Picture.
Aku masih fobia dengan laptop tu. Kalau ada syaitan pun dalam bilik aku. Jangan lah ganggu aku menaip. Ni gangguan emosi yang harus aku elakkan! Lagi lagi bila aku menaip story uang bergenre gini.
Aku tidak lagi duduk dalam laptop. Aku duduk di ruang tamu. Meja aku letakkan menghadap laluan bilik tidur dan ruang makan. Rumah aku macam rumah kampung. Setingkat sahaja. Tapi luas.
Jam sekarang baru pukul 10 pagi. Adik dan abang aku semua masih bermain diluar. Manakala orang tua aku, sibuk bekerja. Jadi.. Aku seorang di rumah..
Seorang....
Bertemankan wattpad.
Aku menyambung cerita..
---
Jongin P.O.V
Sedar sedar, aku ada dalam satu bilik gelap. Bilik tu dikunci. Aku cuba bangun. Menguatkan diri aku untuk pergi ke arah pintu.
"Tolong.... Tolong" aku mengetuk pintu besi tu semampu yang boleh. Lama lama aku penat.
Dari luar. Aku terdengar seorang perempuan jerit meminta pertolongan seseorang. Minta dilepaskan. Macam.. Dianaya.
Eh.. Bini aku!!
"Dasom!!! Eh jantan tak guna!!! Kalau kau benci sangat pada aku! Lepaskanlah dia!!!! Jangan kau lepaskan segala dendam kau pada bini aku!!!!! KAU BUNUH AKU JE!"
Aku terpekik terlolong seperti orang gila. Dalam bilik gelap ni.. Hanya aku, dan bilik kosong. Tiada apa apa yang boleh aku usaha untuk keluar selamatkan Dasom.
Tingkap?
Ya.. Bilik tu ada tingkap. Tapi tiada apa pada tingkap tersebut. Hanya cermin lut sinar yang telah kabur. Tak boleh lihat dengan jelas dari luar. Yang pasti. Arah tingkap tu... Aku ternampak tali gantung.
Tak silap aku lah!
Aku tak tau tali gantung apa. Yang aku tahu! Aku nak keluar!!! Aku mengetuk cermin itu.
dumm.
"Diam lah. Bising."
Aku mencebik. Tu mesti orang suruhan lelaki tak guna tu. "Hei! Kau ikut manusia tu... KAU DAPAT KE GAJI YANG LUMAYAN? TAK TAKUT KE MASUK PENJARA SEBAB BUNUH AKU? BIAR POLIS KESAN MAYAT AKU... KORANG MASUK PENJARA! MATI!"
Aku terdengar pintu yang berkunci itu terbuka. Aku menyengih. Aku rasa dia dah sedar.
Pfftt.. Sangkaan aku meleset. Jauh lari dari apa yang otak aku fikirkan.
Sekumpulan lelaki yang berpakaian seperti gangster datang dan melihat aku. Dia makin dekat. Aku menelan air liur. Aku dapat agak lepas ni aku dekat mana.
Menyesal aku tak ikut lelaki tu haritu..
"Polis? Boleh syaki kami ke kalau kami makan daging/tulang/rangka kau? Aku tanya ni" baik je suara dia. Tapi isi setiap ungkapan dia. Aku semakin takut.
Mereka makan manusia? Erkk sungguh keterlaluan.
"Kau nak tengok bini kau? Aku bagi peluang terakhir. Boss aku boleh lepaskan dia." Hah? Aku blur.. Kenapa ni? Kenapa baik sangat dia?
"Jom.." dia menarik aku. Sama macam dua bodyguard haritu. Keras tangan dia. Aku tak mampu lawan.
Beberapa minit aku berjalan.. Aku sampai di lorong yang mempunyai tali gantung. Aku tertanya. Dia nak gantungkan aku ke? Aku memandang gangster gemuk tu.
"Diam, tengok dan dengar.. Aku pasti. Boss tu dah mati."
