee, dah lah tu sedih nanti kalau saya ternangis siapa nak tanggung? " Soobin mula membebel sambil memandu. Dia dah tahu pasal Jaehee.
Iyap, sekarang Soobin dan Jaehee dalam perjalanan balik dari pejabat. Ingatan Jaehee melayang pada situasi tadi.
Jaehee melangkah segan bersama San di sebelahnya yang menggalas segala macam beg dan barang milik Jaehee. Katanya servis terakhir untuk anak buah tersayang.
" Tadi awak cakap awak datang dengan Soobin kan? "
" Err... ya "
" Mana dia? " San berpaling ke kanan dan kiri.
" Erm mungkin dah balik. Sebab ni dah nak dekat sejam saya lewat"
" JAEHEE! "
Mereka refleks berpaling dan melihat Soobin berlari menghampiri.
" Awak pergi mana? Kenapa saya cari tak jumpa? Awak tahu tak saya macam orang gila pusing pejabat cari awak. Dahla panas! Lagi satu,kenapa CEO kita tu tarik awak tadi? Awak ada buat salah ke? Eh, kenapa muka awak merah? Awak nangis ke - AJZBGDDH! "
Jaehee menekup mulut Soobin dan tersenyum gugup pada San di sebelah.
Soobin menggit tangan Jaehee dan matanya tertumpu pada San. Tidak dihiraukan Jaehee yang mengaduh sakit.
" Eh? Ni bukan ke adik CEO kita? OMOO I'M YOUR BIG FAN!"
Jaehee menatap datar wajah Soobin yang terlebih excited itu. San hanya tersenyum kecil.
" Yah, Soobin. Tolonglah San angkat bawak barang ni kat kereta "
Soobin yang masih excited hanya menurut.
" Erm Soobin? Nanti saya ada nak cakap sikit dengan awak ok? " San bersuara dan Soobin mengangguk sementara Jaehee sudah diam di dalam kereta.
" Awak dengar tak apa saya bebel? " suara kiat Soobin mematikan lamunan Jaehee dan dia me jeling ringan pada lelaki di sebelahnya.
" Eh bisinglah arnab ni " gumam Jaehee perlahan.
" MWO? AWAK PANGGIL SAYA ARNAB? "
Jaehee menutup matanya sambil mengigit hujung bibir. Pekak sekejap telinganya dengar namja ni menjerit. Dahla duduk sebelah je.
" Dahtu, awak bising membebel dari tadi siapa suruh? Mengalahkan eomma saya je tahu "
jaehee membalas. Bibirnya tersenyum sedikit melihat wajah Soobin yang mencuka.
" Kan senyum macam tu cantik sikit. Ni dahla hodoh, pastu nak masam ii pulak - YAH KIM JAEHEE JANGAN CUBIT! "
Jaehee menjelirkan lidahnya.Sedihnya kurang sikit lepas gaduh dengan Soobin.
" Dah diam, tolong pandu ke kedai tteokbokki berdekatan ye ahjussi? Kamsahamnida "
" Mwo? Ahjussi? "
" Ppali ahjussi arnab, Jae dah lapar~ "
" Yah!bSaya muda lagi tau! "
" Tak dengar! "
Jaehee tergelak besar. Dia lupa sekejap pasal tadi. Senyum kembali terukir apabila melihat Soobin yang masih memasang wajah masam itu memberi signal untuk ke deretan kedai makan di seberang jalan.
" Awak belanja eh? " Usik Jaehee sewaktu mereka di tempat parking.
" Iyalah " Soobin mengangguk.
" Ni barulah Choi Soobin! "
Soobin mengheret Jaehee ke dalam kedai apabila banyak pasang mata memandang ke arah mereka pelik.
" Eh nantilah! "
" Kajja! "
[ edited : 16.11.21 ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top