21

" Dia sukakan kau hyung,takkan kau tak sedar? "

" Kau tahu,hyung? Last day dia kat sini, dia buat pengakuan dekat aku "

" Dia cakap yang dia cintakan kau, tapi kau buat dia sedih, buat dia give up dengan kau"

" Aku tak sangka kau tak sepeka ni hyung "

" Dan sekarang tengoklah apa -

" Mr.Choi? Are you okay? "

Seungcheol tersentak. Lamunannya terbubar dan lantas dia menatap pemilik suara yang menegurnya tadi.

" Y-yes. I'm sorry, my bad. Please continue your presentation "

Namja berpangkat yang sedang berdiri di hadapan bilik mesyuarat itu mengangguk sebelum meneruskan perbentangan. Seungcheol meraup wajahnya singkat dan kembali fokus pada aktiviti di hadapan.

Ah, cuai betul dia sampai boleh mengelamun dalam mesyuarat penting macam ni.

Lewat malam tadi, dia terima panggilan penting dari anak buah dia. Dan dia cakap, Seungcheol ada meeting urgent dengan wakil company lain pasal satu projek besar.

Seungcheol dengan wajah seriusnya masih memandang tepat pada perbentangan tersebut. Mindanya turut bekerja dalam menilai perkara penting itu.

" So, that's all from me. Any questions Mr Choi? "

" Nope. Everthing is perfect "

" So, how? "

Seungcheol yang faham terus mengangguk. Pen dakwat hitam dikeluarkan dan dia menurunkan tanda tangannya di bahagian kiri helaian dokumen paling akhir.

" Glad to be a partner with you, Mr.Choi "

Seungcheol berdiri dan mengiringi klien mereka hingga ke lif sebagai tanda hormat.

" Bagitahu team terlibat, meeting pukul 2 nanti dan pastikan semua yang terlibat join. Wajib "

" Bos nak keluarkan design baru ke? "

" Yup " Seungcheol mengangguk dan berjalan mendahului secretary barunya.

" Kajja, Soobin-ssi. We need to prepare for our meeting now! "

----

" Soobin-ssi! " San memanggil Soobin yang berjalan menuju ke lif untuk pulang.

Soobin lantas berpaling dan melihat San berlari anak ke arahnya dengan menggalas beg kerja.

Mereka baru selesai mesyuarat setengah jam yang lalu. Rumit jugaklah sebab syarikat mereka nak keluarkan design lantai yang baru.Tapi sebab Seungcheol faham dengan keadaan, dia cuma arahkan tambah dan ubah sikit pattern.

Yup, mereka bekerja di syarikat yang mengeluarkan komponen dalam sesebuah bangunan dan kali ini, syarikat mereka menerima tempahan lantai elegan dari sebuah syarikat yang membangunkan hotel.

" Ye sunbae? Ada apa? " soal Soobin dengan senyuman.

" Macam mana kerja? Okey tak? "


" Ok sangat! Takdelah susah mana jadi secretary ni " Soobin mengangguk semangat.

" Ha kan dah cakap " ketua dari unit pemasaran itu tersenyum. Tak sia ii dia cadangkan Soobin untuk ganti jawatan Moonbyul yang baru je letak jawatan semalam.

" Gonawo tau sunbae, sebab sunbae lah saya dapat naik pangkat "

San tersenyum sambil mengangguk kecil. Kurang sikit bebanannya. Selama ni pening dia buat kerja secretary dengan ketua unit pemasaran tu.

" Err... sunbae, lif dah sampai ni " Soobin menegur San yang masih tersenyum di luar lif.

" Eh?Ha okey! " San melangkah masuk ke dalam lif.

" TUNGGU DULU WOI "

San dan Soobin tersentak. Seungcheol yang sedang berlari laju menuju ke arah mereka dan masuk ke dalam lif. Ground floor ditekan dan dia menyandar pada dinding lif.

" Fuh, nasib sempat " Seungcheol tersengih sengih memandang wajah blur San dan Soobin.

" Eh Soobin! Esok tak payah masuk office " ucap Seungcheol serius sebaik sahaja dia menatap waiah Soobin.

