23
Yeonjun dan Taehyun masing ii mendiamkan diri sementara menunggu waktu berlepas. Pengumuman sebentar tadi menyatakan waktu pesawat yang bakal dinaiki akan ditangguhkan beberapa minit daripada jadual asal.
Taehyun perasan sepupunya itu semakin diam. Tengoklah sekarang, mengelamun sampai tak berkelip.
" Yeonjun, kau okay? " Yeonjun menggeleng perlahan dan tersenyum kecil. Taehyun hanya memandang pelik.
" Aku nampak dia "
" Dia? Siapa? "
" Adik aku " Taehyun yang asyik menatap telefonnya berhenti. Wajah Yeonjun dipandang meminta kepastian.
" Dekat jalan tadi " Yeonjun menyambung.
" Dia... nampak sedih " Taehyun hanya diam. Ikutkan hati nak je dia batalkan penerbangan dan cari Soobin tapi dia sedar itu bukan tindakan yang bijak buat masa sekarang.
" Kau menyesal? "
" Tak. Aku gembira sebab boleh tengok muka dia tadi " Yeonjun tersenyum tipis sementara Taehyun diam.
" Rehatlah dulu, kalau nak tidur pun tidurlah. Nanti aku kejutkan " ujar Taehyun dan dibalas anggukan oleh Yeonjun.
Kurang 10 minit, pengumuman kembali bergema. Taehyun bangkit disusuli Yeonjun. Beg bagasi dicapai dan mereka sama ii ingin melangkah ke pintu pelepasan.
" HYUNG! "
Langkah kaki mereka terhenti dan memandang ke arah bunyi tersebut.
Di sana, di tengah ii lapangan, Soobin sudah bercucuran air mata sambil memandang ke arah Yeonjun, lelaki yang sebentar tadi diekorinya sehingga ke sini.
" Adik kau, adik kau Yeonjun! " bisik Taehyun keras. Dia cukup tersentuh dengan tindakan Soobin saat ini. Dengan rambut yang kusut dan mata merah dan lebam, dia pasti adik sepupunya itu sedang mengalami tekanan hebat.
Semua mata orang awam tertumpu pada Soobin yang menangis teresak esak di situ. Yeonjun sendiri kaku tak bergerak.
" Pengawal! Lelaki tadi ada dekat sini! "
Beberapa orang pengawal keselamatan mula mengepung Soobin dan menariknya paksa untuk berganjak.
" TEPI! AKU NAK JUMPA HYUNG AKU! " Soobin menjerit dan meronta sambil tetap memandang Yeonjun yang tegak berdiri.
" Yeonjun! Pergi jumpa dia! " Taehyun menggoncang badan Yeonjun. Air matanya sendiri sudah deras mengalir. Sedangkan Yeonjun, mukanya langsung tiada riak. Kosong.
Orang ramai mula gelisah, ada yang menjerit dan mula menjauhi kawasan kejadian.
" KELUAR ATAU KAMI GUNAKAN KEKERASAN? " pegawai polis mula mengelilingi kawasan dengan masing ii mengeluarkan pistol.
Soobin terjelopok di atas lantai. Tangisannya semakin parah. Reaksi Yeonjun yang kaku sudah jelas menunjukkan dia tidak lagi bermakna buatnya. Yeonjun, benar ii akan meninggalkannya.
Para pengawal tadi mula memghampiri Soobin untuk membawanya keluar namun dihalang oleh satu suara.
" Nanti " suara Yeonjun memecahkan keheningan.
Para pengawal tadi berhenti. Yeonjun berjalan tenang ke arah Soobin yang sedang dalam keadaan agak kacau.
" Awak abang dia? " tanya salah seorang daripada mereka.
Yeonjun mengangguk. Dia bercangkung di hadapan Soobin. Senyuman diukir dan tangannya diangkat untuk menghapus air mata Soobin dengan ibu jari kanan dan kirinya.
" Jangan menangis " ujarnya lembut. Soobin segera memeluk tubuh Yeonjun erat. Dia menghamburkan tangisan semahu mahunya dan Yeonjun cuma membiarkan sambil mengusap kepala adiknya.
Taehyun dan orang ramai di sana mula tersentuh. Suasana sunyi di sana membuatkan esam tangis Soobin jelas kedengaran.
" H- hyung tak sayang Soobin ke? Kenapa nak tinggal Soobin dengan appa? " suara Soobin tenggelam di sebalik jaket tebal Yeonjun.
Yeonjun hanya diam dan terus mengusap kepala adiknya. Menahan titisan air mata yang ingin keluar.
" Hyung sayangkan eomma, appa, Soobin dan Beomgyu. Sebab tu hyung pergi "
" Kenapa? Kenapa semua orang nak pergi? " pertanyaan lemah dari Soobin hanya diabaikan Yeonjun.
Pengumuman akhir bagi pesawat yang bakal berlepas dalam masa 1O minit lagi menyedarkan orang ramai. Mereka mula sibuk bergerak dan mengabaikan dua beradik di tengah lapangan.
" Yeonjun, kajja " Taehyun dengan tak rela datang dan menepuk bahu sepupunya. Yeonjun dengan perlahan meleraikan pelukan dan menuntun Soobin untuk berdiri.
" Soobin, hyung pergi untuk kebaikan Soobin dan appa, arra? "
" Tapi —
" Shh " Yeonjun meletakkan jari telunjuk di bibir adiknya, melarangnya bercakap.
" Ingat pesan hyung, jaga appa baik ii. Jangan sedih. Kita sama ii kena kuat, kan? " serentak dengan itu, Yeonjun berpaling dan melangkah pergi. Menumpahkan air matanya dalam diam.
" HYUNG! " panggil Soobin. Dia kembali agresif seperti tadi namun tiada balasan. Yeonjun tetap berjalan lurus ke pintu pelepasan bersama Taehyun yang sudah menangis teruk.
" YEONJUN HYUNG! " tiada guna, kedua dua tubuh lelaki tadi sudah lesap.
Soobin menjerit kencang. Nyawanya ibarat dibawa pergi bersama langkah kaki Yeonjun yang meninggalkannya.
Brak!
Tubuh Soobin terbaring ke lantai. Pernafasannya tiba ii melaju dan kepalanya seakan ditekan kuat dari dalam. Suara ii manusia mula memekakkan telinga.
" PPALI! BAWA DIA KE HOSPITAL! "
" CALL AMBULANS! "
" BAGI LALUAN! "
Suara ii bingit di sekelilingnya semakin kelam. Pandangan kian gelap. Sisa kesedaran Soobin memberi peluang untuknya mengimbau memori lalu.
Dari sini, menyedarkan kita bahawa setiap kenyataan gembira ataupun pahit tidak dapat diulang atau dielak. Kita cuma mampu mengawalnya, dan bukan mengubahnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top