40; Cheese Corndog
Resepi dan gambar oleh: Nur Syazwani Mustafa
BAHAN-BAHAN:
-sosej (aku guna Ayamas Cheese)
-mozzarella Cheese. Ambil yang block bukan shredded (brand Arla di Aeon RM17.50. Boleh potong jadi 8 cube. Sedap brand ni)
-bread Crumbs (ambil yang jenis "putih" bukan "oren")
-chopstick kayu (dekat 99 Speedmart ada jual)
-1 sudu besar yis mauripan
-1/2 sudu kecil garam
-1 cawan air suam
-7 sudu besar tepung gandum (sudukan biasa saja, jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Sedang-sedang saja. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)
-1 paket tepung cucur lemak manis Adabi (ini yang akan buatkan corndog kita sedap and tak boring makan)
CARA PENYEDIAAN:
Rebus sosej selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. Potong dua.
Potong mozzarela cheese block menjadi kiub, potong sebesar sosej tadi. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sosej dahulu diikuti dengan cheese.
Bancuh 1 paket tepung cucur lemak manis Adabi dengan 7 sudu besar tepung gandum. Kemudian letak 1 sudu besar yis mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. (Rujuk video for tekstur tepung) dan seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk "setkan" bancuhan.
Lepas tepung dah set, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Part ni memang renyah sikit and memerlukan kesabaran.
Selepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepal-kepalkan hingga mampat bahan salutan dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.
Last sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Aku guna mayonis, sos cili and sos tomato saja then decokan dan siap untuk dimakan. Tariklah cheese tu sampai ke London. Hihi. Sedap gila!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top