Vingt-trois

Aku menilik jam seraya memandang sekeliling taman.

Mana dia ni? Kata nak jumpa.

Tch.

Ni mesti tidur lagi ni.

Dasar mayat hidup.

Secara tiba tiba, bangku yang aku duduk tadi terturun.

Weh syaiton mana yang duduk ni?!

Aku memandang ke sebelah kanan.

"Mian lambat. Tertidur." Suga tersengih sehinggakan giginya yang elok tersusun kelihatan.

"Tertidur ke sengaja tidur?" Aku menjeling suga sekilas.

Suga masih tersengih.

Comellah ya tuhan.

"Lambat 3 minit 25 saat. Saya nak ba--" belum sempat aku menghabiskan kata kata, tanganku direntap dengan pantas.

"Badut merajuk lah." Suga tertawa kecil. Tangannya masih memaut di tanganku.

Aku masih terkaku.

Dia ni biar betul?

"Duduk lah. Jangan nak acah merajuk." Tanganku ditarik perlahan. Aku terduduk di atas bangku.

Rip my ass. Terhentak sia.

"Mianhae, budak pendek." Suga tersengih lagi.

Weh dia ni apasal seram sangat.

Dia tak tertukar organ ke dengan orang lain?

"Hello? Ada orang ke?" Suga melambai lambaikan tangannya di hadapanku.

Fikiranku yang tadinya melayang akhirnya kembali ke dunia realiti.

"Kau maafkan ke tak ni?" Suga memandang aku. Mukanya penuh dengan harapan.

Aku mengangguk kecil lalu tersenyum.

Perlahan lahan, suga turut mengukirkan senyuman.

"Jadi, ada apa ni nak jumpa saya?"

Soalanku dibiarkan begitu sahaja terikat namun tak bertali mencuba-- k stop.

Suga menghembus nafas perlahan.

Jap.

Dia ni dah kenapa?

"Aku.." Sekali lagi suga menghembus nafas. Dia menggeleng kecil.

"Awak?"

"Aku nak cakap sesuatu ni." Suga yang tadinya tertunduk akhirnya memandang aku.

"Cakap lah."

"Sesuatu." Suga tersengih.

Duh fikir lawak ke.

"K--" Aku yang tadinya telah berdiri akhirnya terduduk semula.

Dia ni nak apa sebenarnya?

"Aku belum habis cakap lagi."

"Haa cakap lah cepat."

"Aku.."

"Ya?" Dahiku mulai berkerut.

"Aku sukakan kau." Suga memandang aku, dengan serius.

"A--"

"Aku serius. Aku sukakan kau."

Aku tersentak.

Aku tak salah dengar kan?

"Sa--"

"Muka tu kenapa serius sangat? Jangan lah tayang muka masam je. Aku tak suka lah. Nanti tak comel." Suga tersenyum lagi.

"Aw--"

"Mesti kau pelik kan kenapa tetiba je? Aku saja je nak buat kejutan. Ha kejutan tak kejutan tak?" Suga tersenyum senget.

Aku masih tidak bersuara.

Hanya suga yang bersuara dengan penuh kegembiraan.

"Aku nak tanya kau ni." Riak wajah suga bertukar sedikit.

"Ya?"

"Lah sangkakan bisu tadi." Suga tertawa lagi.

Weh biar betul ni suga ke?!

Aku hanya tersenyum segaris.

"Kau sayangkan aku tak?"

Soalan jenis apa yang kau tengah tanya ni?

"N--nae."

Suga kembali tersenyum.

"Betul ni?"

Aku mengangguk.

"Kalau aku tak ada suatu hari nanti, kau masih sayangkan aku tak?"

Damn.

"Ha?" Aku tanya dia dengan soalan semula.

"Aku tanya ni, kalau aku dah--"

"Tak! Saya still sayangkan awak walau apa pun yang berlaku-- er er--"

Ha ha.

Aku dah terluah kan semuanya ke?

Tolong jangan cakap ya.

Dahlah ayat budak nerd waduh waduh.

"Baguslah." Jawab suga dengan pendek.

Aku hanya menunduk.

Malu.

Aku dah luahkan semuanya.

Gosh.

"Blushing?" Suga kembali menyoal.

"Ma--manada lah!" Aku memegang pipiku seraya menjerit kecil.

"Omo, comel lah badut ni!" Suga tertawa.

"Oh ya, sebelum terlupa."

Secara automatik aku mengangkat muka ku.

Aku tersentak sekali lagi.

Patung?

Tak, maksud aku,

Patung besi?

Suga menghulurkan beberapa anak patung besi yang berwarna warni kepada aku. Dahiku berkerut seketika.

Biasanya orang lain bagi bunga. Ni tak. Patung besi pulak tu.

"A--apa ni?"

"Ambil je lah. Jangan nak acah segan. Aku tahu kau nak." Suga mencebik.

Ceh, siapa yang nak patung besi. Baik bagi anak buah aku je.

Nasib aku tak ada anak buah.

Patung yang suga hulurkan aku capai.

"Kenapa warna warni?" Tanyaku sambil membelek belek patung yang suga telah berikan.

"Warna merah, melambangkan keberanian.

"Kemudian, warna hijau, melambangkan ketenangan."

Aku hanya mengangguk.

"Warna kuning pulak, melambangkan keceriaan."

"Dan erti besi pada patung tu.."

Kata kata suga terhenti.

Aku melihat reaksi suga yang secara tiba tiba mendiamkan diri.

"Ya?" Soalku apabila suga terdiam sejenak.

"Aku sayangkan kau sehingga patung besi tu bunting."

Bunting apanya pulak aduh mamat ni.

"Bunting?"

Suga meletuskan tawanya.

"Comellah kau ni. Taklah. Aku memain je."

Aku menjuihkan bibir. Budak gula ni tak pernah nak serius.

Suga memandang aku seketika. Tanganku kemudiannya dipegang erat.

"Aku tak akan pernah berhenti sayang dan cintakan kau sehingga wajah pada patung besi tu hilang."

Aku terdiam sejenak.

"Aku tak akan pernah berhenti sayangkan kau."

Aku terkaku sekali lagi.

Aku tak percaya dan tak pernah menganggap suga akan buat semua ni.

Tangan kananku di bawa tepat ke jantungnya.

Degupan jantung suga.

Kenapa laju?

"Macam ni lah aku rasa setiap kali aku berada dekat dengan kau."

"Sa--saya.."

"Shhh" Jari telunjuknya dibawa ke bibirku.

Aku terdiam sejenak.

Dia memandang aku secara berhadapan.

Aku menelan liur kasar. Dahinya secara tiba tiba berkerut.

"Kau ni comel lah." Suga meletuskan tawa nya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top