11

[Kim Jaehee P.O.V ]

" Jaehee-ssi "

" Nak pe? " aku menjeling tajam ketua baru aku iaitu seketul San.

" Err... tak-takde ape "

San yang menuju ke arah aku dengan fail di tangan berpatah balik dan duduk diam kat tempat dia.

Aku tengah takde mood nak explain tempat aku duduk sekarang ni tapi sebab pengarah story dah nak baling kasut kat aku, so meh aku story.

Dalam group aku ada empat orang. Campur dengan ketua jadi lima. Pastu kedudukan meja kami gabung empat macam meja kelas kau sebelum PKP. San tu pulak meja dia rapat ke dinding dan menghadap kami.

Psst, meja dia besar dari tau. Jealous sis.

" Yow! Yow manusia! Wassup bruhh!"

Makhluk berjantina lelaki tapi kadang ii nak melencong ke arah Sajat muncul sambil merapu entah pape dan berjaya membuatkan aku nak baling kerusi.

" Senyaplah sikit -

Arin, kawan baru aku yang baru buka mulut nak bebel terus dipintas oleh seorang lagi makhluk yang sering mengalami kecelaruan identiti.

" Rapper terkemuka tahun 2020 muncul gaisss! Kasi tepuk cikit! "

" Lucas, Changbin, senyap please. Aku sakit kepala ni " ujar aku sambil mata terus tertancap pada skrin komputer.

Maka, senyaplah satu bilik tu tanpa suara ii.

" Kenapa? " aku menyoal pada empat pasang mata yang pandnag aku tak berkelip. Tahula aku ni lawa.

" Kau ok Jae? " Arin menepuk bahu aku lembut dan aku sekadar tersenyum nipis.

" Ok "ujar aku sepatah dan kembali menaip.

Lucas dan Changbin dah berbisik.Hm ngumpat akulah tu. Takde kerja lain.

" Anak ii, sila sambung kerja ye? " San bersuara setelah 44 saat suasana kembali sunyi.

" Hah kau. Mana chewing gum aku? " San menahan Lucas yang baru nak kacau aku buat kerja.

Nasib San tahan kau. Kalau tak ada mesti ada yang kena baling ikut tingkap.

" Chewing gum? Dwaekki yang makan! " Lucas menjerit sambil menunjuk ke arah Changbin yang syok main pusing ii kerusi tayar dia tu.

" Natang apa pulak dwaekki tu? " San confuse.

" Eh tipu! Tadi kau cakap malas nak beli en? "

" Aku bukan malas! Aku busy ber respirasi! "

" Meh aku chewing kan kepala kau! "

San memukul kepala Lucas manakala Lucas menyepak bontot Changbin dan Changbin memijak kasut San. Arin duduk di mejanya yang bersebelahan dengan aku.

" Nah. Aku tahu kau stress "Arin menghulurkan sebungkus kecil jelly dekat aku.

" Thanks Rin. Kau macam tahu ii je aku stres huhuhu "

Tok!Tok!

" Masuk! " ujar San selepas settle bergusti dengan dua ketul makhluk tadi sebab chewing gum.

Pemenangnya?

Takde. Semua kalah.

Moonbyul unnie terpacul di muka pintu sambil tersenyum.

" Nak jumpa Jaehee kejap boleh? "

San yang baru nak menjawab dipotong oleh Lucas.

" Saya yang hensem ni tanak jumpa ke? " Lucas pasang muka miang dan Changbin kat sebelah dia dah ready nak hentam pakai mouse komputer.

" Tak "

Lucas pout. Eyy ngada je dia ni. Mohon kutip.

Aku memandang San tanda meminta keizinan dan dia hanya mengangguk.

" Saya dah siapkan laporan tu. Nanti bos boleh check " San hanya membuat isyarat 'ok' sambil kunyah biskut yang diambil secara haram daripada Changbin.

Aku segera menuju ke arah Moonbyul unnie di luar.

" Ada apa unnie? " aku menyoal. Pelik jugak sebab dia ada kat sini. Bukan ke si CEO tu cakap secretary dia off hari ni?

" Jaehee tolong gantikan unnie jadi secretary bos boleh? "

" EH? " aku terkejut tenuk.

