22

Suasana di ruang khas berdekatan kaunter pendaftaran itu sunyi tanpa suara. Baik Jaehee, Seungcheol ataupun Soobin, semuanya diam.

" Ehem, boleh kita mulakan meeting? " Jaehee menyoal. Rasa terkejutnya harus ditolak tepi, urusan formal perlu diutamakan.

Seungcheol mengangguk. Lantas Soobin mengeluarkan beberapa helaian kertas kerja. Mesyuarat berjalan lancar walaupun keadaan memang kekok.

Jaehee berpura pura tenang manakala Seungcheol mengawal perasaannya yang bergolak. Soobin pula cuba untuk tidak mempamerkan wajah simpatinya buat Jaehee. Bukan dia tak tahu alasan Jaehee ada dekat sini.

Setelah hampir 1 jam berbincang, pihak Jaehee berpuas hati dengan segala penerangan dan design dari pihak Seungcheol.

" Jaehee-ssi? " Seungcheol bersuara setelah habis sahaja urusan formal mereka.

" Ya Mr Choi? " Jaehee menyahut, masih dalam suasana formal.

Seungcheol menghela nafasnya perlahan.

" Saya perlu cakap dengan awak, urusan peribadi. Jebal "

Jaehee diam, matanya menatap Seungcheol seketika sebelum matanya beralih pada Soobin.

" Gwaenchana, saya boleh keluar -

" Soobin-ah! Saya rindu dekat awak tahu? Jom, kita minum dekat kafe dulu. Saya belanja okey? " Jaehee tersenyum memandang Soobin. Mengabaikan rayuan Seungcheol sebentar tadi.

" Uh, saya... " Soobin serba salah.

" Pergilah, saya boleh tunggu dekat sini " Seungcheol bersuara.

" Kajja! " Jaehee tersenyum lebar dan keluar dari ruangan tersebut.

" Bos... ok ke? " Soobin menyoal. Walaupun dia tak pasti kenapa Jaehee berkelakuan macam tu dengan Seungcheol, tapi dia tahu apa yang berlaku antara bosnya dan Jaehee.

Seungcheol mengangguk dan tersenyum tawar. Soobin berlalu meninggalkan Seungcheol seorang diri di sana.

Dia mengeluh berat.

-----

Soobin agak risau melihat wajah tanpa perasaan milik Seungcheol. Sejak mereka balik dari meeting dekat Jeju semalam, riak wajah bosnya macam tembok batu. Takde perasaan langsung.

" Ada lagi ke meeting saya selepas ni? "

Soobin tersentak. Terkejut dengan Seungcheol yang tiba ii bersuara.

" T-takde bos. Jadual bos free lepas ni " Soobin menjawab cepat. Nasiblab dia cekap bab ii mengingat jadual bosnya yang kebiasaannya padat.

Seungcheol lantas menutup fail di hadapannya dan menyandarkan diri pada kerusi. Nafasnya dihela panjang.

" Ada apa ii lagi ke bos? " Soobin yang menyedari bosnya ingin berehat lantas ingin mengundur diri.

Seungcheol menggeleng. Fail yang baru ditutupnya tadi diambil dan dihulurkan ke arah Soobin.

" Hantar ke unit pemasaran, boleh? "

Soobin mengangguk. Dicapainya fail yang agak tebal itu sebelum dia berpaling ingin keluar.

" Jakkaman " Seungcheol kembali memanggil Soobin.


"Tolong panggilkan San sekali"

" Okay "

Tidak lama, Soobin kembali muncul bersama San di belakangnya.

" Yow, ape citer? " San melangkah masuk dan terus duduk di sofa. Matanya memerhati Seungcheol yang berjalan lemah ke arahnya.

" Bos nak kopi? Saya boleh buatkan" tanya Soobin, prihatin.

Seungcheol menggeleng dan tersenyum tipis.


Soobin mengangguk dan dia keluar dari ruangan pejabat milik CEO tersebut.

" San - "

" Kau pergi mana semalam hyung? Kau tahu tak aku dengan omma risau? Kau tidur kat mana semalam hah? Tepi jalan? Ke bawah jambatan? "

Seungcheol memejamkan matanya.

Baru nak cakap,dah kena potong.

" Boleh tak dengar dulu apa aku nak cakap ni? "

" Apa? "

" Hyung jumpa Jaehee "

" MWO? KAT MANA? BILA? "

" Semalam, dekat Jeju " Seungcheol meyandarkan diri pada sofa kulit itu. Kot labuhnya dah dicampak ke tepi.


" Tapi kan semalam hyung pergi Jeju sebab meeting dengan syarikat tu kan?vMacam mana boleh jumpa dia pulak? Takkanlah dia jadi CEO kat sana pulak. Macam drama " San tergelak kecil.

" Exactly "

" Yelah - HAH? " San terkejut. Tak sangka pulak mulutnya masin.

" Semalam, hyung cuba nak bercakap dengan dia tapi dia abaikan... "

" And she didn't give me a single moment to explain "

" Poor you, hyung "

Pak!

" Eyy betul betullah! " Seungcheol mendengus marah.

" Ish! " San mengusap perlahan belakang kepalanya yang dipukul.

" Tapi kan hyung, kalau dia nak cakap dengan hyung sekalipun. Nak cakap pasal apa?"

" Nak ajak dia kahwin "

" MWO? "

" Eh diamlah sikit! Soobin dengar! " Seungcheol menekup mulut San dengan kusyen. Bimbang dia kalau ii Soobin dengar, dahla bilik secretary dia tu sebelah bilik dia je.

