21
Flashback
17 Mac, 2OXX
Selekoh tajam di sebuah jalan kini menjadi tumpuan orang ramai. Sebuah kereta mewah keluaran baharu tersadai di tengah jalan dengan rupa yang rosak teruk.
Polis, bomba dan pihak perubatan bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kemalangan ngeri tersebut.
Tiga orang lelaki berpakaian seragam lengkap terbaring di atas jalan raya dengan masing ii berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Mereka mengalami pendarahan serius, terutamanya yang paling muda.
Secepat kilat, berita ini tersebar luas ke seluruh bumi Korea. Berita dan akhbar mula membincangkan isu hangat ini dengan tajuk ' putera bongsu keluarga konglomerat terkorban nahas kemalangan jalan raya'.
Semua warga menerima berita mengejut ini dengan berbagai reaksi begitu juga dengan sepasang suami isteri yang baru mendarat di bumi Korea dengan menaiki private jet.
" Doktor! Mana anak bongsu saya? Dia masib hidup kan? " wanita anggun yang sudah sembap matanya mengasak pakar perubatan di depan matanya. Kondisinya tidak terkawal dengan air mata yang bercucuran.
" Maaf puan, putera bongsu anda, Choi Beomgyu sudah menghembuskan nafas terakhirnya pada -
" APA DOKTOR CAKAP NI? ANAK SAYA MASIH HIDUP! "
" Yeobo! Anak kita dah tak ada! Jangan buat macam ni! "
" Oppa pun sama? Kenapa semua cakap Beomgyu dah mati? Dia tak mati! "
Jururawat di hospital itu dengan cekap menyuntik ubat penenang kepada isteri Tuan Choi yang semakin tak terkawal dan membawanya ke bilik VVIP di sana.
Tuan Choi menangis dalam diam. Air matanya lekas diseka.
Dalam sekelip mata, anak bongsunya meninggalkan keluarganya.
━━━━━
19 Mac 2OXX
Choi Yeonjun duduk termenung di hadapan katil yang kosong. Air matanya sudah kering untuk ditumpahkan lagi. Dia sudah sedar 5 jam selepas kemalangan berlaku kerana cuma mengalami luka ringan.
Kini, dia mengelus lembut tilam kosong yang pernah menempatkan ibunya yang masih boleh dikatakan sihat fizikal semalam.
Klek!
Pintu terbuka menunjukkan wajah tampan seorang namja yang menghampiri Yeonjun dengan wajah simpati.
" Tae, eomma dah tak ada " Yeonjun bersuara sambil menunduk, mengundang mutiara jernih yang sudah menjadi peneman akrabnya sejak dua hari lalu.
Taehyun, rakan baiknya merangkap sepupu itu cuma diam dan menepuk nepuk bahu Yeonjun untuk menenangkannya.
" Aku pembunuh "
" YAH! KAU CAKAP APA NI YEONJUN? " Taehyun menarik kasar Yeonjun untuk berdiri menghadapnya.
" Kau sedar tak apa kau cakap? " fanya Taehyun dengan suara dinginnya.
" Kalau aku tak bawak adik ii pergi situ, Beomgyu takkan mati. Eomma takkan kena serangan jantung semalam Tae "
Plak!
Taehyun menampar pipi Yeonjun.
" Hey! Kau tak boleh cakap macam tu! Macam mana kalau appa dengar? Soobin? "
Yeonjun menggeleng lemah. Dia menatap Taehyun.
" Tae, tolong aku "
━━━━━
2O Max 2OXX
Yeonjun mengelus rambut Soobin lembut. Matanya menatap lekat wajah adiknya yang tidak akan lagi dilihatnya buat jangka masa panjang.
" Hyung sayang Soobin " ucapnya sebelum mengecup dahi satu satunya adiknya yang tinggal.
Yeonjun keluar dari wad Soobin, di mana tempat adiknya berada sejak koma. Di luar, bagasi sederhana besar miliknya sudah terletak elok. Jarum jam yang menunjukkan pukul 2 pagi membuatnya agak tergesa gesa.
Sebelum dia benar ii melangkah keluar dari bangunan mewah tersebut, sempat dia menjenguk appanya melalui cermin tingkap bilik.
Yeonjun tersenyum kecil dengan mata yang berkaca saat melihat appanya sedang tertidur dalam keadaan sayu. Komputer ribanya masih terpasang dan beberapa lembar kertas masih bersepah dia atas meja.
Appanya sudah bekerja dari hospital sejak kemalangan tragis itu berlaku. Semestinya tujuan utamanya ialah untuk menjaga Soobin dan Yeonjun.
" Appa mianhae "
Yeonjun mempercepatkan langkah untuk keluar dari situ, tanpa berpaling.
Di tempat letak kereta, Taehyun sudah siap di tempat memandu dengan tangannya memegang stereng.
" Kau pasti? "
" Apa? "
" Nak ikut aku "
" Hm "
Taehyun sekadar menggeleng sebelum tangannya memutar stereng, menuju ke lapangan terbang. Dia serba salah dan simpati pada masa yang sama.
" Los Angeles, we're coming "
End flashback
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top