13
Kaki Soobin dah lenguh berdiri sejak 1O minit yang lalu namun tangisan Yeonjun belum menunjukkan tanda ii untuk berhenti sepenuhnya. Tangannya sedari tadi mengusap lembut belakang kepala Yeonjun.
" Yeonjun-ssi, kenapa menangis? Awak ada masalah ke? " tanya Soobin, tak putus asa. Baju di bahagian bahunya sudah lencun dengan air mata.
Yeonjun menggeleng dengan esakan kecil dan masih dengan posisinya memeluk Soobin, seakan akan takut Soobin pergi. Seketika kemudian, Yeonjun meleraikan pelukan dan menatap wajah lelaki di hadapannya sedih.
" Aku... "
" Ye, kenapa? "
Yeonjun menunduk. Setitis air matanya gugur lagi.
" Yah, awak dah banyak nangis tadi Yeonjun. Tak baik tau " ujar Soobin sambil mengelap air mata Yeonjun dengan hujung jarinya.
" Mari duduk " Soobin memimpin Yeonjun ke katil wad dan mendudukkan pesakitnya.
" Awak patutnya rasa gembira. Taehyun dah datang nak bawa awak pergi tau " Soobin tersenyum. Namun tidak dengan Yeonjun. Lelaki itu terus mempamerkan wajah sedih.
" Tak, aku tak suka... " Yeonjun menjawab perlahan. Soobin mengerutkan wajahnya pelik.
" Saya rasa awak penat ni Yeonjun "
Yeonjun menggeleng. Dia memandang Soobin dengan pandangan yang sukar ditafsir.
" Soobin " panggilnya, buat kali yang pertama. Yang dipanggil cuma mampu mengangguk.
" Sempena hari terakhir aku dekat sini, izinkan aku luangkan masa dengan kau. Aku merayu "
Soobin tidak menjawab. Lidahnya kelu dan otaknya dipenuhi tanda tanya. Melihatnya, Yeonjun meraih tangan Soobin dan mendongak, melemparkan tatapan sayu.
" Please? "
Soobin akhirnya mengangguk. Serentak dengan itu, Yeonjun kembali memeluknya dan mengucapkan terima kasih. Soobin hanya mengangguk sambil tersenyum dan turut memeluk pesakitnya buat kali terakhir.
Dalam diam, senyuman Soobin pudar. Perkataan ' rindu ' mula menghantuinya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top