" Seriuslah? " San menyoal setelah berjaya melepaskan wajah tampannya dari kusyen. Apalah nak bimbang sangat, bilik ni kalis bunyi.

" Hyung tak nak kecewakan eomma lagi. Cukuplah eomma kecewa sebab hyung tak nak kahwin dengan Minjun. Hyung tak nak tengok eomma kecewa dengan untuk kali kedua " luah Seungcheol.

Selepas dia bagitahu dia tak nak kahwin dengan Minjun, nampak sangat wajah eomma nya tu kecewa.

Dan untuk tebus semua tu, dia kena kahwin dengan Jaehee.

" Jadi, hyung nak kahwin dengan Jaehee sebab eomma? Bukan sebab cinta? Hyung sanggup gadaikan perasaan Jaehee untuk kepentingan sendiri? Macam tu? Huh, tolong jangan jadi pengecut, hyung " San berdecit.

" No " Seungcheol menyahut.

" Hyung cintakan Kim Jaehee. Sangat "

San memandang dalam wajah Seungcheol, seperti mencari kepastian.

" Are you sure, Choi Seungcheol? "

" Pretty sure, Choi San "

San tersenyum segaris. Dia dah agak hyungnya seorang yang bertanggungjawab. Bukan senang ii nak mainkan perasaan orang kalau dia memang tak nak.

" So... may I help you?"

-----

Jaehee yang baru sahaja selesai membuat pembayaran di kaunter itu menolak troli keluar daripada zon pembayaran. Dia bercadang untuk singgah di kafe yang searas dengan pasar raya itu sekejap sebelum pulang.

" Awak yeoja hari tu ke? "

" Huh? " Jaehee blur. Dia memandang yepja yang menegurnya Dah la datang tiba ii lepastu tanya soalan pelik pulak. Terkejut dia.

" Maaf,saya tak perkenalkan diri dulu. Saya Park Minjun "

" Huh? Minjun? " Jaehee terkejut. Kenapa dia boleh jumpa dengan bakal isteri Seungcheol dekat sini?

" Erm, boleh kita cakap kejap? " Jaehee mengangguk ragu ii.

Atas permintaannya, dia kini duduk berhadapan dengan Minjun di meja kafe. Setelah membuat pesanan, Minjun mula membuka mulut.

" Boleh saya tahu nama awak? "

" Kim Jaehee " jawab Jaehee, padat. Dia sedang cuba mengawal perasaannya.

" Awak tahu kan siapa saya? " soal Minjun. Jaehee mengangguk,dia menunduk seketika.

" Awak bakal isteri Seungcheol kan? " Jaehee cuba untuk tersenyum. Kenapa yeoja ni macam nak sakitkan hati dia?

Minjun tersenyum dan menggeleng.

" Ani, saya dan dia tak jadi kahwin "

Mata Jaehee cepat memandang wajah Minjun yang masih tersenyum kecil.

" M-maksud awak? "

" Saya dan dia tak jadi kahwin, bukan jodoh kami "

" Ouh " Jaehee mati kata untuk merespons.

Suasana senyap sehingga pelayan datang menghantarkan minuman mereka.

" Maaf, tapi kenapa awak bagitahu saya?" Jaehee masih pelik. Takkan yeona ni sanggup duduk semeja dengan dia semata mata nak bagitahu dia dan Seungcheol tak jadi kahwin. Macam pelik.

" Jaehee-ssi, saya bagitahu awak ni sebab awak yang akan ganti tempat saya "

Jaehee lantas tergelak kekok. Menganggap itu sekadar gurauan namun wajah serius Minjun menghentikan perbuatannya.

" Apa awak merepek ni? "

" Jaehee, kami tak saling mencintai. Cukup awak tahu kami terikat dengan perjanjian keluarga. Dan sekarang, saya dan Seungcheol dah pilih haluan untuk kebahagiaan masing ii. Sebab tu saya minta tolong dengan awak, kahwin dengan Seungcheol, jadi pengantin dia "

" Tapi kenapa saya? Kenapa tak batalkan terus perkahwinan tu? Kenapa saya yang kena gantikan awak? " Jaehee masih tak faham. Perasaannya sekarang bercampur aduk.

" Sebab dari awal lagi, awaklah yeoja yang dia cinta. Bukan saya "

" Huh? "

" Dari awal lagi bila saya jumpa dia, saya perasan dia macam terpaksa dalam semua kelakuan dan perasaan dia "

" Dan perkara yang paling jelas, dia cukup bimbangkan awak sebab awak berbual mesra dengan seorang namja dekat kafe hari tu"

" Mungkin dia bimbang sebab saya pekerja dia? "

" Tak mungkin. Jaehee, tolong berhenti seksa perasaan awak"

Jaehee terdiam. Sekarang,dia tak tahu nak simpati padi diri sendiri atau Minjun.

" Awak... tak sedih? " Jaehee menyoal.

" Tak, sebab saya pun buat benda yang sama pada dia " Minjun kemudiannya mencapai tangan Jaehee. Cincin di jarinya ditanggalkan.

" Kejar cinta awak balik, Kim Jaehee. Maafkan saya sebab jadi penghalang " cincin tersebut diletakkan di dalam genggaman Jaehee sebelum ditutup.

" Saya pergi dulu "

Jaehee memandang Minjun yang menjauh dan beralih pada cincin di tangannya.

" Betul ke Seungcheol cintakan aku? "

[ edited : 17.11.21 ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top