28; Kimchi
Gambar dan resepi oleh: Nur Shahira Samsuri
Siapa peminat makanan Korea di sini? Dulu memang terliur sangat nak makan kimchi. Beberapa tahun dulu susah sangat nak dapatkan kimchi yg halal. First time saya makan kimchi halal pada 4 tahun dulu dgn harga yg agak mahal. Akhirnya, saya cuba belajar buat sendiri kimchi 😋
Selama beberapa bulan saya try and error resepi kimchi terbaik, akhirnya saya dapat belajar cara buat kimchi yang sama seperti Korean Kimchi. Yang penting kita buat sendiri dan halal. Saya ingat mula-mula dahulu saya perlu catit resepi dan baca setiap kali membuat kimchi. Kini, semua ada dalam kepala😄
Kimchi perlu dibuat dengan skala besar, minimum 5 kg. Memang terlalu bnyak untuk satu orang makan. Tapi jangan risau, kimchi tahan lebih 5 bulan jika simpan dalam peti sejuk. Lebih tahan lama jika disimpan dalam balang kaca atau balang tanah liat (saya simpan dalam bekas plastik sahaja).
So far, semua customer memang suka kimchi ni. Ada yang repeat 6-8 kali. 😍 Rasanya masam dan pedas, sesuai dimakan sebagai side dish atau dicampur ke dalam masakan.
Berikut adalah resepi kimchi saya:
Bahan-bahan
1. Kubis panjang: 4-5kg
2. Lobak putih: 1 biji
3. Carrot: 2 biji
4. Daun bawang
5. Garam: 1 cawan
6. Bawang putih: 1 cawan
7. Halia: 1 inci
8. Bawang Holland: 1 biji
9. Chili Flakes: 2 cawan
10. Tepung beras: 1/2 cawan
11. Gula: 1/2 cawan
12. Air: 3 cawan
13. Sos ikan: 1 cawan
Cara penyediaan:
1. Potong kubis panjang dalam saiz kecil atau memanjang (dalam gambar) dan rendam sebentar dengan air, dan tapis.
2. Gaulkan kubis dengan garam, gaul dan balik-balikkan setiap 30 minit, selama 2-3 jam.
3. Untuk menyediakan bubur, masak 3 cawan air bersama tepung beras dengan api perlahan hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya sebati. Setelah masak, masukkan gula dan tunggu hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.
4. Potong nipis lobak putih, carrot dan daun bawang.
5. kisarkan 1 cawan bawang putih, 1 inci halia, 1 biji bwang holland bersama 1 cawan sos ikan.
6. Selepas 2 jam, bilas kubis dengan air sebanyak 3 kali untuk membuang sisa-sisa air garam. Tapis sehingga tiada air tersisa.
7. Untuk kimchi paste, campurkan bahan no 3 dan 5, dan gaulkan bersama 2 cawan chili flakes.
8. Gaulkan kimchi paste bersama bahan-bahan hirisan (no 4). Kemudian gaulkan dengan kubis yang telah ditapis hingga rata
Boleh rujuk step pada gambar. Step yang sama, cuma saya buat dalam kuantiti yang lebih banyak. 😊
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top