48; Chocolate chips muffin

Gambar dan resepi oleh: Ariana Sofia Ahmad (Dapur ryyna)

Bahan-bahan:

3 biji telur (Gred b)2 cawan tepung gandum3/4 cawan serbuk koko2sk baking powder1sk soda bikarbornat1 sudu besar ovallete3/4 cawan gula3/4 cawan susu pekat manis3/4 cawan air panas1 cawan minyak masak1 1/2cawan chocolate chip1sk esen vanila


Cara-cara:

- Mula-mula pukul telur sehinga sebati dan kembang. Bila telur dah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga sebati.

- Masukkan pula esen vanila dan gula. Pukul sehingga sebati dan adunan menjadi licin. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.

- Masukkan baking powder, soda bikarbonat, tepung gandum dan serbuk koko yang telah di ayak. Kacau dan pukul sebati. Adunan ni memang sedikit likat. Masukkan minyak masak dan kacau sebati.

- Masukkan air panas dan kacau sebati. Rehatkan adunan selama 5-10 minit supaya sejuk. Akhir sekali masukkan chocolate chip dan kacau sebati.

- Masukkan adunan ke dalam bekas 3/4 sahaja (jangan penuh cup). Taburkan pula chocolate chip di atas. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 170°c. Bergantung pada oven masing-masing.

P/S - Dapat 20-22 biji cup sederhana besar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top