O7
" Yeonjun-ssi! "
Soobin mengejar Yeonjun yang tiba ii meluru keluar daripada bilik wadnya.
" Awak tak makan lagi! Janganlah lari dulu! " jerit Soobin.
Brak!
" Eh hyung! "
Soobin mendekati Jimin yang terduduk di atas lantai selepas Yeonjun melanggarnya kasar.
" Hyung ok? " tanya Soobin bimbang. Dia membantu Jimin berdiri. Yeonjun yang telah lesap tidak lagi dikejarnya.
" Hyung ok lah. Muka tu jangan cemas sangat " balas Jimin sambil berdiri dan menepuk seluarnya.
" Mianhae hyung, si Yeonjun tu lari sampai langgar hyung " Soobin mengeluh kecil.
" Kenapa tu? " tanya Jimin prihatin. Kesian dia tengok jururawat muda ni. Semalam kejar Yeonjun. Hari ni pun sama jugak.
" Entah lah hyung, tadi Soobin ambilkan makanan. Bila masuk bilik dia balik, Yeonjun tu berdiri dekat hujung bilik tak bergerak " luah Soobin.
" Dia buat apa? " tanya Jimin tiba ii.
" Dia ada tengok kertas? Gambar? Entahlah. Lepas tu dia macam terkejut bila kena tegur. Tadi pun sebelum keluar dia campak je benda yang dia pegang tu. Pelik semacam " Soobin meraup wajahnya sambil mengeluh kecil. Bimbang.
Jimin sekadar tersenyum kecil. Bahu Soobin ditepuk lembut.
" Yeonjun memang banyak rahsia. Walaupun dah lebih setahun dia duduk sini, dia tak rapat dengan siapa ii. Personaliti dia tu tertutup sangat sampaikan staf dekat sini pun tak tahu apa ii pasal dia melainkan nama " terang Jimin yang mula duduk di bangku lorong.
" Maksud hyung? " Soobin yang ingin tahu ikut duduk. Pasal Yeonjun, nanti dia boleh cari.
" Yeonjun tu takde doktor peribadi Soobin tak perasan ke? " soal Jimin dan dibalas gelengan.
Betul juga tu. Mustahil dekat hospital swasta berprestij tinggi ni takde doktor peribadi untuk pesakit kelas VIP.
" Dia masuk sini sebab kawan dia yang urus. Dengar cerita mereka memang rapat. Satu hari tu, entah peristiwa apa yang jadi sampai perangai Yeonjun tu berubah. Bila pihak hospital periksa. Dia ada masalah mental tapi tak agresif " terang Jimin sambil tersenyum tipis memandang wajah berkerut Soobin.
" Tak agresif macam mana tu? " soalnya.
" Dia tak buat hal, kacau orang ke mengamuk ke tapi... " Jimin mula memperlahankan nada suaranya.
" Tapi? "
" Dia dingin "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top