" Siapa mereka ni appa? Kenapa appa tunjuk dekat Soobin? Apa kaitan dengan keluarga kita? "
Soobin cuba bersabar. Tingkah laku appanya seakan menguji kesabarannya. Sementara itu, tuan Choi tersenyum pahit. Nafasnya dihela perlahan, seakan tersekat dengan kenyataan yang tak pasti.
" Nama sebenar mereka Choi Beomgyu, Choi Soobin dan Choi Yeonjun " tuan Choi menggantung kata. Menatap Soobin sayu sebelum melanjutkan bicara.
" Choi Yeonjun abang kamu dan Choi Beomgyu adik kamu. Mereka ni adik beradik kamu, Soobin "
Diam.
Soobin diam. Perlahan, tubuhnya seakan lemas dalam udara. Air matanya sudah lebat mengalir. Tangannya digenggam kuat. Mencari kekuatan setelah rahsia besar dibongkar di depan matanya. Dia jatuh, terpukul dengan kenyataan yang diungkapkan oleh appanya sendiri.
" Hiks... " esakan kecil keluar dari bibirnya.
" Appa bukan —
" Mana mereka appa? " pintas Soobin sambil menatap tajam wajah insan kesayangannya. Tuan Choi terdiam, tidak mampu menjawab. Timbul rasa bersalah yang menggunung dalam jiwanya.
Gerak hati Soobin selama ini tak salah. Benar, hubungan adik beradik sangat kuat. Sekarang dia tahu dengan jelas punca tak rela hatinya melepaskan Yeonjun pergi. Melepaskan abang kandungnya pergi meninggalkannya.
" Soobin —
" Sampai hati appa rahsiakan semuanya dari Soobin. Apa Soobin ni tak penting ke? Sampaikan perkara besar macam ni appa nak rahsiakan? Soobin ni tak penting ke appa? " tanyanya bertalu talu dengan suara yang bergetar. Dalam mindanya kini hadir satu persatu memorinya dengan Yeonjun yang meluangkan masa bersamanya petang tadi.
Senyuman Yeonjun, tatapan mata Yeonjun dan tingkah lakunya selama ini jelas menunjukkan kerinduan yang sarat kepadanya. Kepada adik kandungnya.
Soobin memegang kepalanya sambil tersenyum pahit. Bodohnya dia kerana baru tersedar saat ini. Namun dia tahu, segalanya sudah lambat. Terlalu lambat.
Soobin bangkit, ingin beredar dari situ namun tangannya ditahan.
" Dengar dulu apa appa nak cakap " ucap tuan Choi dengan nada merayu.
" Nak dengar apa? Dah 21 tahun appa, 21 tahun Soobin ditipu. Appa nak cakap apa lagi? Jangan ii, kematian eomma pun appa sengaja reka cerita kan? "
" CHOI SOOBIN! JAGA MULUT KAMU! "
Soobin tersentak. Mulutnya yang akan menghamburkan beribu kekesalan sebentar tadi kini terkunci rapat. Dia seakan diserang satu kejutan budaya.
Selama 21 tahun dia bernyawa, ini merupakan kali pertama appanya meninggikan suara padanya.
Tuan Choi meraup wajahnya kasar. Menyedari tindakan luar kawalnya.
" Soobin, appa —
" HIKS APPA MEMANG TAK SAYANGKAN SOOBIN KAN? " Soobin jatuh terduduk, menghamburkan esak tangisnya. Meluahkan segala perasaan sedih dan kecewanya yang dipendam.
Tuan Choi menghampiri anaknya dan mendakap tubuh Soobin erat. Kata maaf berulang kali diucapkan.
Hampir sejam kedua beranak itu saling menangis dan diselubungi rasa bersalah, yang lebih muda bangun.
" Appa, tolong beritahu kenapa. Semuanya " ujarnya tegas. Matanya yang merah dan sembap melemparkan pandangan tajam yang mengandungi perasaan sayu yang cukup sarat.
Tuan Choi mengangguk perlahan. Dia melabuhkan punggung di sofa mewah diikuti anaknya.
" Sebenarnya... "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top