14
Jarum jam tangan milik Soobin sudah menunjukkan pukul 1 petang. Bermakna, Taehyun akan sampai bila ii masa. Soobin masih sibuk mengemas almari di sudut bilik. Tangannya lincah mengeluarkan beg dan segala barangan milik Yeonjun.
Soobin teringat aktivitinya bersama Yeonjun beberapa jam lalu. Teman Yeonjun sarapan, berbual bersama dan sekarang mengemas barang milik pesakitnya.
" Eh, apa benda ni? " Soobin melihat kotak kayu kecil di tangannya. Setahunya, pihak hospital tak sediakan sebarang kotak kecil di dalam almari. Lagipun, semua perabot di wad wajib mengikut warna tema iaitu putih dan biru laut, bukannya warna coklat yang sama dengan kotak sekarang.
Soobin cuba membuka kotak di tangannya. Bimbang ada pihak yang cuba mensabotaj hospital swasta ternama tersebut dengan meletakkan senjata atau benda berbahaya untuk menimbulkan isu.
Klak!
" Gambar siapa pulak ni? " Soobin memerhati wajah 3 orang budak lelaki yang tercetak pada foto. Dahinya berkerut mengingat sesuatu.
" Ahh ni mesti gambar yang dia tengok hari tu " Soobin membuat andaian.
" Tapi siapa ni? "
" Kau buat apa tu? "
Soobin cepat ii memasukkan semula gambar di tangannya dan menutup kotak tersebut sebelum disimpan di dalam bagasi milik Yeonjun.
" Ani, takde apa ii " balas Soobin agak gugup. Bimbang Yeonjun naik darah sebab tahu dia menceroboh privasi. Tak boleh nak salahkan dia juga, dia cuma nak pastikan kotak tu benda asing atau milik pesakit.
Yeonjun yang sudah siap menyarung kemas seluar jean denim dan hoodie hitam itu cuma mengangkat bahunya dan mula sibuk mengeringkan rambut dengan sehelai tuala kecil. Soobin mengumpulkan semua barangan Yeonjun di tepi sofa sebelum melangkah ke pintu.
" Kau nak pergi mana? " tanya Yeonjun semasa Soobin sudah membuka pintu.
" Saya nak mintak pengesahan doktor untuk proses pengeluaran awaklah "
" Hm " Yeonjun mengangguk kecil.
Soobin berjalan menuju ke bilik data pesakit. Mengambil fail berisi borang pengesahan yang telah ditandatangan. Sewaktu ingin kembali ke wad, dia tiba ii ditahan oleh para junior nya yang membuat kejutan kepadanya pagi tadi.
" Hyung, hyungggg! " Jay sedikit menjerit sebelum dipukul oleh Jake.
" Kita kat hospital, pandai! "
" Eh! Kau pun bising jugak! "
" Diam, diam " Sunghoon mencelah dan mengalihkan perhatian kepada Soobin.
" Soobin hyung, nak tanya boleh? "
" Tanya apa? " soal Soobin. Agak kelakar melihat gelagat adik adiknya yang dirasakan comel.
" Betul ke —
" Betul ke hyung ada pesakit nama Jun Jun " tanya Jay gelabah. Sunghoon hanya pasrah apabila pertanyaan dipintas.
" Jun Jun? "
" Aish pabolah kau ni! Yeonjun, bukan Jun Jun! " Jake menyahut.
" Ha, Yeonjun! Ada ke hyung? " soal Jay, masih gelabah.
" Ada, dia dah nak discharged dah pun nanti " jawab Soobin dan ketiga tiganya mengangguk faham.
" Kai cakap dia seram, betul ke hyung? " Sunghoon merendahkan nada suara dan diangguki Jay dan Jake
Soobin mengangguk dengan muka serius, sengaja nak mengusik.
" Aku dah cakap si Kai tak tipu " Sunghoon memeluk kejap lengan Jake dengan wajah dramatik.
" Hyung, dia mesti jahat kan? " tanya Jay.
Kali ini, Soobin menggeleng.
" Dah tu? " tanya mereka, serentak.
" Dia bukan jahat, cuma terlalu dingin "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top