Mati??
"Sayang!! Sayang jongin!!" aku ternampak dasom dari jauh. Sangat jauh. Dia seolah olah tercari cari sesuatu.
"Dasom!!" aku hampir tersenyum. Dia menoleh kearah kami.
"Diam. Kan aku suruh diam!" Dia menghentak aku ke lantai. Arghhh sakit..
Dada aku hampir meletup jika dibuat sekali lagi. Hempasan dia tadi terlalu ganas. Aku diam dan memerhatikan isteri aku.
"Jongin?? Awak ke tu sayang?" dia datang pada kami.
"Awak tahu? Kita dah boleh balik sama sama.. Saya dah bunuh lelaki durjana tu. Biar dia masuk neraka. Jom kita balik ye sayang? Saya tak tahu awak kat mana.. Tolonglah keluar.." Dasom menangis sambil mengungkapkan ayat ayat ini.
Aku pada mulanya bangga pada dia. Tapi. Bila dia semakin dekat dan aku pun boleh lihat susuk tubuh dia dengan jelas, aku lama lama musykil.
Tangan kiri dia.. Penuh dengan darah.
Tangan kanan dia juga penuh dengan darah. Tapi dia pegang sesuatu..
Pisau..
Dia betul betul bunuh manusia tu.. Dasom makin lama menghampiri aku.
Pada masa itu.. "Arghh.."
Gangster tu memijak kaki aku. Ya Tuhan.. Apa dosa akuu...??
"Sayang jongin? Siapa buat awak? Saya bunuh dia .. Awak tunjukkan diri awak dekat saya . saya takut sorang sorang."
Apa dia cakap? Dia tak nampak aku?
Seolma...
"Tengok mata dia.." gangster tu menunduk dan berkata pada aku ..
Aku perhatikan betul betul. DASOM TAK ADA MATA!!
aku menekup mulut. Sungguh tak percaya. Aku rasa macam. Tu bukan Dasom. Tu roh gila dasom. Semakin dasom menghampiri tali gantung tersebut. Semakin sakit gangster tu pijak aku. Dari jari kaki ke kaki.. Dan kini.. Pinggang. Aku mengerang kesakitan.
Dasom...
Aku tengok dia...
"Dah.. Aku rasa cukup kau tengok dia. Tiba masa kau mati." dia pijak aku sekuat kuatnya.. Dan aku akhiri nafas aku dengan mendengar..
"Jongin. Mari ikut saya."
THE END
-----
Aku memusing ke kiri dan ke kanan. Penat. Adik aku yang tadi bermain di luar. Dah masuk ke dalam rumah. Syukur.. Aku dapat siapkan chapter terakhir tanpa sebarang gangguan.
"Kakak!! Mana makanan tengahari" aku hampir lupa!
Mama tadi pesan suruh aku masakkan untuk mereka. Maid harini cuti balik kampung. Kebetulan aku duduk rumah. Aku yang kena ambil alih tugas dia..
"Kejap.. Kakak lupa. Duduk sekejap ye?? Adik pergi mandi.. Kakak pergi masak. Sorry sangat.
Aku shut down laptop. Terus pergi ke dapur. Dan membiarkan laptop itu loading. Kalau nak tunggu betul betul. Aku siap masak pun belum tentu dia mati. So.. Aku biarkan dia..
---
Selesai makan tengah hari... Aku kembali.
Tak silap aku.. Aku dah shut down. Tapi kenapa masih di google chorm dan lappy aku macam tengah download satu file.
Aku click.
Loading.
Tulisannya sangat kecil. Aku mendekati muka aku pada arah skrin. Mana tau adik atau abang aku menyentuhnya... Betuah punya adik beradik.
Sekian lama aku fokuskan. Mata aku dapat tangkap apa ia..
"Jangan pandang--"
Belum habis aku baca.
Gambar lain muncul
AKU MENGUCAP. BENDA TU BETUL BETUL MENGHADAP MATA AKU!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top