Pehal lak? Cukuplah aku kena buli sejam dengan dia tadi. Ni nak jadi secretary bidan terjun dia pulak? MIANHAE MIANHAE HAJIMAAAA

" Bolehlah Jae. Pleaseee... " tangan aku digenggam sebelum digoncang.

" Tak sekarang ni kenapa? Unnie nak pergi mana? " aku menyoal sebelum tangan aku terlebih fleksibel. Nanti susah kalau tak dapat buat mini love kat orang hensem.

" Unnie nak cuti. Tapi tiga hari je! Lepas tu unnie janji unnie datang balik. Please... "

" Unnie nak pergi mana? Honeymoon eh? " aku tersengih mengusik. Jari aku dah mula main cucuk ii dekat pinggang dia sebelum -

" BAWAK BERSABAR UNNIE,JAE TANYA JE!" aku menjerit kuat setelah lengan aku dicubit kuat.

" Hmm ngajuk! "

" Alah unnie jangan ngajuk ii,nanti Sanha panggil unnie nenek -

" Humph! "

" Ha yelah! Jae ganti unnie jadi secretary! Puas hati " aku membuat muka masam. Bukan aku tak tahu tu taktik dia je.

" Yes! Thanks bebeh! "

See? Kan aku dah cakap tadi.

" Unnie pergi dulu eh? Nak ambik feel cuti AHAHAHAHAHA "

Aku memandang dia dengan poker face.

" Bos dah tahu belum? "

" Tahu, lagipun bos yang suruh unnie cuti sebab nak suruh Jae jadi secretary sementara dia " lancar je ayat tu keluar dari mulut dia.

" APA? "

" Wae? " tanyanya tidak bersalah sebelum menekup mulut dan membesarkan mata.

" Opsss... "

" Eh ada tugasan tak siap lagilah Jae. Unnie naik dulu eh? " Moonbyul unnie terus berlari menuju ke lif di hujung bangunan dan aku tak duduk diam.

Apalagi kejarlah!

" Yah! Unnie jahat! Komplot dengan bos miang tapi hensem tuu! " aku mengejar dari belakang.

"Jaehee - YA AMPUN KAU BUAT APE TU WOI! "San, ketua aku yang baru keluar sambil bawak fail sama time aku marah dia tadi terkejut. Dia pun tak tunggu lama, terus kejar aku.

Maka, dua orang pekerja atasan dan seorang pekerja bawahan bermain kejar ii seperti beruk menari. Sah masuk cctv.

Bayangkanlah satu floor tu bergegar dengan bunyi heels.

Aku kesah apa?Takde.

" Bye bye "

Pintu lif dah tertutup rapat bila aku sampai depan lif. Aku duduk berdiri tegak macam tunggul kat depan lif sambil mengutuk dalam hati.

" HUISHH PENATTT " San yang baru sampai mengibas wajah dengan tali leher.

" Awak dah kenapa? " San menyoal aku yang masih kaku sambil menghulurkan fail dan aku sambut.

" TAK DIA -

Ting!

Lif terbuka dan terpampanglah wajah Choi Seungcheol, CEO a.k.a. bos hensem dan miang sambil pakai kaca mata hitam.

Eh hensemlah pulak!

Dia keluar dari lif dengan bersahaja dan berheti di tepi aku dan menurunkan sedikit kaca matanya.

" Hue sweetie, jumpa esok my secretary " dia wink sebelum berjalan melepasi aku sambil menaikkan semula kaca mata hitamnya

" Yow San! Jom pergi kafe! Aku lapolah! "

" Ha jom! Kau belanja! "

" Wokey! "

Dan dua ketul namja sem meletop itupun berjalan meninggalkan seketul kentang separuh masak di sini.

Tiba ii, Seungcheol dan San berpaling.

" Jangan lupa simpankan fail tu. Saya malas nak buat sendiri~ "

" Jangan lupa datang awal. Lambat kena denda~ "

San pun sama mengada dengan bos? Ha patutlah geng. Intonasi suara pun dua ii sama. Gedik plus ngada plus miang plus fake.

" Tabah lahJae. Hentam jelah " aku mengeluh. Support aku esok guys.

[ edited : 2O.O7.21 ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top