" Eo? Wae? "

" Tadi saya dapat call dari pihak klien, wakil dia cakap esok kita ada meeting dengan CEO syarikat tu "

Soobin mengangguk sambil tersenyum. Betullah kata orang syarikat dia bekerja ni maju.bAda je orang berebut mahukan sercive kat sini.

" Aku excited woih! Kau agaklah en baru pagi tadi meeting dengan wakil dia terus esok nak jumpa CEO. HAHAHAHA " Seungcheol ketawa sambil memukul mukul lengan San yang terdiam dari tadi.

" Eyy sakitlah! Ish orang tua ni... "

" HAPE KAU CAKAP? " Seungcheol berteriak sebelum menyerang San yang dah pasrah. Perjalanan di dalam lif yang lama membuatkan Soobin berasa kekok.

Dia dahla baru terbiasa dengan San, ketua unit pemasaran syarikat dan baru nak terbiasa dengan CEO memandangkan dia jadi secretary. Dan sekarang dia tengah tengok dua beradik yang disegani tu bergaduh dalam lif.

Dalam diam, Soobin tersenyum.

Betullah, kita tak boleh nilai peribadi seseorang melalui tanggapan majoriti orang ramai.

-----

" Betul ke anak appa boleh handle first klien dia hari ni? "

" Alah bolehla appa, lagipun nanti kan Jae dah nak jadi CEO kat sini hehe "

" Yelah bakal cik CEO anak appa. Hm, bilalah gelaran tu nak bertukar Miss ye? Appa punnak merasa ada menantu " Tuan Kim tergelak mengusik anak tunggalnya.

" Ish apalah appa ni! Jae baru nak merasa ada kerjaya " Jaehee memasang muka masam. Saja nak bermanja.

Semalam, Tuan Kim dah terangkan serba sedikit jawatan yang bakal Jaehee sandang iaitu CEO. Appa dia memang merancang untuk Jaehee gantikan tempat dia. Nanti kerja dia senang, cuma urus hal dan urusan penting dalam syarikat keluarga Kim.

" Appa, bukan ke hotel ni dah siap?Kenapa nak order barang lagi? " Jaehee melilaukan mata. Ramai pelancong yang lalu lalang di kawasan lobi hotel milik appanya. Semuanya lengkap, dah beroperasi. Apa yang belum siap?

" Memangkah dah siap. Tapi appa fikir nak bina gazebo dekat kawasan hotel ni. Tak banyak, dalam 3 atau empat je, tapi nak bina yang besar "

Jaehee mengangguk faham. Ini strategi orang berniaga rupanya.

" So harinilah CEO syarikat tu datang? Yang Jae kena handle nanti? " Tuan Kim mengangguk.


" Okey appa. CEO Kim Jaehee boleh buatlah! "

" Ye appa tahulah. Jae kan anak appa "

Seketika kemudian, telefon milik Tuan Kim berbunyi. Jaehee membuat keputusan untuk memerhati suasana gah di lobi tersebut sementara appanya berjalan ke pintu masuk hotel.

Dalam ramai ii pelancong, matanya sempat menangkap kelibat namja yang dia kenali.

" Eo? Soobin? Dia buat apa dekat Jeju ni? " Jaehee melihat kelibat chingu nya itu dengan pakaian pejabat namun lebih kemas daripada biasa.

" Jae, CEO syarikat tu dah sampai " Tuan Kim mencuit anaknya yang tekun memandang ke satu sudut.

" Mana dia? " tanya Jaehee. Entah kenapa dia rasa macam pelik.

Tuan Kim berpaling dan menyapa seorang namja kacak yang berkot kemas.

" Annyeonghaseyo "

Mata Jaehee membulat. Dia memandang tak percaya namja yang berbual bersama appa nya.

" Jae, this is your first client, Mr Choi. Treat him well arra? "

Jaehee segera berlagak formal. Dia kena yakinkan appa yang dia bukan anak manja yang tak boleh diharap.

" Kim Jaehee" Jaehee menghulurkan tangannya sambil menghadiahkan senyum paksa.

Seungcheol menyambut huluran tersebut sambil tersenyum dengan raut wajah yang sukar ditafsir.

" Choi Seungcheol "

[ edited : 16.11.21 ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top